Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Tuesday, March 31, 2015

Jom Makan Best Penang: Aneka hidangan masakan Kelantan asli di Restoran Anggerik Desa, Seberang Jaya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

As usual, kalau pergi mana-mana, memang kami suka explore makanan kat tempat tu. Barulah best kan..tapi tempat makan kali ni beza skit. Pergi Penang, tapi makan makanan oghe kelate..haaa, bisa tak tu? Eh, eh…dah ke Indon plak…hahhaha…

Restoran Anggerik ni lokasinya dekat aje dengan office Incik Daus.. aku macam terkejut jugak bila Incik Daus bawa makan ke sini. Sebabnya knowing him, dia kurang skit masakan kelate ni. Incik Daus jenis orang yang suka makan pedas. Cili padi kampung tu diratahnya aje…

Takpe, meh kita cuba..kalau x sedap, pedih telinga je la kena kritik pada yang mencadangnya…hahhaa..


Kami sampai agak awal, dalam jam 8.00 pagi. Orang masa ni tak ramai lagi. Makanan kat restoran ni memang banyak. Sampai naik rambang mata menengok. Incik Daus kata kedai ni memang ramai orang sebab makanan dia variasi.



Meh aku kasi jamu mata kat u alls semua…





Banyak kan..aku macam biasa, pagi-pagi kena kasi suntik itu kaffein dalam darah…benda lain jangan nak gatal pi suntik tau…hehehe..



Nescafe O Tarik yang kawwww….memang peberet..pandai yang buat air ni buat…

Aku dah lama teringin nak makan laksam ni..so saja try kat sini..



Rasa dia memang sangat sedap, aku suka sangat ..

Incik Daus makan nasi dagang, aku try jugak..sedap berlemak nasi dan gulai dia tu…puas hati…


Dan yang paling buat aku teruja adalah…

Jeng..jeng…

Haaaa..ni dia..Pulut Mangga…


Hari tu pi Perlis nak makan pulut mangga ni xdapat..dieorang kata belum musim…

Rasa dia memang sangat, sangat sedap okay..pulut dia lembut dan dimasak elok..memang sedaplah, mangga pun manis…kecur liur bila teringat makanan-makanan ni..kalau pergi sana lagi, Insya Allah akan repeat makan dekat sini…

Selain dari makanan berat ni..ada gak ambik kuih..kuih cekodok dia sedap, lembut..Pulut Panggang dia tak berapa sangat…kuih keria dia mak kata keras jugak…tapi main dishes dia memang semua best. Ada gak kuih muih tradisi Kelantan kat sini..tapi dah penuh sangat..next time kita cuba. Kalau nak makan bubur, pun ada dia jual. Macam-macam jenis okay.



Tengok..betapa ngada2nya budak kecik ni..kalau dengan Opah, makan suap sendiri pun jadik tak pandai..aishhhlaaahhh...


Di akhiri dengan gambar empunya blog yang sweeeeeeetttt nawwww...hahhaha..



So lokasinya kengkawan…

Restoran Anggerik Desa
12, Jalan Todak 4, Seberang Jaya, 13700 Perai, Pulau Pinang


Friday, March 27, 2015

Cuti-Cuti Pulau Pinang: Penang Bird Park

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Aktiviti ke Penang Bird ni adalah aktiviti idaman aku berkurun lama dah. Memang nak bawa kakak ke sini. Setiap kali datang ke Seberang Jaya ni, memang selalu lalu signage nak ke sini. Maka di kesempatan yang ada selepas kami sarapan pagi, aku pun ceii..ceiii..sajalah mula-mula ajak Incik Daus pusing ke sini. Konon-konon nak tengok waktu operasi, tempat ni buka jam berapa. Sekali, eh..eh..dah bukaklah…



Apa lagi, jomlah terjah…




Mula-mula bila tengokkan harga tiket masuk, macam mahalnya…kenapa mahal sangat..Taman Burung je pun. Begitulah firasat hati. Mak siap takpelah, mahal sangat ni..bawak je anak masuk..mak tak payahlah masuk. Mana boleh macam tu, tak pelah..since dah niat nak masuk sama-sama..jomlah kita masuk. Happy2, one family..ye tak?




Auntie kaunter ni peramah, siap explain segala. Cuma kat sini, kena ingat toilet dia satu aje, di pintu masuk. Dan bila dah tawaf Bird Park ni, akan rasa sangat berbaloi dengan harga tiket. Tempat ni luas, besar dan bersih. Bau-bau ‘ucuk-ucuk yak yak’ burung tu xada. So, taklah rasa terganggu atau rasa geli nak lawat satu park ni. Memang aku pujilah cara dieorang maintain bird park ni dari segi kebersihan.

First of all, harap kalian bertabahlah ya kerana bahawasanya entry ni sangat banyak gambar ya..maklumlah anak-beranak kaki posing.

Masuk2 aje, macam ada wall of fame cam gini…ewah, wall of fame sangatlah kan..so marilah we strike a pose..



Begitu canggih sangat ni pose masing-masing kan....hahhaha..


Banyak kan spesisnya...ha..silalah lawat sampai lenguh kaki okay....ni baru cage pertama tau..

Penang Bird Park ni mula dibuka pada tahun 1988 dan sehingga kini terdapat lebih dari 300 spesis burung di dalam taman ni. Masa bird show tu auntie tu cakap sehingga kini ada lebih 3000 ekor burung di dalam ni...


Ada 4 ekor spesis burung ni kat dalam cage ni..




Hahhahaa..td bukan main posenya..dah abis..laaarrrriiiikkkkk....


Burung ni cantik warna dia, baby blue dengan pink..


Haaaiiii, pe kabor...ahaks!


Pose usual Incik Daus... ;-) berdiri sedia..haipppp!!


Minah ni memang sawan posing...hahhaha...xleh nak dipertikaikan lagilah...hahha!


Si kakak muka takut tapi maintain senyum..yaaa...ini adalah burung hantu..



Burung hantu ni matanya terbeliak..tak pejam-pejam..siapa tau, memang burung hantu ni tidur sambil bukak mata ek? Siapa tahu?


Cantik kan? Nampak macam hutan real..


Bucuk maaaccchhhaaammmm Opah... mengada-ngada budak ni kalau Opahnye ada..macam nak babap bontot tu...haiippppp!




Nampak tak kengkawan apa yang aku nampak? Cer tengok betul-betul... terror kan..berdiri guna sebelah kaki..cer kalau aku yang buat, hmmm..xsampai satu saat, dah terbalik dah ni...


Ini apa ek..itik kecik kot...aku pun dah tak ingat daaaa..tapi aku suka sebab dieorang cagekan ikut kategori dan bersih kan tempat dia..siap ada dua alam dalam satu cage..maksud aku..ada pasir dengan kolam air...


Lawa kan..penuh keceriaan..


Kakak nak merasa pegang burung ni..berani betul budak ni..memang suka dengan binatang aku tengok..suka sangat pergi zoo..


Inilah nama burung tu..padanlah penuh warna-warna oren dengan kuning..sun katanya..


 Burung Untaaaaa..marilah kita tunggang, mau ke mana ya maulana..mau ke Turki ka? takut weii..panjang lehernya..


Saya tak mau tunggangla..saya mau posing jugaaaa...hahahha...


Ni pun dah ala-ala model in the making...ahaks!

 Ntahlah..aku macam suka je tempat ni. Taman ni memang luas, puaslah berjalan. Dan bersih. Aku harap maintainlah ya kebersihan ni..kang lepas aku tulis kata bersih, korang pergi dah kotor plak dah..naya ahkak jemah ni dik oiiii...

Taman ni dianggarkan berkeluasa lebih kurang 5ekar dan 150 spesis burung dalam ni memang memegang sijil kelahiran anak jati malaysia..hahhaaa...maksud aku, memang spesis dari Malaysialah..yang selebihnya diambil dari pelbagai negara seluruh dunia.



Belakang tu air terjun. Ini cage bentuk terbuka. U all boleh masuk sambil duduk-duduk. Sambil tu berdoalah juga takde proses penyahtinjaan berlaku atas kepala masing2 ya...hahahaha..


Ni sekor burung hinggap..hijau..lawa warna dia..si kakak lagi..suka sangat ambik gambar dengan bird kan...


Alaaaa..jenuh kami tunggu, dia tak mau gak tunjuk bulu dia yang lawa itu...kami seddeeeyyyyyy laaa.....





Selain burung, dalam taman ni ada jugak ular, buaya dengan kancil..


Setiap hari jam 11.00 a.m dengan 3.30 p.m ada bird show. So apa lagi, kami pun tak nak ketinggalan. Auntie ni kalau korang dengar dia explain, mula-mula tu memang rasa ternganga sat..sebab dia explain sangat laju dan dalam 3 bahasa.

Incik Daus: Mat Salleh depan ni pun sure terperanjat dengar bahasa Inggeris dia ooo....

Hahhaa..memang auntie ni selamba..dia cakap je laju-laju..broken grammar pun ape adehal..janji level confident tu mau tinggi okay...aku memang tak tahan nak gelak..jenuh bukak telinga besar2 nak memahamkan butir bicaranya....

Pertunjukan ni lebih kurang setengah jamlah bagi satu sesi. Biasalah..burung terbang-terbang..burung tari-menari..memang terbang rendah jugaklah, dahlah besar. Ada sekali tu nyaris tak landing atas kepala Incik Daus.


Bila dah end of show, pengunjung dibenarkan ambil gambar dengan burung-burung yang ada. Mula aku tolak Incik Daus, saja nak suruh dia pergi, aku nak ambik gambor. Hmmm..aku bila tiba time ni, terus jadi tak pandai posing..hahahha..yalah nak burung tu landing atas tangan..huh, that big? Mestilah tidak kan..

Alih-alih, si kakak yang volunteer..siap kakak kata dia nak buat..aku macam, betul ke kakak? Dia yakin je jawab yes...

Ok, dah kakak cakap omputeh tu, memang serius benorlah tu..hahahha..

Bila tiba kat depan, trainer tu pun macam cuak-cuak sangat nak bagi. Trainer tu pun tanya berulang kali..sampaikan yang senior trainer tu yang kena take over sebab yang trainer handle ni tak berani. Mana taknya, kakak yang paling muda yang volunteer. Yang lain semuanya besar-besar, kalau ada bebudak pun, budak laki yang umur dalam 11-12 tahun. Kakak baru 4tahun 4bulan. Tengok tangan pun kecik aje haaa...

Trainer yang kat atas tu lah trainer senior tu...Philippines kot orangnya..

 Yeayyyy..burung ni dah berjaya landing dengan selamatnya atas tangan kakak..tengok tangan kakak paut tangan bapak..takut tu tetap ada, tapi semangat kuat nak cuba..ibu memang respectlah kakak..rasa touching sampai syahdu rasa hati dengan keberanian kakak..huhuhu..over..ibu memang emo..hahhaa! Bapak excited sampai nganga2 kesukaan di situ,, ;p


Tapi yang tak tahannya lepas aje settle semua..

Kakak: Ibu, bird tu terukkan ibu..ia tak potong kuku...sakit tau tangan kakak...

Hahahhahaa..lawak sangat kakak ni...

Ok, pada anda-anda yang nak ke sana...ni alamat dia ek

  • Penang Bird Park, Taman Tunku, Seberang Jaya, Pulau Pinang, Malaysia.
Kalau dari segi landmark, dia dekat-dekat je dengan Sunway Shopping Mall Seberang Jaya itu..pusing-pusing di situlah ya...