Assalamualaikum
dan Salam Sejahtera…
Kengkawan, kelmarin aku terbacalah artikel ini dalam
Harian Metro…
Haaa..untuk sesiapa yang dulunya bekas student UiTM
Shah Alam sure taulah kisah Rumah Banglo Berhantu di Seksyen 2 ni…famous kot
diceritakan dari mulutu ke mulut, dari generasi ke generasi… ;p
Tapi sejauh mana kebenarannya..wallahualam…
Aku masa mula-mula masuk belajar dulu, dapat tinggal
asrama. So oklah, aku tinggal kat Teratai 5. Bila dah masuk sem 4 macam tu, dah
start stay luar. Bila masuk tahun akhir, startlah menyewa kat Seksyen 2 tu…Kami
ramai-ramai sewa kat situ, senang nak ulang alik ke kelas. Aku tahulah jugak
tentang bangle berhantu tu..tapi tak pernahlah plak teringin atau sengaja cari
passai pi investigate atau pi buat kajian paranormal ke kat umah tu…heheheh…tak
maulah cari nahas…ahaks!
Apa yang aku tahu, ada budak bunuh diri kat umah tu,
Cuma aku tak sure laki ke pompuan sebab aku dah tak berapa nak ingat sangat
tentang kisahnya..al-maklumlah, dah hampir 8tahun kot tinggalkan uitm tercita
itu..hehehe..dan aku dengar-dengar jugak yang memang ada jugak kumpulan student
yang cuba nak stay kat situ..sewanya pun murah sesangat..RM50 je sebulan…memang
murahlah dengan rumah banglo besar cam gitu..sewa kat Seksyen 2 kan mahal, mau
cecah seribu lebih satu rumah…tapi biasanya owner suka charge per head, lagi
untung pada dieorang kan…Pernah ada yang stay kat banglo tu, tak sampai dua
hari, dah cabut. Dan ada jugak kisah yang aku dengar, yang menyewa tu sampai
kena demam panas segala…
Cerita tentang umah banglo ni, aku teringat pada
satu kisah..kawan baik aku, si Ijan..ada satu time tu punyalah beria-ia ajak
aku pi tinjau umah tu. Nak tengok seram ke tak umah tu…macam berani budak tu
kan…hehehe..aku memang tak naklah. At last
Ijan pergi jugak lalu kat umah tu ngan sorang abang ni. Aku ngan kakak
Ijan stay je kat umah sewa, malas nak melayan siri penyiasatan ‘Misteri
Nusantara’ tu…dieorang pun pergilah bertiga tak salah aku…
Then bila balik tu, si Ijan kalut-kalut citer kat
aku..time dieorang lalu depan umah tu tetiba keta mati, mula-mula keta macam
semput-semput, then tetiba enjin mati. Mujur time dieorang pergi tu, lewat
petang, cer kalau lewat malam, hmmmm..tak tau nak kata aku…ishhhh! Suspens si Ijan
bercerita, suspens jugak abg yang bawak keta ni, nak startkan enjin. Gelabah
kejap…tapi nasib baik enjin keta dapat start semula…kami memang gelakkan
dieorangla..bukannya apa, mungkin betul kebetulan…atau mungkin gak ‘penghuni’
umah tu tau niat kedatangan diaorang meronda depan umah tu kot…uisssh,seram
plak tengkuk aku time menaip ni…
Oklah, macam xsyok je nak story panjang-panjang. Apa
pun, hanya Allah yang maha mengetahui segala kebenaran yang tersirat di balik
rumah banglo tu…wallahualam…
Sekian ya kengkawan…
No comments:
Post a Comment
SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)