Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…
Haaa? Nampak tak? Before and After..kemain lagikan
entry ni, dah rupa ruangan make over dalam majalah kan…heheheh..enuff, zaman
itu sudah lama berlalu okay..
Inilah kisahnya pagi tadi. Aku kena ‘tatarias’ si
kakak…ye, gitulah tulisnya kat dalam surat rasmi tadika pada ibu bapa..’Ibu
bapa adalah digalakkan untuk menatarias anak-anak bagi sesi penggambaran hari
ini..” ..Menjadi ibu yang selalu sedih kalau anak tercicir, baikkklllaaahhh
teacher. Gigih ni lepas sahur, siap2 segala barang kakak. Kakak pun baik, awal
bangun..awal betullah…6.15a.m dah bangun dah.. efisyen kan??? Nak make-up punya
pasal kan…
Inilah kakak before make-up…muka bangun pagi..dah
mandi semua..selang 5minit dok tanya bila kakak nak mandi..sabor nakkk..bagi
ibu siap dulu…kang senang..
Dan setelah 45minit ibu berhempas-pulas…taaarrrrraaaa….
Kakak..kakak..memang dah lama sangat-sangat dah
kakak ni teringin nak bermake-up..tapi aku selalu cakap kat kakak,
“Tak boleh, sebab kakak kecik lagi..kakak dah besar,
dah kerja macam ibu, baru kakak boleh mekap..ok..”
So far, kakak akan ok jelah..walau kat belakang aku,
pantang je kalau ditinggal tak diawasi..hmmm..blusher aku pecah, adalah dalam
2,3..lipstik aku patah, pun ade jugak 2,3…belum kira compact powder aku
dicungkil dengan pensil…adeyyy…memang segala-galanya berupaya membuatkan aku
bertukar menjadi ‘HULK’…grrrrr…Incik Dauslah yang selalu jadi penenang..”Takpelah..nanti
abg ganti yang baru…anak bukan sengaja…” hmmmm…gitulah…
So bila semalam, aku suruh kakak tidur awal..sebab
esok kakak nak kena cantik-cantik..ada ambik gambar kat sekolah..nanti ibu
mekapkan kakak..kakak macam teruja sangat. Betul ke ibu nak mekapkan ni?
Agaknya gitulah kat dalam kepala dia..
So pagi tadi, awal dah bangun..siap nak mandi
cepat-cepat..then bermulalah skrip ibu dan anak…
Kakak: Ibu nak mekapkan kakak ke ibu..ibu nak
mekapkan kakak sebab kakak ada photoshoot kan ibu..
Ibu: ????? Kakak sebut apa tadi?
Kakak: (Muka mula cuak..suara dh start slowww..)
Phhhootoooshhhooottt Ibu… (sambal tunduk, takut dia salah sebutlah tu..kakak
dia kalau dia salah, dia akan jadi macam nil ah..macam malu…)
Ibu: (Terdetik dalam hati..cammana dia tahu sebut
perkataan photoshoot tu tanpa pelat-pelat ni..lancar je sebutan dia..). Ye,
sebab kakak ada photoshoot. Teacher suruh Ibu mekap kakak cantik-cantik. Tapi
kakak, only for this time ok. Lain kali Ibu tak akan mekap kakak lagi sampailah
kakak dah besar macam Ibu, ok…
Kakak: (Angguk-angguk)
Aku pun keluarkanlah set mekap yang ada termasuklah
ada 2 eye shadow pallet yang aku baru beli masa bulan puasa hari tu. Warna mint
and blue..teruja lagi si kakak..
Kakak: Waaahhhhh!!! Ibu belikan untuk kakak ke?
Terima Kasih Ibu..I Love You Ibu.. (sambil peluk dan cium pipi aku…)
Aku pun mulalah mekap si kakak. Aku actually
jenuhlah kawal diri, sebab memang nak tergelak sangat. Muka excited kakak tu
tak boleh nak describe. Memang kakak senyum all the way..macam dapat satu mainan
berhargalah! Siap tadah muka..siap tak sabar betul nak pakai lipstick…apa yang
aku suruh, baik je, pandai ikut arahan ni..bila aku kata, “Kakak, kakak rileks
je..pejam mata rileks je..” Pandai ni cammana pejam mata rileks tu…hahahah!
Sebab aku nak pakaikan eyeliner..Allahuakbar…nikmat betul perasaan happy yang
aku rasakan pagi ni…
Bila nak pakai lipstick tu, ready2 ni nganga mulut,
dah sapu lipstick..siap-siap kakak ketap-ketap bibir..macam kita buat kalau nak
ratakan lipstick tu..hahahha..aku kalau Incik Daus ada, dah aku suruh ambik
gambar step by step ni..bukan over..tapi inilah sebagai kenangan bila dah tua
nanti. Kenangan dengan anak orang kata…
Sampai school, teacher semua pun teruja tengok si
kakak..beria betul kan.. ;-)
Takpelah, yang penting kami HAPPY!!! ;-)
Itu dulu for today..tatatititutu!!!
No comments:
Post a Comment
SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)