Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Friday, February 19, 2016

Percutian Pulau Langkawi 2015 Part 8: Jom naik gajah sambil berkawan dengan harimau di Oriental Village!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Ok..mehla sambung balik kisah Pulau Langkawi kami ni. Memanglah sangat banyak sirinya bagi percutian ke Pulau Langkawi ni. Maklumlah beria duduk sana sampai lima hari kan. Di Oriental Village sahaja banyak aktiviti yang kita boleh lakukan. Salah satu darinya adalah melawat Zannah dan Lasah..yeayyyy…

Aku memang aim lama dah nak naik gajah. Plan punya plan, asyiklah tak jadi. Bila tengok ada aktiviti naik gajah di sini, apa lagi…menggeleteklah kaki ni nak cuba. Incik Daus tanya banyak kali aku ni serius ke nak naik gajah…of course I serious! ;-)

Tapi sebelum tu meh kita buat lawatan ke Rumah Zannah dulu..Zannah ni adalah seekor harimau. 


Budak kecik muka super excited...hehehhe...

Malangnya waktu kami ke sini dah tengahari, dia tengah tidur. Itu waktu pasif bagi seekor harimau. Jadinya taklah nampak sangat. 



Aku sukalah dengan tour guide harimau ni, pandai dia explain dan mudah faham. Dia akan bercerita dengan u all pasal populasi, dan pasal habitat serta perangai harimau ni.


Anak manja bapak..berdukung pulak sebab beria nak tengok.

Ni meh aku share info untuk pembacaan anda semua ye…


Lepas habis kita jumpa Zannah…jom pergi lawat Lassah plak. Lassah ni gajah yang membintangi Anna and the King dulu…kirenye gajah retis la ni..hehehhe…


Sebelum aku lupa, bayaran untuk masuk ke dua-dua tempat ini adalah RM15. Tapi kalau untuk naik gajah ni sekali, kena bayar RM80. Bayaran tu termasuklah untuk bagi makanan pada gajah. Ride dia ambil masa dalam 15minit, pusing kawasan sekitar situ je. Actually banyak pakej tour ride yang lain dan bayaran pun berbeza. U all boleh log in web dia…Langkawi Elephant Adventure


Mula-mula nak naik tu agak gayat jugak. Keras gile badan gajah ni..sakit plak aku rase..hahahha!

Dalam hati punyelah berdoa…eloklah hendaknye ye Lasah..bile dengan instructor die bagi arahan bukan main garang..ngeri plak aku.



Ni gambar kami dari atas badan Lasah.


Oklah, ride ni untuk beginner mcm kami. Tapi u all jangan harap yang lebih-lebihla..kalau nak lebih adventure..bayar lebihlah..huhuhuu..petang tu dia bagi alasan Lasah letih, jadinya tak boleh nak pusing jauh. Tapi naik gajah di sini, tak adalah sampai dieorang pukul gajah tu macam kat Thailand.


Lepas selesai naik gajah ni, kenalah bagi upah pada dia..kesian dia bawak korang..hahahah..so mehla bagi gajah makan. Yang ni tak ngeri sangat sebab dah pernah bagi masa kat Kuala Gandah dulu.





Muka suka ke muka takut tu erny woiiiii…hahahhaha….


Kesian kakak..xdapat jumpa Zannah yang real..dapat naik yang tipu pun jadilah ya…heheheh..ni kalau yang real, haruslah cabut lari dulu kan….


Ok, selesai semua…tengok jam dah nak pukul 4pm okay. Lapar balik dah ni..


Jadinya singgahlah kejap di area Pantai Cenang tu, mengalas perut. Makan roti tapau dekat The Loaf sambil nikmati air Cha Time….lega sangat…Lepas tu apa lagi, kakak ajak balik nak mandi laut lagi…aduiii…legam!

8 comments:

  1. SS belum pernah naik gajah... Takut gajah tu semput bawak SS nih.. He He He..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala sis SS..u lagi slim dari I ape....kompem gajah tu happe je bwk sis... ;p

      Delete
  2. Cable Car ke Gunung mat cincang tu masih tutup eh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis..Cable Car tu dah lama bukak..yang tutup dulu tu sky bridge..tapi skrg dah bukak balik. Kalau sis nak g..naik je la yang sky glider tu...sebab jalannye hmmm..hampeh jiwa dan raga..huhuhu

      Delete

SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)