Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....
Ok, mai..mai..cheq nak habaq mai…
Apalah ertinya kunjungan ke Penang tanpa mencuba Char Kuey
Teow kan…
So malam tu, lepas dah mandi semua, Incik Daus beria-ia
mulanya nak bawak kami makan Mee Udang Pak Ngah Sungai Dua tu tapi malangnya
kedainya tutup da…
Jadi sebelum kedai mee udang ni, ada satu kedai Char Kuey
Teow yang famous tu..Char Kuey Teow Sg. Dua..memang ramai orangnya.
So singgahlah…
Kedai dia memang kat tepi jalan utama....
MY VERDICT: Pada aku kuah dia cair, aku suka kuah yang sedikit pekat. Dan kerangnya tak banyak sangat. Yang tak best, time kami makan ni cili jeruk dia habis…
Cuma kalau you all nak cuba, silalah ya..sebab citarasa masing-masing adalah berbeza…
Lokasinya adalah di sini…memang dekat area Kg. Teluk, Sg. Dua..dekat-dekat dengan station Esso/Petron...Kedai ni beroperasi dari jam 5p.m sehingga 3a.m dan tutup setiap hari Rabu.
Inilah nama kedainya…
Incik Daus kata Im adalah nama owner dia, manakala nama
sebenarnya adalah Nurnilam Char Kuey Teow..ape2lah sejarahnya..janji u all nak
pergi nanti cari signboard yang di atas ya…kedai ni juga mula beroperasi sekitar jam 5p.m sehingga ke 1a.m macam tu. Di sebelah pagi dan tengaharinya, kedai ini beroperasi jugak tapi tanpa Char Kuey Teow la ya... ada jual makanan pagi dan tengahari.
MY VERDICT: Ok, jujurnya aku lebih suka char kuey teow yang
ini..sebab kuahnya pekat, berasa pedas-pedas manis yang seimbang dan nampak
seketul seketul kerangnya yang gemokkkssss….dan yeayyy!! Kali ini ada cili
jeruk…hihhihi…
Lokasinya dekat area E-Red Hotel tu..boleh rujuk entry aku
yang ini…
No comments:
Post a Comment
SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)