Ehhh..resipi lagi? Wahhhhh…betulke ahkak ni? Masak
memasak aje nampak gayanya minggu ni…heheheh..saja, bila ada masa lapang..apa
kata kita asah bakat masterchef yang tersembunyi dalam diri, ewah! Ayat macam
super best aje kan. Takdelah, aku bukan apa..Cuma bila kakak dah besar sikit,
banyaklah masa boleh kembali menggodek resipi di dapur. Aku masak menu yang
ringkas-ringkas aje buat masa ni sebab kalau nak beria bagai buat kek dengan
hiasan semua, dapur pun tak sempurna lagi. Slow-slowlah ya..mana tahu esok-esok
aku buat kek 8 tingkat ke..hahahah! *okay u alls..itu ayat imaginasi yang
over..hehhe..*
Kuih Bakar Pandan ni, boleh dikatakan memang kuih
kegemaran aku. Lebih kurang sama macam kuih bahulu kemboja tu..yang bentuk
bunga tu.
Aku memang tak pernah pun cuba buat kuih ni sendiri, selalu beli aje.
Tapi adalah satu hari yang permai tu..aku pun berblogwalkinglah..dan aku
terpesona dengan hasil kuih ni dari Blog Kak Azie Aku pun berniatlah mahu mencuba. Memang
banyak versi resipi Kuih Bakar Pandan ni dari blog Kak Azia, jadi aku
mencubalah resipi beliau yang ini….resepi-ii-kuih-bakar-pandan
Aku olahlah sikit mengikut kesesuaian selera, bahan
dan saiz tray yang aku ada. First time buat kuih ni, waktu Ramadhan yang lalu.
Siap tapau hantarkan ke rumah mak. Siap mak tanya, “Beli kat mana kuih ni..sedap…”..Hmmm..nampak
sangat betapa anaknya ni jarang membuat kuih-muih tradisional macam gini kan…tapi
dalam hati sedikit berbunga-bunga rianglah..wahhh..mak puji sedap..macam hebat
plak terasa diri ini..kasik kuak selendang skit..hahahha! Kuih ini tidak dibeli
wahai mak, dibuat oleh anakmu sendiri, ewah!
So baru-baru ni, kan sepanjang minggu sakit tekak tu
lah, terasa teringin plak nak menikmati kuih ini dengan secawan teh o panas.
Maka ajaklah Incik Daus keluar mencari daun pandan. Dulu senang, masa arwah
Abah ada, rajin arwah abah tanam pokok pandan kat rumah tapi bila abah dah tak
ada semua pokok-pokok tu pun tak berjaga. Memang dulu kalau datang rumah kami,
dah macam galeri tanam-tanaman tau. Ada pokok mempelam, macam-macam jenislah,
mempelam epal, harum manis, mempelam telor..macam-macamlah. Pokok kacang bendi
pun ada tau. Sekarang ni, pokok rambutan yang arwah abah tanam tu, masih setia
mengeluarkan buah..masak elok, isi pun lekang..manis. Itulah yang menjadi minat
cucunya, si kakak. Kakak pantang nampak pokok rambutan tu berbuah, memang suka
sangat makan buah rambutan. Jenuh Opah bising sebab makan banyak-banyak nanti
batuk. Eh, sorrylah ya..terlanjur plak bercerita kisah-kisah silam zaman waktu
arwah Abah ada. Rindu barangkali… Al-Fatihah…
Ok, berbalik kepada cerita nak membuat kuih bakar
pandan ini..mungkin dugaan agaknya nak makan kuih ni..tak jumpa plak daun
pandan di pasar. Tanya mak cik ni, dah abis, tanya plak makcik yang lain..pun
habis juga. Pusing plak ke kedai-kedai runcit yang ada jual barang basah,
Alhamdulillah, akhirnya terjumpalah di satu kedai ni..itu pun yang terakhir
punya stok. Kalau buat kuih ni pakai pati pandan yang asal, wangi saja nanti
baunya naik. Baru sesedap lemak secukup rasa gitu, ewah!
First of all, meh aku tayang dulu gambar bahan-bahan
dia…ini yang telah aku olah, tak banyak perubahannya, sikit je…
1 cawan gula
1 cawan jus pandan (kisar 4 helai daun pandan
bersama 1 cwn air dan tapiskan)
2 ½ cawan tepung gandum
2 ½ cawan santan
(500ml)
2 sudu besar mentega
3 biji telur
1/2 sudu teh garam
Pewarna hijau
Bijan (untuk ditabur)
Cara Membuat:
Mula-mula,
kisar daun pandan dan ambil patinya sahaja. Asingkan.
Masukkan
kesemua bahan-bahan didalam mesin pengisar. Kisarkan sehingga sebati.
Dalam
pada itu, panaskan ketuhar, aku guna api atas bawah, dengan suhu 180 darjah
selsius.
Aku
pakai Loyang segi empat seperti di bawah ni, dalam 22cm saiz diameternya. Sapukan
mentega di sekitar Loyang.
Ampunkanlah resolusi gambar..ambik gambar tak off flash..hehehe...
Bakar selama 1 jam menggunakan api atas bawah. Then aku tambah lagi ekstra 10minit, tapi kali ni hanya menggunakan api atas sahaja..untuk bagi bijan tu garing sikit..
Inilah hasilnya setelah mula-mula keluar dari oven...biarkan sekejap ye...jangan potong time panas-panas walaupun tak tahan dengan godaan wangi dia..hmmm..harum sungguh...
Alhamdulillah...sudah siap..aku suka sangat resipi ni..sebab ia mudah dan memang sesedap rasa...cubalah ya...
Mmg sdap kuih ni..lemak bkrim..dh try..
ReplyDeleteAlhamdulillah...sedap kan shery... mekasih, sudi cuba.. ;-)
ReplyDeleteSalam...maaf tp saya kurang faham...guna api atas bwh, letak loyang bwk skali ke di tengah2...harap jelaskan...trima ksh...;)
ReplyDeleteloyang letaklah bawah sekali,,guna api atas bawah,,setiap oven adakan menunjukkn api atas bawah,,pusing bahagian tu,,,tq
DeleteAnonymous: Oooo..api atas bawah tu adalah setting pada oven..loyang tu kita letak tengah2la..atau dekat tempat biasa pada oven..cuma nanti adjust button api pada oven tu...
ReplyDeleteawak, saya dh cuba resepi awak ni... saya suka sgt sgt.. JazakAllah :-)
ReplyDeletemmg rasanya perfect buat kami sekeluarga..
Alhamdulillah...seronok sy dengar.... ;-)
Deleteuishh sedap tu...bolehla bawa pergi ofis...makan bersama kawan2 tersayang.. ;)
ReplyDeletebab sedap tu betul...bab bawak p opice tu boleh difikirkan..tp bab makan bersama kawan2 tersayang tu...cer spesifik skit.,..ramai sgt yg sayangkan I kat opice tu..muahahhaha...
DeleteMentega tu utk sapu kat loyang shj ke atau blend sekali.
ReplyDelete