Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…
Aku semakin bersetuju dengan frasa..
“Rambut sama hitam, hati lain-lain…”
Semakin hari semakin pelik dengan manusia..
Yang selalu konon mahir ilmu agama, itulah juga
manusianya yang selalu pentingkan diri..
Takpe pun nak jatuhkan orang, pada dia, dia tak
salah..dia Cuma nak naikkan diri dia je..bukan jatuhkan orang..
Tapi bukankah Islam menyuruh kita untuk sentiasa
bersatu padu, kaya dengan empati dan selalulah menolong sesame kita…
Tapi aku bukanlah ilmuan atau diiktiraf sebagai ‘baik
sangat’, sekadar keliru..
Kadang-kadang semakin aku percaya..
Ya betul, wang bukanlah segala-galanya untuk
kebahagiaan..tapi wang adalah kunci kebahagiaan kebanyakan orang..
Wang juga boleh mengubah sifat manusia..
Jadi dengki, jadi lupa diri dan jadi tak istiqamah..
Nak buat kerja setimpal dengan apa yang dapat?
Eh, cammana nak kira tu?
Takut plak bila mengenangkan kiraan Allah..setimpal
ke tidak Allah bagi kita hidup dengan ilmu dan amal yang kita amalkan ke jalan
yang diredhai Allah? Itu lagi ngeri..ternyata sebagai manusia, banyak yang kita
buat salah dan harus perbetulkan..betul tak?
Hari ini..ada sesuatu yang jadi..to be honest, I
didn’t see it coming at all..aku bangun, sahur macam biasa..Alhamdulillah,
kakak dari semalam baik perangainya..so hujan lebat membasahi bumi Perak dari
jam 3.00 pagi tadi…jadi hati pun sejuk…datang kerja pun aman damai. Dalam
fikiran dah set, apa kerja nak dibuat di pejabat. I am really in a good
mood..Alhamdulillah..
Bila sampai..Allah sediakan dugaan rupanya di
pejabat..Alhamdulillah…nikmat Allah itu luas..aku anggap segala apa yang
terjadi ini akan memberikan aku lebih banyak masa dan ruang untuk memperbaiki
kehidupan aku dan menjadi lebih baik dari sebelum ni…Insya-Allah..
Kepada yang berkenaan, ikhlas dari aku..GOOD LUCK!
;-)
No comments:
Post a Comment
SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)