Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Hari ni dah kembali bertugas..memang lemaulah kan
setelah bercuti panjang. Apakan daya..uhukk…uhuk..bertabahlah ye…
Ok, udah..no more lemau-lemau..hari ni Masterchef
Olok-Olok ni skali lagi nak share resipi simple-simple bila dah kering idea nak
masak. Atau bila dilanda mood malas nak masak macam-macam jenis lauk. Nasi
goreng pada aku adalah hidangan paling ringkas dan mudah disediakan malah kalau
kreatif macam-macam jenis nasi goreng pun boleh dibikin.
Nasi Goreng Ikan Petai
Menu ni ringkas aje..apa yang ada. Nak-nak kalau ada
baki ikan goreng tu kan. Bahan-bahan yang diperlukan:
- Nasi putih (sukatan ikutlah nak banyak mana. Macam aku ni, aku guna nasi yang dimasak dari 1pot beras).
- Ikan goreng (asingkan isi ikan goreng ni dan gaulkan dengan nasi). Asingkan.
- Pes cili (kisarkan cili kering dengan sedikit belacan, 1 biji bawang besar, 3 biji bawang putih dan juga ikan bilis).
- Petai (dibelah dua)
- 2 sudu besar sos tiram
- Kicap
- Sos Cili
- Sedikit garam sebagai penambah perisa.
- Air
Cara Membuat:
1. 1. Panaskan
minyak. Tumis pes cili, adunan bahan yang dikisar tadi.
2. Masukkan sedikit air, macam aku, aku masukkan ½ cawan air. Kemudian, masukkan sos tiram, sos cili, kicap dan garam.
3. Kacau, bila dah mendidih sedikit, masukkan petai. Biar sekejap.
4. Akhir sekali, masukkan nasi dan kacau sehingga rata.
2. Masukkan sedikit air, macam aku, aku masukkan ½ cawan air. Kemudian, masukkan sos tiram, sos cili, kicap dan garam.
3. Kacau, bila dah mendidih sedikit, masukkan petai. Biar sekejap.
4. Akhir sekali, masukkan nasi dan kacau sehingga rata.
Siap...
Selamat Mencuba ya...
No comments:
Post a Comment
SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)