Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Tuesday, September 23, 2014

Mak ni bodohlah!!! ;-(

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

“Mak ni bodohlah!”, ya..memang itulah ayat yang menangkap telinga aku awal pagi tu waktu kami berhenti solat Subuh di salah sebuah R&R. Waktu itu kami dalam perjalanan ke Kuala Perlis. Pagi Sabtu, aku dengan kakak mengikut Incik Daus yang outstation ke Pulau Langkawi. Tapi kami tak masuklah ke Pulau Langkawi, sebab perginya pun sehari je. So kami stay di area Jeti Kuala Perlis sahaja. Cerita tu, nanti aku ceritakan ya..Insya-Allah.

 Berbalik kisah tadi, waktu memasuki rakaat akhir, aku rasa sedikit terganggu dengan suara si anak dan ibunya yang ingin mengambil wuduk. Bingit suara anaknya, mengarah itu ini sedangkan si ibu masih mendatar rendah sahaja suaranya. Aku cuba buang jauh-jauh gangguan suara tersebut dan fokuskan hati menghabiskan solatku. Sebaik sahaja selesai memberi salam, hati aku tersentak mendengar si anak memarahi si ibu.. ‘Mak ni bodohlah…!”..Astaghfirullah..terkedu aku. Aku berpaling sekilas, tak mampu lagi menahan hati hendak melihat gerangan si anak. Ya Allah, masih kecil lagi..adalah rasanya umur antara 8 atau 9 tahun jika ku lihat dari saiz badan. Aku tak tahu kenapa hati aku waktu itu, bukan rasa marah tetapi lebih kepada rasa belas. Waktu aku sudahkan doa, airmata menakung hebat…aku jadi sedih yang amat sangat. “Ya Allah, aku mohon kau berikanlah pelindungan buat anakku, semoga dia membesar menjadi anak yang baik, yang sentiasa lemah lembut tutur bicaranya…” Saat ini, memang meleleh airmata..tak tahulah kenapa hati terasa sedih sangat. 

Aku risau sangat kalau anak-anak aku tersalah pergaulan atau kami sebagai ibu bapa, tersalah mendidik. Melihatkan macam-macam perkembangan zaman sekarang, memang sangat menakutkan. Apa pun, aku tak mahu bersangka buruk pada anak itu..aku hanya panjatkan doa, semoga anak itu sentiasa di dalam Rahmat Allah…Insya-Allah…


Masuk kereta, tengok si kakak masih lena..rasa macam sayu aje..Ya Allah, bantulah kami menjadi ibu dan bapa yang terbaik buat anak-anak kami untuk ‘saham’ masa depan kami..ammmiiiinnn… 


Kakak, ibu doakan supaya kakak membesar menjadi anak yang solehah..dunia akhirat..ammmiiinnn...


2 comments:

  1. Salam perkenalan. Satu kisah yang sering terjadi di zaman apa sekalipun. Akak pun takut juga kalau gagal menjadi ibu bapa yang baik.

    ReplyDelete
  2. Kak Aziela: Betul tu..seram aje melihat situasi sekarang ni..lima enam tahun akan datang, lagilah menakutkan... semoga anak-anak kita sentiasa dipelihara oleh-NYA...Insya-Allah..ammmiiinnn...

    ReplyDelete

SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)