Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Wednesday, March 12, 2014

Erti DUGAAN... #PrayforMH370

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Allahuakbar…

Hari ini permulaan hari yang tak berapa baik. Hari ni bersiap awal, mandikan kakak awal, sebab kakak perlu ada di sekolah before 7.45a.m..Kakak excited ada lawatan ke Balai Bomba.. “Macam Upin Ipin tu
Bu…”… Ok, baiklah..next entry, Insya-Allah, aku ceritakan..nanti nak try mintak gambar dari teacher kakak, kalau ada..sebab pagi tadi angan-angan nak ambik gambar sebelum kakak naik bas, hancur musnah sebab masalah yang berlaku..Allahuakbar, ujian di pagi hari…

Pagi tadi, 7.35am dah siap, kakak minta dandan rambut dia cantik-cantik lagi. Then aku siap-siap tukarkan bekas susu dan makanan kucing..haaa..itu pun another story, aku taklah rajin sangat nak dan berani sangat nak membela kucing. Yes, aku adalah yang paling penakut sekali dengan kucing, dan samalah jugak dengan incik daus…hahah..harap janggut aje tebai…kih..kih…tapi anak kucing tu waktu aku balik keja Isnin lepas, tiba-tiba aje ada dekat depan rumah kami. Mata dia buta sebelah. Tiba aku kesian…so bagilah dia minum susu..dengan bisinglah mulut sambil halau-halau..so tak tahulah kucing siapa, tapi begitulah kisahnya…
So, berbalik pada kisah pagi tadi…dah siap nak keluar, ambil kunci rumah, kunci pejabat semua..aikkk..mana plak kunci kereta aku? Puas aku geledah satu rumah, aku gagal kesan kunci kereta aku…sampai dalam peti ais pun aku carilah…Ya Allah..terduduk aku sekejap..cari punya cari sampai dah 8.05 pagi..panik aku semakin menjadi-jadi sebab kesian dekat kakak, takut kakak kena tinggal bas rombongan…so aku call mak, mintak adik bawakkan kunci spare..memang kunci spare kereta aku tinggal je kat rumah mak. Sampai je adik, terus mintak hantar kakak dulu. Then sempatlah kakak ikut rombongan, teacher tunggu..lega aku..

Then tengok tayar kereta, pancit ye…kena paku, ada dua paku..ok…Allahuakbar..dugaan…
Tapi..dugaan itu taklah sehebat dugaan yang dihadapi oleh penumpang-penumpang MH 370 semenjak tiga hari lepas…




‘Tanpa dugaan, manusia sering kali lalai dan alpa…dugaan adalah ‘jambatan’ agar hati ini sentiasa mengingati Allah..Ambil setiap dugaan yang berlaku di sekeliling kita sebagai iktibar buat diri sendiri...Allahuakbar...'

Thursday, March 6, 2014

Reset Minda: ALLAH..CEO hatiku... *LOVE*

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Dua minggu ini adalah minggu yang penuh dengan nikmat ujian. Alhamdulillah…Allah datangkan segala ujian untuk aku sentiasa mengingatinya..sentiasa bertawakal dan sentiasa memohon pertolongan dari-NYA tanpa henti…

Seminggu last week di KL, attending  kursus. Balik plak, busy arranging another company retreat..and now, jerebu kan..so tak sihat..selsema, batuk..tapi hati kena cekal datang kerja, tak boleh MC..tanggungjawab perlu dilunas..nanti orang kata kita tak ada kerja pula.. *DIRI ORANG YANG BUAT TU BUAT,DIA TAK NAMPAK..TAPI KALAU DIRI ORANG LAIN BUAT DIA NAMPAK SANGAT…ALLAHUAKBAR, PADAMU AKU BERLINDUNG…*

Minggu-minggu kebelakangan ini, ujian Allah sangat banyak..dalam dunia kerjaya umpamanya..pernah tak anda semua rasa yang anda melihat perbuatan tidak berintegriti di hadapan mata tetapi anda tak boleh buat apa-apa. Tangan terasa diikat, mulut terasa dikunci…? Ia akhirnya menjadikan ‘moral down’.
Ermmm..oklah..mood pun ke laut, untuk menulis panjang…

Yang pasti…aku jumpa tulisan ini dari http://muslimdoktor.blogspot.com/

Aku rasa inilah titipan motivasi yang paling baik untuk aku rumuskan segala yang bersarang dihati dan minda…

Ujian sakit adalah guru yang tidak bercakap, tetapi ia sangat mengajar dan mendidik. Ujian terkecil apalagi terbesar adalah takdir Allah. Yang mempunyai maksud tertantu. Kerana jahilnya kita, apabila ditimpa ujian samada secara langsung dari Allah atau melalui orang lain, kita mula elatah. Terasa Allah tidak adil, sengaja hendak menyusahkan kita. Atau kita menyalahkan orang yang mendatangkan ujian tersebut. Hati berdendam hati buruk sangka pada Allah yang mendatangkan ujian itu.

Kita selalu mendengar keluh kesah sesetengah orang yang bertanyakan kenapa agaknya suratan kehidupan mereka begitu susah untuk memperoleh kesenangan dan begitu senang pula mendakap kesusahan.

Mereka iri hati dengan keadaan orang lain yang ditakdirkan senang memperoleh kesenangan secara berterusan. Ada manusia yang hidup senang dan kaya raya, ada hidup susah dan melarat, ada dulunya senang tetapi kemudian hidup melarat.


Ya Allah, jauhkanlah kami dari perasaan tidak bersyukur Ya Allah…