Merdeka..apa pengertian merdeka buat anda semua?
Merdeka sekadar pada lafaznya sahajakah atau sekadar seronok-seronok melihat
perbarisan? Tak kurang juga yang seronok gile cuti merdeka ni, boleh
rehat-rehat…hehehhe..ye tak? Macam aku pun kadang-kadang terasa begitu.
Tapi pada akulah, bila semakin meningkat usia ni dan
bila melihat macam-macam yang berlaku sekarang ni..kemerdekaan itu adalah satu
kebebasan yang sangat wajar kita nikmati dan kita syukuri. Kita hidup di bumi
yang bebas di mana kalau nak jalan-jalan pun kita tak risau. Kita boleh enjoy
life, jalan-jalan dengan family, makan makanan yang best-best. Kita tak perlu
takut setiap masa, takut rumah nak kena bomlah, takut kena tembaklah dan
sebagainya. Apa yang perlu kita kekalkan adalah kesatuan antara kita. Sikap
saling hormat-menghormati. Kadang-kadang sedih melihat, sikap
hormat-menghormati ni semakin pupus plak aku tengok. Dalam sebuah komuniti
kecil pun adakalanya ada je sikap tak puas hati. Sikap tak puas hati ini pula
dilanjutkan lagi dgn sikap ‘PHD’. Hmmm, parah memang marah. Kenapalah sikap tak
puas hati dengan seseorang itu tidak kita lanjutkan dengan sikap kerajinan kita
untuk mendapat apa yang orang itu dapat. Dapatkan dengan cara berhemah bukannya
dengan niat menjatuhkan. Kalau nakkan sesuatu tu, jadilah ‘Berani’, jangan jadi
dayus, baling batu sembunyi tangan!
Kita hidup di sebuah Negara yang merdeka,
tapi janganlah hanya Negara saja yang merdeka sebaliknya sikap dan mentality masyarakat
di dalamnya juga harus Merdeka. Bukankah mengisi pengertian Merdeka itu lebih
payah dari mendapatkannya?
Kasihanilah pejuang-pejuang, datuk nenek moyang kita
yang dulu, yang sanggup bersusah-payah bergadai nyawa demi keamanan ini.
Keamanan yang kita nikmati kini. Sekarang ni, kita tak perlu lagi bergadai
nyawa, hanya perlukan ‘CINTA’ untuk meneruskan kesinambungan keamanan ini.
Belajar cintakan tanahair kita, cintakan keamanan, cintakan kedamaian, cintakan
perpaduan, cintakan rakan taulan, Insya-Allah bumi Malaysia ini tidak akan
dicemari dengan darah akibat persengketaan. Biarlah bumi kita ini dibanjiri
keringat masyarakatnya yang sentiasa berlumba-lumba mengejar perpaduan…Insya-Allah…
Untuk anda semua…Selamat Menghayati Hari Kemerdekaan…..
No comments:
Post a Comment
SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)