Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Monday, August 11, 2014

Resipi: Laksa Kedah Resipi Tradisi Keluarga...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Hari Isnin..as usual, Monday Blues....   ;-(

Monday je ke atau sambung Tuesday, Wednesday, Thursday and Friday Blues? Hehheheh..Saturday Sunday jadi hip hop terus..hahahah!

Ok, ok..hari ni bukan nak cerita pasal mood lemau ke ape..hari ni nak cerita tentang LAKSA.



Erny sembang pasal laksa, memanglah aku sendiri pun tak percaya. Buat sesiapa yang mengenali aku buat zaman-berzaman, memang amatlah mengetahui yang aku ni memang tak suka makan laksa. Aku pun tak sure kenapa aku tak suka dan tak makan langsung laksa. Aku ingat lagi dulu kalau time balik kampong arwah Abah di Kulim, Kedah, memanglah azab menahan lapar. Sebabnya family arwah Abah semuanya suka makan laksa. In fact arwah Tok dulu meniaga Laksa pun. Kalau balik raya, dari satu rumah ke satu rumah, semua pun masak Laksa. Jadinya aku makanlah kuih-muih je. Then akan paksa arwah Abah cari kedai makan sebab nak makan nasi, hahahahha! Macam-macam karenah kan…kiranya aku jelah yang tak makan laksa. Adik-adik aku semua hantu laksa.

‘Tulah’ agaknya orang tua-tua kata…hahahah..aku kahwin dengan orang Kedah, memanglah suka makan laksa jugak, Incik Daus kalau makan Laksa suka makan dengan Otak Udang. Ok, itu aku leh terima lagi..akan tetapi, bila anak aku si kakak pun suka juga makan Laksa…adeyyy, memang terasa kena tampar kiri kananlah, hahahah! Kakak pula suka makan laksa beras, bubuh kicap plak tu…sayur-sayur jangan bubuh…memang 2 mangkuk kakak boleh habiskan. So, apakah ini semua? Ibu hanya mampu saksikan sahajalah…sabor jelah.

So, atas kesedaran sivik itu, maka Syawal baru ni, aku gigih cakap dengan mak, “Mak, Along nak masak Laksa..” Hahahha..memang statement terbaiklah aku rasa…ini bukan dusta, kenyataan.. ;-)

Bertabah ya kawan-kawan, panjang plak entry resipi kali ni..wokey..mehlah kita mulakan masak…so kalau aku yang first time ni pun boleh buat, tentu you alls semua pun boleh buat, kan..kan..kan…

Bahan-bahan:



Ikan Sardin, mak aku pesan guna ikan sardin ni membuatkan kuah itu lebih berlemak …aku guna dalam 30 ekor ikan sardin, sebabnya ikan ni kecil saiznya. Nak raya kan, semua barang pun cepat je habis. Bayangkanlah, bunga kantan pun aku beli setangkai harganya RM 3 ya, kat Pasar Besar Ipoh tu…aku beli dua hari sebelum raya.

Ikan sardin ni, lepas bersihkan, direbus dahulu. 



Bila dah masak, angkat dan toskan. Air rebusan ikan ini tadi diasingkan dulu. Nanti silalah asingkan isi dan tulangnya ya. Tulang ikan ni jangan dibuang, lepas dah asingkan isi, tulang ni dikisar bersama sedikit air, dan ditos. Ambil pati airnya sahaja. Air tulang ikan yang dikisar ni, lebih menambahkan manis kuah secara semulajadi. Macam aku, aku kisar tulangnya saja, kepala ikan tu aku buang.

Bahan seterusnya, 1 tin ikan sardin. Aku guna jenama Ayam Brand. Isi ikan sardine dalam tin ni, dilecek sampai jadi macam dalam gambar.


Bahan-bahan lain, macam biasalah daun kesum, daun pudina, dua tangkai bunga kantan, dua batang serai (diketuk/dititik), asam keping, Garam dan gula secukup rasa.

Cili kering (sukatan ikut selera masing-masing, aku guna dalam 1 mangkuk kecil cili kering), dikisar dengan tiga biji bawang besar dan lima biji bawang putih, dan sedikit belacan.

Buat kuah laksa ni agak mudah pada aku. Mula-mula, masukkan adunan cili kering yang dah dikisar tadi ke dalam baki air rebusan ikan tadi dan biarkan air tu mendidih. Kalau macam arwah Abah dulu, abah akan tumis cili tu dulu, kemudian baru masukkan semula air rebusan ikan tadi.

Kemudian, masukkanlah isi ikan yang dah diasing tadi, masukkan juga air kisar dari tulang ikan tadi. Akhir sekali, masukkan isi ikan yang dah dilecek dari sardin dalam tin juga.

Biarkan mendidih. Masukkanlah daun kesum, daun pudina, bunga kantan (belah dua), serai yang dah dititik dan juga garam serta gula sedikit. Asam keping jangan lupa ya.


Settle bab sediakan kuah, laksa tu bolehlah dicelur dengan air panas sekejap, then toskan.
Makan laksa ni, renyahnya sebab banyak bahan-bahan sampingan. Antara bahan sampingan yang aku sediakan adalah kat bawah ni..




Telur rebus, timun, cili padi, salad..semua ni hiris nipis. Limau nipis, dibelah dua. Aku gandingkan dengan laksa beras. Si kakak suka laksa beras. Dan aku pun, bila cuba-cuba rasa laksa ni, terasa laksa beras lagi best kot dari laksa biasa tu.

Maka akak pun terasa nak kuak selendang skit sambil buat muka poyo sebab berjaya masak laksa yang ahkak sendiri pun tak pernah makan sebelum ni..heheheh…



Kalau ahkak yang first time buat ni pun can strike with flying colors, apa kata you all pun cuba juga…Selamat Memasak! 


No comments:

Post a Comment

SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)