Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Saturday, December 7, 2013

Resipi: Bubur Cha-Cha dengan Keledek

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera….

Petang-petang, bila hujan..pekena bubur cha cha ngan keledek manis, memanglah syok…aku memanglah peminat bubur cha-cha ni. Rasa dia yang kenyal-kenyal tu yang menawan kalbu…heheheh…untuk yang mungkin tak tahu, yang dipanggil ‘cha-cha’ ni bentuknya panjang-panjang,warna-warni tu…



Ok..jom kita sembang plak tentang cara nak buat bubur ni, atau disesetengah tempat dipanggil pengat. Mula-mula sekali, ini bahan-bahan yang aku gunakan:

1 biji keledek merah (saiz sederhana, dipotong bentuk kiub)
1 cawan isi ‘cha-cha’
1 helai daun pandan (ikat dan pintal)
2 senduk kecil gula putih
3 sudu besar gula merah
1 kotak santan (ini je yang ada kat umah waktu ngidam ni…hehehe..kalau nak lebih berlemak, disarankan pakai santan biji tu la…)
Air secukupnya
Secubit garam

Cara nak buat dia, mudah saja…

  • ·         Mula-mula rebus dulu ‘cha-cha’ tu dalam 5-10 minit. Bila dah lembut, angkat dan toskan. Kemudian, rebus plak ubi keledek merah tu. Dah masak, angkat dan toskan.
  • ·         Lepas semua bahan ready, barulah rebus air sampai mendidih. Masukkan gula putih dan gula merah. Kacau sampai sebati.
  • ·         Lepas tu, bolehlah dimasukkan isi cha-cha dan ubi keledek yang dah direbus tadi. Jangan lupa masukkan jugak sedikit garam sebagai pembangkit rasa lemak.
  • ·         Bila dah mendidih kali kedua, masukkan santan dan juga daun pandan. Kacau sekejap, then bolehlah padamkan api.

  • Memang syok kalau pekena dengan secawan kopi o panas…marvelous!


  • Ok..jom makan...tatatititutu!

No comments:

Post a Comment

SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)