Assalamualaikum
dan Salam Sejahtera…
Aduiii..dah empat hari dah masuk kerja. Tapi jenuhlah
aku mencari mood, mencari semangat nak buat kerja.
Aduiii…mana hilang tak
semangat ni..nak kena dengar lagu ‘Semangat Yang Hilang’ dari XPDC ke
ni..hahaha!
Blog pun macam dah seminggu lebih dok siaran
tertunda…malasnya semakin menjadi-jadi, tapi cita-cita nak buat macam-macam. So
marilah kita merajinkan diri dengan bercerita kisah Syawal 2014 kami bertiga. ;-)
Tahun ni turn beraya sebelah Incik Daus. Kalau
ikutkan, last year yang turn Incik Daus tapi last year dah jadi beraya kat umah
aku je. Bukan, bukan sebab I isteri dictator ye..tapi sebab Incik Daus, malam
raya baru sampai dari kerja luar kawasan. Adeyyy…so this year, awal-awal aku
dah pesan, no more ye..tak mau versi lagu ‘Sejarah Mungkin Berulang’ okay..tapi
dalam hati cuak juga sebab seminggu sebelum raya, Incik Daus kena ke Tanah
Merah, Kelantan. Then hari-hari update, banyak problem kat sana, banyak benda
tak siap lagi, bla..bla…mula rasa macam..aduiiii…syahdu okay…!
Alhamdulillah, Jumaat tengah malam, Incik Daus Berjaya
sampai dari Kelantan. Tapi balik dengan mata merah menyala, badan panas. Demam
ya… time tu tak decide lagi nak balik Kedah atau Rawang…biasalah, selalu kalau
turn Incik Daus memang keputusan akan dibuat last minute…huhuuhu. So Sabtu,
ajak gi klinik, mula macam tak nak pergi. Bila dah muntah straight 4kali sampai
dah lembik, last2 surrender. Aku pun angkutlah ke klinik. Banyak klinik yang
dah tutup sebab dah nak raya kot. Pergi klinik, doctor check, suhu dah 40,
memang panas sangat. Doktor pun bagilah injection sedas. Esok katanya, kalau
masih muntah dan suhu tak turun, dia nak buat surat refer ke sepital. Dugaan
orang katakan…nak raya-raya ni. Balik, makan ubat, soh je Incik Daus tidur.
Bagi badan tu rehat. Demam sebab banyak sgt dia travel sepanjang bulan puasa
kan. Bertukar cuaca. Awal puasa dah kat Langkawi, dekat 2 minggu lebih jugaklah
kat sana. Then sambung ke Kelantan plak seminggu…mana tak letih kan. Ye,
ye..betul tu kengkawan sekalian..I bersahur sendirian, minum air, makan roti sambal
pandang dinding umah..uhukk…uhukk..dah rasa mcm zaman bujang, anak dara.
Mujurlah jiwaku KENTAL…hahahah..! Kentallah sangat kan…
Walaupun dalam xlarat tu, sebabkan Incik Daus dah
berjanji nak pasangkan pelita dengan lampu ‘lip lap’, digagahkan jugaklah
bangun nak pasang. To be honest, Incik Daus ni memang ‘lembut hatinya’ wlwpun nampak
garang mukanya. Kalau bila dia balik rumah, memang rajin menolong kerja-kerja
rumah mana yang patut. *Ahhh..touching plak…* We LOVE youlah Bapak!!
Mmmmuuuuaaahhh 200x!
Akhirnya, petang Ahad tu, Incik Daus kata dia dah
ok, jomlah balik Alor Setar. Aku pun macam…errkkkk….oklah, nak balik, jomlah.
Dengan harapan, janganlah jammed, sebab kesian plak kalau jammed nanti, aku
malam-malam memang tak berapa boleh nak drive. Silau dah tinggi sangat mata ni.
Alhamdulillah, Allah permudahkan perjalanan. Dalam 4 jam, kami pun sampai Alor
Setar. Takde singgah mana-mana dah. Sebab Incik Daus nak solat raya kat Masjid
depan umah Tok kat Jalan Langgar tu, katanya nak mengimbau kenangan zaman
muda-mudi dulu… ;-)
Alhamdulillah, kami sempat sampai untuk bersolat
Aidilfitri di sini…
Sampai dah lewat juga, so dapat solat diluar
jelah..takpelah, yang penting diberi peluang oleh Allah..alhamdulillah.
Kakak mula-mula ikut solat, then selamba dia je
bukak telekung dan duduk kat kerusi belakang ni..bukan main leisure lagi kan…
Cuba perhatikan Incik Daus kat belakang tu..sambil lalu tu..entah perasan ke tidak anak dara dia tengah skit punya baik ke melepak..isk..isk..ibu sorang je yang tekun dengar khutbah sampai abis ke... *haiipppp tak baik..nanti jadi riak..ampunnnnn...heheheh*
Habis solat, terus ke rumah Tok, seberang jalan ni
je pun..
Raya kat Alor Setar ni memang meriah sebab
adik-beradik ramai..jadinya memang riuh rendahlah. Kalau minta maaf tu,
berpusinganlah orang kata. Kalau kat umah aku..sekejap je dah settle. Tak
banyak sangat generasinya..hehehe..Opah dengan Tok Wan pun dah takder
kan..memang seronoklah, dapat bagi Arissa merasa kemeriahan beraya.
U alls hayati je lah kot gambar-gambarnye ek.. *Udah
stuck xtau nak tulis ape ni…ampunn….*
Ini lah suasana selepas bersolat raya..semua tengah berkumpul, nak beratur bersalam-salaman..mulakan dengan generasi 1 dulu...hehehe..aku kekadang pun xsure kami ni generasi dah berapa lapis..kalau tanyakan Incik Daus..dia lagilah..selamba je..sebab dia pun kadang-kadang confuse ngan panggilan pangkat itu ini di kalangan family...sabor jelah..
Sedang disusun nak bergambor bagaimana...Si Ily..dah lentok manja dulu dah tu..hehehhe...ala tomey..tomey...dengor2..next month akn mula diserang penyakit 'darah manis'..hehehe..congrats in advance okay dik... ;-)
Panas dan meriah..ini pun belum semua ada..boleh dikatakan sebahagianlah kot ye..dulu, lepas arwah bapa Incik Daus meninggal, kat rumah Tok la dieorang tinggal, belakang umah Tok ni actually..ermm..kat sinilah kami selalu bergayut tipon time cuti sem..muahahah!!! Poyo sgt di situ... awww!
Ok..ok..semua dah ready...terang plak kami di situ..ohhh..baju raya kami..sangat menyayat hati tau kisah baju raya aku ngan kakak tahun ni..uishhh!Sedeyyyyyyy!
Kalau u all tengok gambar atas ni...cer perhati gambar di bahagian kanan, yg dua budak kecik kat bawah tu...hahahah..macam kordinasi posing dgn gaya mata tu..macam serasi jerk....aduiii..gelak terbahak2 aku menengok kecomelan bebudak dua orang ni..bukan main masam masing2...kakak dgn Haikal...hehehe..pukoi bontot sat gi baru tau! hehehe..
Ini semua mak-mak dan bapak2 sedara sebelah Incik Firdaus..
Ini plak hero-hero gagah...a.k.a bapak2 sedara Incik Daus...
Ini plak..keluarga kiut-miut kami..bersama dengan Tok...kakak dengan gaya mood malas nak bergambar..memang gitulah jadinya..kalau dia tengah rajin..dia memang akan mantap aje posingnye...letih, mengantuk sama tu..
Hidangan raya di Kedah macam biasalah..Ketupat daun
palas, rendang..kalau aku raya kat Ipoh, aku suka jugak buat lontong, makan
dengan sambal ikan bilis yang pedas..memang serasilah!Tapi sebab raya kat umah Tok, takdelah aku serius sgt nak menerjah dapur ambik gambar..malulah I...hahahha...lainlah umah Mak sendiri, selagi boleh snap, snapkan aje gambarnye...heheheh..*Tetibe rasa lapor
plak..pose 6 jgn lupe yer…hehehhe*
Selamat Hari Raya..Maaf Zahir Batin dari kami semua yer....
Ala..la..la...anak bapak lah sangat..manje2 la sangat yer..isk..isk...pukoi bontot sat gi..aish!!!
Tetibe ibu lebih ceria ni..cammane ni..hehehe..I..like always... ;-)
Oklah ye, setakat ini dulu ye..nanti aku carik idea
nak tulis ape plak lepas ni ok…hehhehe…
Tatatititutu u alls…
No comments:
Post a Comment
SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)