Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Thursday, September 18, 2014

Jom Makan Best di Pulau Pinang : Mee Udang Pak Ngah Sungai Dua

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Ok kengkawan..stand by, ada satu lagi tempat makan best bakal didedahkan...hahaha..hamboiii ayat tak menahan, dedah ye..macam nak dedah apa je kan..saja je bikin gempak sikit..

Tempat makan yang aku nak share kali ni, makannya dah lama, adalah kot lebih enam bulan yang lampau. Ni la baru sempat nak susun gambar semua...makanan dia pun dah hadam, barulah terhegeh-hegeh kan aku ni...ok, barang dilepas jangan dikenang, tengah rajin dan sempat ni, mehla kita update...tempat makan ni kami pergi time balik Kulim that day, ada kenduri kahwin family sebelah arwah abah..

Nilah kedai makan dia..dari tepi jalan pun boleh nampak.


Tapi tempat ni selalu penuh, memang bertabahlah kalau nak mencari parking...kalau secara landmark, lepas keluar exit Sungai Dua (dari hway utara selatan), kalau kita dari KL atau Ipoh, lepas keluar tol Sg. Dua, ambik kanan. Nanti terus je..then kedai tu tak salah aku sebelah kiri. Bagi sesiapa yang pandai gunakan teknologi..ni aku bagi map dia...



Dekat jalan ni, memang banyak kedai makan bertemakan mi udang. Tapi yang org kata paling best..kedai pak ngah ni la..so sinilah kami singgah. Pernah nak datang dulu, tapi time tu tak ada rezeki..kedainya tutup. Alhamdulillah, kali ni bukak...





Macam biasalah, bila dah datang sini, haruslah kita mencuba Mi Udang dia yang dikatakan syiok menyengat itu...

Naaahhhh..hambikkk...selambak udang dia, besar plak tu...





Ini mi udang special (udang laut)...harga dia memang aku tak ingat..tapi antara range rate RM7.50-RM 20..bergantung pada jenis udang yang kita pilih atau jenis hidangan..maksud aku nak mi udang biasa ke..atau special. Kalau mi udang biasa pun kenyang jugak..ada 4ekor udang dia bagi, saiznya boleh tahanlah jugak. Kalau sesiapa berkenan nak makan udang galah..pun boleh jugak order.


My Verdict: Ok, sedap..kuah dia pekat...tapi tak muak..abis sepinggan, terasa sengkak perut...hahahha...

Selain mi udang, kedai ni ada je jual makanan lain, goreng-goreng pun ada. Untuk si kakak kami order nasi goreng udang...



Then hati tertarik plak dengan sotong kangkung..so orderlah jugak. Sotong kangkung dia biasa-biasa je rasa kuah dia...


So pada sesiapa yang nak mencuba..silalah refer kat landmark yang aku bagi di atas tu ye... jangan segan silu..

Ok kengkawan..tatatititutu...


No comments:

Post a Comment

SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)