Apa khabar semua? Hari ni mungkin waktu u alls semua membaca atau terbaca entry ini kami sekeluarga dalam perjalanan ke Cameron Highlands. Kalau ikut plan asal sebenarnya aku nak bawa family semua ke JB, nak ke Hello Kitty land tu la konon-kononnya. Malangnya, tiba-tiba ada je keja adhoc yang aku nak kena uruskan. Hmmm..aku pun pelik, kenapalah asyik aku saja yang nak terpilihkan? Time aku tak apply cuti panjang-panjang, takdalah plak macam-macam bendanya...nak buat macam mana kan..takpelah, itu menandakan bertambah ilmu dan pengalaman yang aku dapat, betul tak? ;-) Dan alhamdulillah, aku ada Incik Daus yang sangat bertolak-ansur...errrrr...sebagai contoh, tolong tapaukan Mc Daud untuk kami lunch sementara buat keja...tenkiu2...
Ok, dah melalut dari tajuk entry..kih..kih..kih..saja nak share menu ringkas yang aku buatkan utk kakak weekend baru-baru ni...
Ringkas je kan...aku guna pasta jenis angel hair, halus sikit, senang kakak nak makan.
Cara nak masak pun senang je kawan-kawan...meh aku share dulu list bahan-bahannya...
100 gm pasta (anggaran separuh bungkusan tu)
Bawang merah (hiris nipis)
1 kiub pati ayam
Sedikit serbuk oregano
Sedikit garlic powder
Cherry Tomato
Kacang Pis
Isi ayam
Cara nak masak:
Mula panaskan minyak, tumis bawang.
Pasta tu jangan pula lupa nak rebus dan tos. Masa rebuskan pasta tu, masukkanlah sikit garam ya.
Lepas tumis bawang, masukkan isi ayam, dengan kiub pati ayam tu. Then masukkan sedikit air.
Masukkan pasta dengan sedikit garlic powder dan serbuk oregano.
Last sekali masukkanlah kacang pis dan juga cherry tomato. Tambahkanlah garam ikut rasa masing-masing ya...
Ewah, very good is it my dear??? * IBU TAK PAKSA TAU PUJI IBU...HIHIHI...*
Jemput makan kawan-kawan.... ;-)
No comments:
Post a Comment
SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)