Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Friday, September 19, 2014

Resipi: Sarapan mudah dan ringkas dengan Sosej Roll Dengan Keju

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Roti Gardenia ni belinya konon sebagai stok makan malam, memang gitulah pun bila Incik Daus kena outstation. Malas nak masak, malas nak singgah tapau..semua pun malaslah. So before dia pergi selalunya aku akan pastikan ada stok roti dan biskut kat umah..buat makan malam kalau lapar.. tapi kalau suruh Incik Daus yang beli, dia sukalah sangat beli yang saiz besar tu..memang takkan abislah pun by the end of the week. Jadinya adalah di satu hujung minggu tu, tiga minggu lepas tak salah aku..baki roti ni, aku doklah fikir nak buat apa. Kena habiskan sebelum tamat tempoh kan. Nak buat bingka roti macam tak rajin sangat. At last, terbayangkan resipi Hotdog Cheese yang pernah ku lihat dari blog Wahida, My All..Hot Dog Cheese Roll 

Maka sepantas kilat, aku pun dengan gagahnya berjuang di dapur..hehehe..semangat perjuangan di dapur ni kena cepat time dah tau nak masak apa. Kalau semangat tu diperam, lambat-laun terus kuncup aje melayu..sat gi mau aje bekpes kat kedai mamak aje..ahaks! ;-)

So inilah hidangannya..



Meh kita lihat apakah bahan-bahan yang diperlukan..


Roti (bilangan ikut sukalah ye..)
Keju (dibelah dua)
Sosej (Aku guna dua jenis sosej..separuh roti aku buat guna sosej blackpepper dari jenama Ayamas, satu lagi aku pakai sosej honey tu dari Ayam Madu tak salah aku…)
Telur (dipukul bersama sedikit garam)
Serbuk Roti
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara membuat dia senang aje..mula-mula buangkan bahagian tepi roti tu..then tekan-tekan skit. 
Kalau rajin…tekan roti pakai penggolek tu, supaya nipis dan senang digulung.

Kemudian, potong keju dan sosej kepada dua bahagian. Sosej tu aku rebus dulu..sebab nanti masa gorengan tak lama kan.


Gulung dan kelimkan hujung roti tu..sapu skit kuning telur, nak bagi melekat. Ada juga yang gunakan bancuhan tepung gandum sebagai bahan pelekat roti.


Golek-golekkan roti dalam telur, sebelum digolek pula di dalam serbuk roti.

Panaskan minyak. Make sure panas betul. Minyak banyak jugaklah, deep-fried. Bila minyak dah panas, masukkan roti..dan angkat cepat. Takut garing sangat nanti.



Then, apa lagi…jemputlah makan panas-panas ya..cicah dengan Sos Cili Thai la plak..ermmm..memang syioklah kan…



Selamat Mencuba ya kengkawan… 


No comments:

Post a Comment

SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)