Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Friday, September 5, 2014

Cuti-Cuti Anniversary 2014: Menu makan-makan di Felda Residence Hot Spring, Sg. Klah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…


Alhamdulillah, malam ni terasa lega sikit..punya belambak aku minum air siang tadi sebab nak cepat baik. Gitulah, kalau taknya..bawak bekal air tu pergi balik ajelah, minumnya tak juga habis-habis. Cuma batuk still teruk selepas 11 malam macam tu, membawalah ke 4.00 pagi..then baru aku boleh tidur semula. Ni siap sakit perut segala..rasa tegang je buah pinggang ni menahan sakit batuk. Batuk tanpa kahak kan..memang sakit sangat. Buat juga teh o panas dengan madu dan lemon tu..bagi lega sikit tekak…anyway, terima kasih ya yang sudi mendoakan kesihatan saya ni..Alhamdulillah..terima kasih ek… ;-)

Oklah, sebabkan mata tak leh nak tido, mehlah disambung entry makan-makan dekat Felda Residence ni ya seperti yang dijanjikan..

Ok kengkawan sekalian, marilah memberi sokongan padu untuk aku habiskan entry percutian kat Felda Residence Hot Spring ni. Seperti yang aku katakan dekat entry sebelum ni, entrance Felda ni memang jauh dari jalan utama. Memang aku mengotakan kata yang aku takkan nak keluar walau sekadar mencari makanan. Seperti biasa, aku kalau bercuti ni memang aku akan angkut stok maggi, biskut Tiger si kakak..air kotak dan segalanyalah. Oooo dan tak lupa jajan. Sebab aku hanya benarkan kakak makan jajan ni waktu bercuti je pun. Tak elok kan makan makanan ringan banyak-banyak. So bapak pun included in the list must obey to the rules that Ibu tetapkan ok..hehhehe..

Day 1, memang penat. Balik je bilik semula lepas melayan kakak mandi manda, semua pun lapar. So doklah bertekak ngan Incik Daus sama ada nak room service atau nak ke café. Tapi kat luar tengah hujan. Last-last, masak maggi je dulu. Konon-konon malas nak keluar. Mehla melayan maggi.


Rendam air panas je pun..tapi makan sambil borak-borak, hujan plak tu..memang nikmat sangat rasanya kan..
 Untuk ibu ngan bapak aje..kakak xleh..kalau nak makan fries, untuk kakak yang jenis less salt dan original tu aje yang ibu benarkan..itupun bila cuti-cuti macam ni aje..tak leh makan selalu..tak elok..


 Untuk kakak, maggi dia memang tak taruk perencah ya..selalunya kami rebus and bubuh kicap je...kena explain, kot kang ada plak yang gossip tentang I kat belakang-belakang...hehehhe...

Sekali, dalam kul 9mlm macam tu, Incik Daus kata, jomlah kita makan kat Café dieorang ni. Hujan pun dah berhenti. Aku macam, Oh Nooo…for real? Malas nak tukar baju sebenarnya. Tapi bila fikir-fikir, jomlah, bukan selalu..jangan dirosakkan mood percutian ini..ewah! So let’s go…Buffet dinner dia murah juga, tak mahal..dalam RM 20++ tak salah aku bagi dewasa. And for that price, janganlah plak menaruh harapan akan ada kambing bakar sekor ke kan…hidangan dia bercirikan masakan melayu. Tapi pada aku, memang masakan melayu kat kafe dia ni, memang sedap. Semua berasa je ramuan dia.



Apa yang paling penting, Halal okay…



Ok, ini pemandangan sekitar café. Yang gambar entrance café tu aku ambik keesokkan harinya, tu yang nampak cerah.

Ini antara makanan yang sempat aku ambik gambarnya. Selain nasi, adalah pasta dengan mi dan bihun sup. Dessert dia bolehlah…




Ini hidangan kakak…nasi Putih dengan sup ayam..sup ayam dia memang terasa rempah dia..



Ini pasta untuk kakak, ini mulanya menu asal kakak. Cheesy pasta, tapi sangat kering dan bila dia sejuk, lapisan atas cheese dia jadi keras. As I said, makanan western dia agak kureng skit yang aku rasalah sepanjang aku kat sini, berdasarkan menu yang aku cuba.




Ini hidangan Incik Daus..memang superb..Incik Daus kata tempoyak dia tu best giler, tak masam dan lemak-lemak cukup rasa. Aku percayalah kat dia sebab aku memang tak makan tempoyak..errrkkk…I org Kay El okay…muahahah! Perasan ahkak yer…




Ni plak makanan aku..masak lemak nangka dia tu, memang best! Buat plak masak lemak cili padi, makan dengan nasi panas, selepas hujan..peehhh..nikmat, Alhamdulillah..sedap! Yang ikan sweet sour sebelah kanan pinggan aku tu je, yang kureng skit pada tekak aku.


Kakak macam biasalah dengan ayam goreng dia at last..cukup suka dengan ayam goreng, macam Upin Ipin kata kakak..tapi aku ok lagi, sebab kakak selalu makan peha ayam ni dia mintak buang kulit. Dah dari kecik diajar macam tu walau hakikatnya Ibu dia ni suka sangatlah meratah kulit ayam yang garing tu…hehehhe…mujurlah bab ni Opahnye agak ‘garang’ skit..’No Kulit Ayam Allowed’..baiklah Opah…





Tengah menikmati makan,tetap juga nak posing melentok gitu…kes banyak makan tengkuk ayam ke ni erny oiii…hehhehe…


Ish..ish..budak kecik ngan peha ayam ni…hehehhe..kakak..kakak…


Then next day, kita buffet breakfast pun still di café yang sama..pemandangan pagi hari dari meja kami...



Menu macam biasa Cuma menu di bawah nilah yang pada aku unik sikit..ada nasi minyak u alls pagi-pagi buta…


Lauknya pun lengkap dengan acar dan ayam masak merah..sedap, not bad pada tekak aku.


Kakak macam biasalah, pagi-pagi..cereals jelah pun..tapi ratah macam tu je..tanpa susu...

Tengahari tu plak, kami lunch di sini juga. Ada café lain dekat kawasan dalam Felda Residence ni tapi menu yang santailah macam ais kacang, aiskrim, keropok, laksa macam tu…jenis kiosk tu. Tapi banyaknya kiosk aiskrimlah kat dalam ni. Kiosk Magnum Ice-Cream tu merata-rata dalam kawasan ni..kiosk Wall’s Ice-Cream pun ada jugak.

So since kami pun makan tengahari agak lewat, inilah di antara menu yang kami order…


Nasi Goreng Kampung..Untuk Incik Daus, ok, sedap…


Ni macam biasalah, aku punya..menu kena over sikit..hahhaa…Sang Har Noodle..sesuailah dengan tekak aku..kuah dia pun tak muak makan…

Tapi ini adalah verdict paling best sekali..Air Nescafe Panas Kaw dia..pehhh..memang kaw dan pekatlah!



Ini carbonara untuk kakak..kureenng skit..meskipun at first macam teruja je menengok ada roti atas carbonara..first time ada roti gitu..errr..selalunya kami tak pernahlah jumpa ada letak roti bakor atas carbonara..ampunkanlah ye kalau ahkak sorang je yang tak pernah jumpa…

Tapi kakak as usual, asalkan pasta, kakak ok je…sedap aje…


Ni dessert dia, sajalah aku nak cuba. Alhamdulillah, tak menghampakan..sedap..tak manis sangat..sesedap rasa tekak akulah..Bubur Som-Som nama dia…

Sekianlah kisah makan-makan kami dekat Café Meranti Coffee House ni..memang dekatlah sangat dengan bilik kami..ohhh ek, pasal bilik tak cerita lagi ek..ok..kiranya satu entry lagilah ni ek yang terhutang..ok..baiklahhh..

Apapun, harga makanan kat sini sangatlah berpatutan pada kami..meh akak share harganya, ni harga makanan yang kami orderlah ya…



Ok kan..??? ;-)

Jumpa lagi ya kengkawan  di next entry, Insya-Allah…

No comments:

Post a Comment

SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)