Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Friday, December 6, 2013

Cuti-Cuti Penang Part 3- Jom Makan Best di Penang: Restoran Ikan Bakar Din, Kepala Batas.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

 Penang ni memang diakui kalau datang, rasa macam nak try semua makanan yang ada..kejanya jalan-jalan carik makan je..

So next day tu, waktu lunch hour Incik Daus balik jap dan ajak kami pergi ke Kepala Batas, nak pekena makanan kegemaran aku iaitu Kari Telur Ikan Duri/Plotan..aku pun tak sure sangat nama ikannya..muahahah…yang pasti telurnya jenis bulat-bulat macam tu…memang kegemaran aku dari kecik..and btw, dulu family mak aku memang stay di Datuk Keramat, Penang dan mak long aku rajin belikan telur ni..tapi kat Ipoh macam susah nak cari dan ditempat lain jugak aku rasa, yang selalu ada telur yang biasa tu saja.

Ok, ampunkan patik yang sudah melalut menceritakan sejarah tentang minat aku yang mendalam ke atas telur ikan itu..hihihihi…

Incik Daus pun terjumpa dengan kedai ini, sewaktu out station ke sini. Memang specialty dia, time Incik Daus bawak balik rumah dulu telur ni, aku punyalah suka. Lama dah mencari..ewah!

Inilah kedainya…


Kedai dia memang ramai orang sangat-sangat. Jam 12 dah penuh dah ikut kata Incik Daus. Kedai dia betul-betul tepi jalan utama.



Ini di antara menu-menu yang disenaraikan untuk seksyen makanan yang dibakar/dipanggang...


Punyalah banyak pilihan sampai naik berpinar mata nak pilih..




Kat belakang tu lah tempat segala benda ni dibakar...station bakarnya besar macam kat bawah ni..jadi jangan haraplah dapat keluar dari kedai ni tanpa badan berbau asap ye...hihihihi...



Macam makan empat orang je gayanya..hehehhe...


Inilah telur ikan yang aku cakap tu...bulat-bulat ajer...kuah kari ni nampak je macam cair, tapi bila makan pehhh, memang terasa. Siap pakej tangan berbau kari sampai dua hari..muahahah..serius aku cakap, jenuhlah basuh ngan hand wash pun tak mau hilang baunya...seriuos... ;p


Ini namanya DAGING BAKAR RIMAU MENANGIS u alls...jangan main2! Awwwwmmmmm!!!

Aku pun tak tau kenapa, tapi itulah namanya dan daging bakar ni memang sedap pun. Rasa dia macam rempah-rempah dan manis madu...aku ada gak tanya Incik Daus, kenapakah namanye begitu ngeri sekali..hihihihi...Incik Daus kata, part daging yang diambil dan dibakar ini adalah part yang paling best di mana harimau pun suka, kalau harimau baham lembu, dibaham kawasan itu dulu..kate Incik Dauslah, kalau dia tipu, aku pun tipulah...muahahah!

Makan daging bakar ni, paling sedap bila dikahwinkan dengan sambal kicap seperti di bawah ini..yummy!



Rupa paras sebenar telur ikan ini...


Kakak pun nak jugak sama-sama pose sambil pegang sudu...hihihihi...


Tiba-tiba pulak kakak nakmpak gerai yang jual manisan ni..bukan main dia punya nak...


Tengok tu..sampai mendongak-dongak punya kakak nak tengok..pada dia agaknya apalah yang berpusing-pusing tu, nampak macam coklat..tapi...


Siap garu-garu kepala yang tak gatal, sambil terfikir-fikir...


Aku belikan kakak dua cucuk, satu anggur dan satu lagi marshmallow...dan penyudahnya..dia rasa sikit lepas tu dia tak nak makan...ish..ish....cammanalah ibu dgn bapak tak menggebu..keja abiskan makanan anak aje.. * cewah..cewah..alasan sangat kan...*

Jadinya, bagi yang nak berkunjung ke sini...directionnya adalah apabila keluar higway Kepala Batas, belok ke kanan, terus saja. Kedai ni di sebelah kiri jalan utama ya...dia ada signboar besar, sure nampak punyalah...

Nanti kita sambung citer lagi yer...tatatititutu!

No comments:

Post a Comment

SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)