Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…
Hmm…hari ini jadi hari yang paling memenatkan di
pejabat. Penat gila. Macam-macam hal bebudak sekarang ni kan. Itulah yang
agaknya dulu mak aku tak nak sambung dah perkhidmatan, baik pencen aje. Katanya
staff muda-muda sekarang lagi banyak hal. Kang kita marah2 sangat pun tak suka
juga..ye tak?
Jadinya sebabkan stress, aku nak tulis citer yang
buatkan aku seronok aje..buatkan aku selalu senyum sampai ke telinga. Ohh
ye..aku tulis ni malam..tapi u alls baca pagi ni la ek..heheheh…
Nak citer pasal siapa lagi kalau bukan budak ni
haaaaa….hmmm..anak dara pojaaan hati kami berdua ni…dah makin besar dah.
Alhamdulillah..sekarang ni aku rasa aku ngan kakak ni apa orang muda-mudi
sekarang ni kata.. ‘BFF’..ewah! Yelah, Incik Daus kan kerap keja luar stesen
kaedahnye..kebanyakan hari dan minggu adalah hari kami berdua. Duduk tengok TV
berdua, bergolek-golek sebelum tidur pun berdua…bergaduh, berperang..toksah
katalah kan..setiap pagi…hahahah! Iyalah, bila nak kejut bangun gi school, nak
mandi semua..hmmm..memang slalulah aneka drama kat umah tu…walaupun kakak tiap
malam ni pesan kat aku.. “Ibu..esok..ibu jangan lupa tau kejut kakak awal,
kakak nak gi school awal, nanti kawan-kawan tunggu kakak…” hamboiiii..bukan
main sangat arahan dia kan..nanti bila dah dikejut.. “Ala Ibu..kakak ngantuk
lah..kakak mandi kejap lagi la ye…” sabor jelah…
Semakin besar, semakin pak lawak plak aku rasa anak
kami ni. Aku kalau marah dia, kadang-kadang marah lawak-lawak jelah..let say.. “
Buatlah..Ibu marah ni..nampak tak Ibu dah bertukar hijau ni..jadi Hulk…” macam
gitulah. So satu hari tu, dia marah bapaknya..siap jegil biji mata dia, siap
bagi sama je dialog aku tu..hahahha..lawaklah kakak!
Ada one day tu, Opah dia tanya.. “Kakak, bapak gi
mana?” Tau dia jawab apa..”Hmm..bapak gi kahwin lain..” Haaaa????
Aduiiiii..saborlah kakak oiiii..mana dia belajar ntah dialog tu…
Tapi above all, kakak jenis yang ringan tulang juga.
Bolehlah nak bantu-bantu. Hari Ahad tu lagilah..buat bapak tersentak
kejap..mencari-cari jawapan yang sesuai..bila kakak tetiba tanya..
“Bapak, bila kakak boleh dapat baby? Kakak nak adik…”
Haaa? Terkebil-kebil Incik Daus nak menjawab. Kakak
oiiii..Ibu ni kan, kalau boleh order baby baru kat 7Eleven, ibu dah lama dah
buat anak oiii..ibu pun teringin juga nak new baby. Belum rezeki lagi…kadang-kadang,
ada juga terasa tertekan. Bila ada juga yang ingat aku yang tak nak menambah
anak. Nak, aku nak anak lagi..Cuma belum rezeki dan kami tak pernah merancang
pun. Pernahlah jugak emosi berlebihan, siap sedih-sedih tanya Incik Daus what
if memang kakak je satu-satunya rezeki zuriat kami..cammana? Takpe, Incik Daus
biasa dah dihadap soalan-solan cam gini time kami awal kahwin dulu..dah kahwin
2 tahun dan belum dapat anak. Incik Daus selalunya akan jadi manusia yang
positif la..yelah, dah wife dia ni over emo kan..katanya, Allah Maha Mengetahui
akan sebab pada sesuatu yang DIA aturkan untuk kita…so, baiklah…terkedu kejap
bini dia ni kan..hehehhe…eh japp..siapa kata aku ada sorang je
anak..helllooooo..aku ada dua orang anaklah..alhamdulillah..Allah itu Maha
Adil, Maha Penyayang…
Dan pagi ni..aku pakai baju kaler pink you alls..ni
mak aku tengok anak dia pakai pink ni..sure terharu kan…hahahha..si kakak..
“ Wahhhh Ibu…cantiklah Ibu pakai Pink..macam Power
Rangers Pink…”
AKU: Errrrkkkkkk??????
;-)
Okay..sign off dulu..Power Rangers PINK nak pergi lawan raksasa...yeeehhhhaaaa!!!! Auuummmm!! Muahahhaha!
No comments:
Post a Comment
SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)