Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Saturday, February 28, 2009

Aku dan mini karnival!

Alhamdulillah, baru saja menutup kedai jualan di mini karnival Kump. Karangkraf. Penat tersadai di tempatku sambil menunggu hubbyku yang tersangkut di BT 3, jammed. Rasa macam nak lunjur jer kaki ni, kasut pun dah kubuka. Letih tapi happy sebab dapat bertemu pembaca RAPI yang setia. Pelbagai aksi dan pelbagai cerita. Barulah aku ketahui bahawa pelbagai ruangan dalam RAPI berjaya menarik perhatian. Bukan sekadar isu kesihatan malah ada juga yang menjadikan ruangan 'Motivasi' sebagai koleksi. Sungguh aku kagum dengan minat membaca yang semakin menebal. Aku yang bekerja dalam lapangan ini juga bukan sekadar terpaksa malah 'wajib' banyak membaca. Boleh dikatakan setiap bulan beratus jugalah peruntukan untuk bahan bacaan. Orang shopping baju, kasut, aku shopping buku. Gitulah. Namun aku bersyukur kerana bidang kerjaya ku ini membuatkan aku harus menambah ilmu setiap hari. Membaca itu bukanlah satu kerugian, pelbagai ilmu yang kita perolehi. Bagi aku untuk menjadi seorang wartawan yang baik, kita perlu sentiasa berazam untuk memajukan diri. Biarlah kita miskin harta tapi jangan miskin ilmu!

Tuesday, February 24, 2009

Hidup, pernahkah sempurna?



Semalam pulang dijemput hubby ku dengan gurlfrend zaman berzamannye lah..RXZ hitamnye. Aku yang dulunya sangat takut membawa motor apatah lagi memboncengnya, kini dah semakin punya jiwa 'merempit' tu. Dah pandai nak layan selekoh dan kejayaan paling memberangsangkan, aku dah tak payah nak pejam mata lagi tiap kali dia mencelah di celahan kesesakan kereta. Tapi satu jer tabiat yang tak mampu aku buang, malas bawak helmet! hehehe..jadi terpakkseler hubby ku yang mithali lagi mee rebus tu membawanye ke opice die nun jauh di KL setiap kali lepas antar aku di opice kat jalan sepana tu...(ingat kat bengkel je ke ada sepana, depan pagar opice aku pun ade tau... :-)



Seperti biasa, tiap kali lalu kawasan perumahan binaan Sime Darby, apa lagi Bukit Jelutong tu ler..kami pun berangan2 konon2 dah sampai umah. Rumah teres dan semi-d yang ala2 perumahan dalam taman jadi santapan mata.

Hubby: Hmmm..jaga2 kita dah nak sampai umah ni.

Aku: Yang mana, yang corner lot tu kan?

Hubby: Mestilah, anything for you baby.

Dan macam biasalah, kenakalan komiknya akan dibalas dengan hikmat cubitan lipan bara dari aku.

Serius talknya..

Kami: Bilalah kita dapat beli rumah macam ni..best kan? Senang sedara mara nak datang tido, mak kita nak datang pun senang, rumah ada laman. Kan?

Itulah selalunya. Dan dia selalu menyatakan kekesalannya kerana hanya mampu menyediakan kami dengan sebuah apartment sahaja. Namun, aku tetap bersyukur kerana setidak-tidaknya dia ingat dan tahu akan tanggungjawabnya sebagai suami...untuk menyediakan keperluan asas itu.

Aku: Takpe, rumah kita sekarang ni dah ok. Pelan-pelanlah kita usaha.Apartment ni pun luas, tiga bilik, cukuplah untuk kita yang baru nak mula hidup.

Selingan Minda..

Bos Aku: Korang targetlah, at certain age..apa yang korang nak capai. Insya-allah, tak pe untuk ada cita2.Cuba tengok orang yang kaya2 tu, kebanyakannya dah umur berapa? Paling muda pun mungkin 35 tahun macam tu. Lainler die ade harta family untuk diwarisi, itu dah lain cerita.

'Hidup..pernahkah sempurna?'

Rumah besar, kereta mewah, luxury life..semua orang nak macam tu. Hakikatnya, bahagiakah manusia dengan kesenangan semata-mata. Kadang2 apa yang aku lihat,

Rumah besar dan mewah = Sifat kejiranan tidak sebesar rumahnya

Mungkin pengamatan aku ini mampu disangkal tetapi mungkin juga ada kebenarannya. Namun tak salah bukan, untuk memiliki sebuah rumah yang besar. Walau tak mewah tetapi cukup luas untuk menampung kasih sayang yang kian bercambah.

Kami: Mula menabung untuk kesenangan masa depan.

Sunday, February 22, 2009

What life is all about...



To live in this world you must be able to do three things: to love what is mortal; to hold it against your bones knowing your own life depends on it; and, when the time comes to let it go, to let it go.







Mati itu pasti...

Entah kenapa minggu ini, emosi bercampur baur antara gembira dan sedih. Subuh hening ahad lalu, kami dikejutkan dengan Berita pemergian salah seorang dari ibu saudara suamiku. Kami bergegas pulang ke kampungnya di Kedah. Maka jadinya aku perlu membatalkan dua temujanji pentingku bersama client. Tiada penyakit yang jelas dan tanpa derita yang panjang, hayatnya berakhir dijemput PENCIPTA tatkala ingin menunaikan tanggungjawabnya di subuh hening itu. Aku sememangnya sering tidak mampu menghadapi situasi sedemikian. Saat melihat anak-anak meratapi pemergian ibu, aku bagaikan terpanggil untuk mengingati arwah abah. Meskipun kehilangannya saat aku sudah hampir mencapai impian namun pemergiannya amat meninggalkan kesan dalam hidupku. Terkilan kerana abah tidak berkesempatan menyaksikan anaknya sudah peroleh separuh dari impian hidupnya!

Kematian, sesuatu yang pasti. Tidak mungkin tidak, kita bakal menghadapinya jua. Kadang-kadang hati tertanya jua, bersediakah aku menghadapinya? Pemergian abah memang memberikan kesan perubahan dalam hidupku. Aku yang dulunya menyangka mampu hidup tanpanya, terasa kerdil benar saat ditinggalkan keseorangan. Namun pemergian abah jualah yang mengajar aku erti tanggungjawab dan kecekalan hati yang bukan sedikit. Setelah hampir lima tahun tanpanya, aku merasakan tembok kekuatan yang aku bina sekian lamanya makin goyah diganggu emosi. Bukan mudah rupanya untuk aku mendalami hakikat perasaan seorang ibu dan sukar jua rupanya untuk memahami pergolakan rasa adik-adik yang makin membesar. Apakah aku yang terlalu tegas dalam mencorak kehidupan mereka atau aku sendiri yang semakin hilang arah? Rindu dinasihati dan ditunjuk jalan yang menjauhkan aku dari kesesatan?

Saat ini, aku cuba renungkan kembali jauh ke dasar diri. Aku hanyalah seorang anak yang masih merindu akan erti kasih sayang seorang bapa dalam meneruskan hidup. Rindu yang bertamu saban hari yang tidak mampu aku ungkapkan. Ya, kematian itu memisahkan kami. Namun aku yakin, rindu kami akan pasti berterusan jika aku tidak lupa melunaskan tanggungjawabku pada-NYA…

Al-Fatihah buat abah…. 29.09.03


"Mahasuci Allah Yang di dalam genggaman
kekuasaan-Nya seluruh kerajaan, dan Dia Mahakuasa
atas segala sesuatu. Yang menciptakan mati dan
hidup untuk menguji kamu siapakah di antara kamu
yang paling baik amalnya, dan sesungguhnya Dia
Mahamulia lagi Maha Pengampun" (QS Al-Mulk [67]:
1-2).1

Saturday, February 14, 2009

Warm welcome to me...

My first day of writing..am enjoying this future silent mode of talking...

Cuaca kat luar cerah dan aku bosan2 jer sebenarnye..tunggu my husband siapkan keje..dan sambil aku mencari our holiday destinantion..tetibe jer terjumpa macam2 blog dan aku membaca dari satu halaman ke satu halaman. sangat menarik. In fact aku pernah dengar banyak citer pasal blogging ni..tapi tak berkesempatan nak explore selain dari facebook and frenster..maklumler..aku bab2 web ni agak sloooowwww motion skit..agak2 kure2 tu pun lagi laju speednye dari aku..hehehe..

Anyway...can't wait to start writing lagi in future..wait for me yoooooo.... :-)