Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Thursday, April 4, 2013

Tip Hadapi Temuduga

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Hari ini aku ada interview..I mean not me going for the interview but me interviewing someone, for the internship actually.

I always remind myself not to judge a book by it’s cover. Tapi ada masanya, pada pendapat aku penampilan atau persepsi pertama pandangan mata juga perlu diambil kira. So, ada dua students ini datang untuk interview. Bayangkan ayat pertama yang keluar dari mulut STUDENT A ni sebaik sahaja aku persilakan dia duduk:

“Saya nak terus terang, saya nak cakap jujur..yang saya langsung tak minat design dan saya tak tau banyak tentang design…”

Ok…I was like...ok girl...Hold on...you better go slow..dan dalam pada itu aku cuba untuk stay calm, think rational, and my respond to her...

“ Ok, awak ambil course multimedia and design, jadi macam mana ya awak tak minat dengan bidang ni?”

Jawab STUDENT A ni: “Ayah saya yang paksa saya..”

Ok..dan aku sangat terkesima. Rasa macam nak saja aku khutbahkan budak ini bahawa mak ayah paksa bukan sebab suka2 nak gunakan kuasa veto sebaliknya sebab mereka tahu apa yang bakal u all semua hadapi di masa akan datang. Betapa susahnya nak cari duit, betapa semakin meningginya kos sara hidup.

Then bila STUDENT A ni bangun, aku perhati…ya, dia dengan selambanya datang interview dengan memakai seluar jeans dan juga selipar.

Kemudian masuk pula STUDENT B

Cakap sikit dah gelak. Then bila aku tanya boleh atau tidak kalau aku biarkan dia untuk bekerja berdikari, jawabnya,

“Ha? Tak taulah…bolehlah kot…”

For me, in the interview, “kot …” wil never be the answer.

Dan this student pun datang interview pakai skinny jeans dan selipar..ada maafnya bila baju dia kemeja…

Aku sedih melihat generasi sekarang, especially yang belajar di IPTS…maafkan aku atas pendapat ini, bukan semua tapi sebahagian besar darinya…penonjolan identity atas dasar bebas suarakan hak tu kadang-kadang tak kena tempat.

Suasana ini sangat berbeza berbanding pertemuan aku dengan pelajar USM dua hari lepas. Sesi pembentangan dan perbincangan berlangsung secara yang sangat professional. Malah dua jam bersama mereka buatkan aku hampir terlupa yang mereka tu pelajar.

So, untuk adik-adik di luar sana ini tip yang tak seberapa dari aku bila nak attend interview:

1.      Buat ulangkaji sikit sebelum pergi interview. Cari maklumat berkaitan syarikat berkenaan dan nature of business syarikat tersebut.
2.      Fahami dulu skop bidang kerja dan kaitan dengan kursus yang anda ambil ketika belajar. Supaya walaupun tanpa pengalaman kerja, at least majikan tahu yang kursus yang anda pilih tu anda faham dengan jelas dan anda Nampak masa depan anda. Maksudnya, anda tahu mana hala tuju anda dalam syarikat berkenaan.
3.      Prepare fail anda dengan segala sijil, transkrip dan hal-hal berkaitan. Jangan lupa salinan kad pengenalan dan sebagainya.
4.      Pilih baju dan kasut yang bersesuaian. Kemas dan jaga penampilan.
5.      Bila dijemput masuk ke dalam bilik interview, ucap salam dan mulakan dengan senyuman. Tunggu sehingga anda dijemput duduk. Jangan lupa ucapkan terima kasih.
6.      Jawab setiap soalan dengan meyakinkan. Upps…sebelum aku lupa, pastikan anda duduk dengan postur yang sesuai, jangan duduk malas melengkung semacam atau bersandar semacam. Dah jadik boss esok2, bulehlah exceptional skit behavior tu..itupun jangan buat depan orang luar.
7.      Kasi ‘up’ lah skit diri mana yang perlu. Sebab tu penting untuk tahu jawatan apa dan dengan siapa anda bakal bekerja. ‘Up’ ni bukan puji diri tak semena-mena ya.
8.      Paling penting, bertenang dan sentiasa yakin. Jangan gopoh2…rileks saja, barulah otak mampu berfungsi dengan baik…

Wokey…gitulah ya serba skit tip dari aku yang masih picisan ini…sharing is caring… ;-)

Tatatititutu…

No comments:

Post a Comment

SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)