Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Ok, mulai hari ini aku akan cuba habiskan kisah percutian
kami ke Penang baru-baru ini. Actually, ini bukanlah satu percutian yang
dirancang dengan sebetul-betulnya. Just that, aku ambil cuti untuk clearkan
cuti aku dan kebetulan Incik Daus plak tak dapat cuti. Hmmm, itulah masalah
kami selalunya, susah nak arrange cuti yang dua-dua pun dapat bercuti dengan
aman dan damai… mesti salah sorang sibuk, salah sorang lagi free…macam tulah
pun selalunya…
Dari bulan 9,10,11 memang banyak keja adhoc yang datang..so
aku memang nekad nak cuti direct 3hari..campur sabtu ahad, lima hari la
jadinya. Aku cuti start 25 November lepas.
Aku: Ibu ingat nak cutilah, nak ikut abang ke Penang boleh
tak?
Incik Daus: Boleh ikut, tapi abang keja..tak bosan ke nanti?
Aku: Takpe,nak ikut jugak. Cari je hotel dekat area town,
pandailah Ibu nak hidup…heheheh..lagipun sebenarnya memang saja nak melepak kat
bilik sambil rehat-rehat je…penat..nak rehat.. *Hmmm..ini kata sebelum pergi ya
kengkawan… ;p *
Satu lagi alasan sebab dah hampir 3 minggu gak Incik Daus
asyik dok outstation je..kesian kat kakak.. * ceeeiiii, kesian kat anak je
kunun…bahahaha! Tabahkanlah hati ye… *
So kalau kami ke sana, walaupun Incik Daus keja, dapatlah
jugak, balik petang tu, spend time ngan kakak walau setakat having dinner
together.. *errmmm..makan lagik dan
lagik..hihihihi*
Maka berangkatlah kami ke Penang. Takdalah beria-ia nak
booking hotel awal kea pa..main redah je aku ni kan. Mula-mula Incik Daus nak
check in kan kat Sunway Hotel, tapi aku macam nak yang dekat dengan office
Incik Daus dan dekat ngan segala-gala kemudahan…punyalah malas walaupun setakat
nak drive dalam 5km ke…dan takkanlah sampai 4hari 3malam nak membayar Sunway
Hotel tu…tak relevan kot pada aku..lagipun ini memang personal punya hal kan…kami
yang gatai nak ngekor kan..hihihi..
So last-last..kami decide, check in la kat sini…
Hotel ni kiranya budget hotel punya kategorilah..tapi Alhamdulillah,
sangat kemas dan bersih..dan ada lif…itu yang penting.. ;p
Belakang hotel ini adalah Sunway Shopping Mall,
Penang..jalan kaki tak sampai 5minit pun..kan laluan tepi hotel ni..jalan ikut
situ, then cross roads..dan terus sampai pintu masuk…kat area shop lot sini pun
banyak kemudahan, macam belakang hotel ni, ada 7eleven, ada Secret Recipe dan
kat tepi dia ada Mc Donald dan KFC, semua pun can be access by walking distance…so
abis mudah dah pada aku…
Ini adalah kawasan sekitarnya…
Nampak tu, org naik Merce pun stay kat sini..hahaha...ni parking hotel ya... ;-)
Ini plak kawasan lobi hotel, ok..kemas dan teratur, siap ada
salun rambut lagi kat lobi dia ni..
Ni kaunter check-in dia...
Now, jom kita pergi tengok bilik dia plak…
Kakak awal-awal dah rasmikan dah..siap lunjur kaki...sambil cakap..
"Aduiii, kakak penatnye..."..kemain lagi, macam dia yang drive...
Kami booked Deluxe Double Room, king size bed..senang sebab
si kecik tu memang lasak tidurnya…satu malam harga dia 128+++.
Bilik dia pun pada aku besar dan luas…antara katil dan
kawasan tv area, ada ruang yang luas dan panjang, selesa nak solat semua. Ada
meja kerja, ada kemudahan lengkap..
Perkara pertama seperti biasa, jom kita tinjau bilik
air..ok..bersih dan selesa…
Ini kabinet simpan gelas untuk kumur mulut tu...ngan tempat simpan toiletteries..ermm..not bad ya...
Ada fridge...bertambah lega hati ini...
Kemudahan masak air pun disediakan..tak macam setengah
budget hotel yang kita kena pergi ambik kat luar…
Mana kakak?
Ermmm… ni haaaaa…udah kat tepi katil…
Main set playdoh dia..nak buat ‘allem, allem…”
Apa mendanya tu?
Muahahah…
AISKRIM yer…gitu disebutnya…. ‘allem, allem…”
Suka ok, dapat main..dari dalam keta lagi dok bising nak bukak benda alah ni..
Yang tak tahan tu, time aku belikan..siap tanya ni..
"Bu, nape kecik aje.." merujuk kepada kotak mainan ni..yalah, aku ambik set biasa aje..kemain ya anak..demand ek, nak yang besor aje..hmmm...
Then, malam tu kami pi pekena Char Kuey Teow..nanti aku up kat entry seterusnya ya...
So aku abiskan dulu entry e-red ni ngan gambor hari keempat, time nak check-out..
Si kakak ngan botol susunya, terpinga-pinga, apelah yang bapak buat ni...bapak cuci kasut wahai anakkkk...
Bagus jugak, dia banyak CCTV untuk mengawasi setiap tingkat hotel ni...
Muka kakak tak puas hati bila kata kita dah nak kena balik..hahaha...so Incik Daus tak sampai hati..maka dapatlah umpan dia untuk EL hari tu...muahahaha...kami nak pi Toy Museum ya...
Itupun kita tunggu next entry ya..Insya-Allah...
Until then..tatatititutu.... ;p
INFO HOTEL
E-Red Hotel
No. 42, Jalan Todak 4, Pusat Bandar Seberang Jaya,
Seberang Jaya, 13700 Perai, Penang, Malaysia.
Telephone : + 604 - 398 0000
Kalau nak tau secara tepat peta lokasi, anda boleh rujuk di
laman web hotel, http://e-redhotel.com/
No comments:
Post a Comment
SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)