Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Tuesday, December 17, 2013

Tip Hadapi Temuduga #2

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Aku rasa aku pernah share dulu mengenai panduan nak hadapi temuduga..so selepas dari sesi itu, boleh rujuk di entry ini  Tip Hadapi Temuduga aku adalah satu lagi sesi…dan aku rasa sangat hampa dengan apa yang aku lihat dan dengar. Kalau yang hadir tu, ada pengalaman, macam over la plak (tapi isinya kosong), ada yang fresh graduate, nampak sangat naifnya…hmmm, kenapalah ya dengan generasi kita hari ini..tau tak cabaran nak mendapat keja tu semakin susah, semakin kompetetif…

Ini antara tip tambahan yang aku rasa berguna untuk menghadapi sesi temuduga...

  1.  Jangan bagi tahu penemuramah atau bakal majikan anda yang anda berhenti kerja dari tempat lama atau ingin mencari pekerjaan baru kerana anda tidak ngam atau sebulu dengan bos lama atau sebab anda kerja tapi tak ada kenaikan gaji, so disebabkan anda memberontak maka anda terus ingin  cari kerja lain.
  2. Jangan sesekali bercakap perkara yang langsung tidak ada kena mengena dengan kerja yang anda nak apply dan tolonglah buat research tentang syarikat tu dulu.
  3. Lagi satu, adik2 sekalian, tolonglah banyak skit membaca tentang pengetahuam am sebab boleh dikatakan 80% adalah sangat membantu ye waktu anda diminta memberi pendapat atau ketika ditanya apa penambahbaikan yang anda mampu bawa kepada syarikat. Bila anda kurang membaca, ia akan terserlah di dalam jawapan anda.
  4. Be serious! This is a must. Tapi maksudnya bukanlah serius sampai buat muka ketat nak senyum skit pun tak boleh. Cuba menjadi orang yang santai, simple tetapi berketrampilan. Ok, maksud berketrampilan kat sini is not the way you mix and match things of your apparels but actually the way you present your thoughts okayyy!
  5. Dan tolonglah jangan berlagak ya adik-adik sekalian. Kalaulah you rasa pencapaian you setinggi gunung sekali pun, cer berpijak skit di bumi nyata. Kalau contoh, last position you is clerk…janganlah asyik dok ulang that even though you was a clerk but you are actually reporting directly to GM, Chairman or CEO because you was so good in such and such…ok, irritating yer…sebab yang interview awak tu pun mungkin jugak kadang-kadang big boss of the company sendiri…
  6.  Dan tolonglah tulis yang BENAR-BENAR sahaja ya di dalam resume anda…jangan tulis ekstra kebolehan anda yang pada hakikatnya anda hanya terlibat tak sampai pun 10%..sebab manalah tau kalau penemuramah tu tetibe berminat dengan kelebihan anda yang tambahan itu…dan again, back to pengetahuan dan pengalaman. Kalau anda benar ada ilmu dan pengalaman, insya-Allah, anda akan berupaya untuk menjawab soalan2 itu…
Aku pun bukanlah expert sangat..tapi apa salahnya kalau kita sharing2 kan...siapa lagi yang punya pengalaman, bolehlah share jugak ya...

3 comments:

  1. bagus tips ni...

    tapi aku tak suka pegi interview...hahaha...sbb cuak melampau...kahkah...

    ReplyDelete
  2. anyway, tengs drop by my blog n drop ur comment, dah follow sini terus...

    best blog ni.

    ReplyDelete
  3. Thank you...for visiting kite jugak...sume org pun memang tak suka ngadap interview...rase macam amendelah kan..cuma tu la kekadang bebudak muda ni.. (errr..tak bererti kite ni dah tue kan...hihihihi), suka sambil lewa kan... ;p

    anyway, tq tau follow kite balik... ;p

    ReplyDelete

SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)