Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…
Actually cerita ni dah sekian lamanya diperap dalam
external hard disc aku. Hampir terlupa sebenarnya disebabkan sibuk dengan entry
Ramadhan dan Syawal kan….maafkanlah ya kengkawan. Orang tua-tua kata, biar
lambat asalkan selamat..or dalam kes aku ni..biar lambar dari tak berupdate
terus kan… ;p
Setelah bergaduh dan berfikir lama, akhirnya aku
dengan Incik Daus sepakat untuk spend time di Felda Residence Hot Spring,
Sungai Klah, Sungkai Perak. Sebab utama kami pilih lokasi ini untuk bercuti
adalah sebab destinasi ni macam dekat. Sebab aku mention kat Incik Daus yang
aku nak rehat, cuti-cuti..tapi aku tak nak gi jauh-jauh sebab aku letih. Aku
pun dah tak ingat that time apa yang buat aku busy dan letih. Letih dengan
perangai manusia rasenye…hahahahha!
Jadinya untuk percutian kali ni, aku serahkan pada
Incik Daus untuk buat semua arrangement. Incik Daus book bilik semua. Selalu
aku yang buat kan…kali ni aku serahkan pada dia plak..heheheh…walaupun dalam
hati berdoa biarlah segalanya berjalan dengan lancar. Orang lelaki kan, kalau
buat keja-keja menempah ni, selalunya asal boleh je kan. ;-) Btw, nanti aku
tunjukkan gambar bilik dia di last entry ya… *wahhh,berapa episode punya entry
ni..hahaha!*
Kami bertolak pagi dari Ipoh dan perjalanan ke sana
mengambil masa lebih kurang 2jam. Tempat ni agak jauh ke dalam ya, di mana aku
rasa malam-malam memang aku taklah nak keluar semula walau semata nak mencari
makan. Memang tak sesuai pada aku kalau membawa anak kecik. Jadi, jangan dilupa
stok makanan ya tuan-tuan dan puan-puan sekalian.
Waktu sampai ni, kami mula-mula salah masuk
entrance, terus pergi masuk entrance yang tempat mandi-manda tu. Time tu hati
dah kecut sat, mana taknya..ramai sangat orang, sampai taka da parking. Oooo…bila
dah tanya, salah rupanya. Kiranya kalau you all lalu dari jalan masuk, memang
akan jumpa entrance resort dulu. Untuk yang stay, kita boleh akses ke tempat
mandi ni dari dalam resort. Jalan kaki saja..tak perlu nak drive bagai.
Sebelum kita sambung cerita, haruslah menunjukkan
muka excited nak memulakan perjalanan. Ya, betul..ibu dengan bapak nak gi
celebrate anniversary, tapi tetap mengendong budak bam bam ni…memang tak boleh
tinggal..bukan kakak je yang akan menangis tapi aku rasa, kami pun tak sampai
hati untuk tak bawak kakak..macam sedih je kan. So jomlah mengangkut… Btw, ini anniversary kami yang ke-6. Alhamdulillah,
dah 6 tahun usia perkahwinan kami. Kami nikah 2 May 2008 dan bersanding
keesokan harinya. Kejap je dah 6 tahun. Bergaduh, bertekak, bergelak ketawa,
merajuk bagai…6 tahun dah kan…heheheh..doakan ya semoga ikatan perkahwinan kami
kekal sehingga ke Jannah..amiiiinnnn…..
Bila sampai, Alhamdulillah..cuaca cantik.
Dikelilingi pula dengan pemandangan menghijau, jauh dari main road. Memang aku
rasa akan tercapailah matlamat aku yang memang nak duduk dan rileks je, hal
lain aku malas nak fikir. Memang tepat sangatlah sebab line handphone dan
Internet memanglah tak berapa nak ada kat sini ya. So sesiapa yang nak fikir
hal ‘duniawi’, silalah jangan bercuti kat sini..hahahah! Segala fesbook
bagai..memang payah gile nak dapat line. Kot iya pun ada, kat area lobi resort.
Sementara menunggu Incik Daus selesaikan urusan check-in, leka je perhatikan kawasan resort ni. Memang besar kawasan Felda Residence Hot Spring ni. Kawasan bilik hotel pun tak banyak dan kawasan villa dia agak jauh juga antara satu sama lain. Privacy kan…
Budak bam bam kami ni yang paling happy..asyiklah
nak mandi kolam..nak mandi kolam…sabor anak ye…
Selesai urusan check-in, kami kena ‘garikan’ tangan
dengan benda alah ni..pakailah sepanjang kat sini..kiranya lepas ni bolehlah
masuk kolam air panas ke, kolam air sejuk ke without limit. Memang itu jelah
keja kami kat sini, kuar masuk kolam..kakak, mandi sampai kecut jari pun tak
puas kan…
Sebelum kita masuk bilik, mehlah kita ber ‘Wefie’
dulu kan. Apa guna ada pemandangan cantik menghijau kalau tak
dimanfaatkan..ewah! Dah memang jenis suka bergambor kan…hehehhe…
Mujur aku tak pakai baju kaler hijau, kalau x, dah
blend dah dengan background..tudung aje hijau sikit-sikit kan…
Iya, nampak tak persamaannya di situ..kakak semakin ‘menurun’
sikap suka berposing ibu dia..hahahha! Walaupun muka tak setaraf model, gaya
setaraf model tu perlu ada ye tuan puan sekalian..muahahah! Sesekali perasan,
bukan depan public pun, paling-paling depan suami terchenta ajer..kan…???
Ahaks!
Bangunan di belakang kami yang nampak sikit tu,
itulah spa. Dekat saja dengan lobi. This time datang, tak boleh nak try spa dia
sebab ‘Jepun tengah attack Malaya’, hehehhee..Jepun, Jepun, suka tau attack
time gini…heheheh…
Kat bawah ni adalah map keseluruhan kawasan resort
ni. Luas kan. Nak jalan dari bilik kami ke kolam pun, boleh tahan gaklah…adalah
dalam 5-10 minit (depends pada speed jalanlah…). Cuma tak terasa sangatlah
sebab hijau je keliling kan. Actually before bercuti ni, kami macam nak pergi
pulau ke, atau nak stay dekat area pantai ke..atau itu ini..last-last
hambekkkk..tengah hutan rimba. Oklah tu, kata nak rehat tanpa gangguan.. *Femes
sangatke sampai nak bercuti tanpa gangguan..hehehe..macam banyak sangat orang
yg mengganggu kan..kunun-kununler tu.. ;-) *
Disebabkan aku ni baik budi pekerti, meh aku share senarai harga perkhidmatan spa yang ada di sini. Tapi ini harga sehingga aku pergi that day la ye..Bulan May 2014. Harap Maklum. ;p
Frust aku tau, hati berkobar-kobar ingat pagi-pagi
nak naik tricycle ni..sekali takdelah beskal tu. Yang ada yang biasa tu
aje..Hmmm..mana nak rasa mcm ala-ala kayuhan kat negara omputeh cam
gini..hahahah! Erny Poyo! ;-)
Aktiviti seterusnya, masihlah tak reti nak masuk bilik.
Tetap nak ajak posing lagi. Bukan sengaja ya, sebab time tu kami sampai awal so
biliki tak siap lagi. Silalah habiskan masa ye..dan aku ok je, kiranya taklah
Incik Daus tension sangat nak melayan kami berposing kan..heheheh..trik tu..
Wajah-wajah bulat kami..pipi kami yang mahal
tu..hahhaha!
Kakak dan Ibu…budak bam bam Ibu ni..geram!
Ok…dah..jom pi masuk bilik. Incik Daus gaya nak
bercuti macam Man vs Wild dah aku tengok..heheheh…
Nanti kita sambung lagi di next entry ye..kita
tengok hot spring dia plak ok…
Babai!
No comments:
Post a Comment
SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)