Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Wednesday, August 13, 2014

Abang Persona Ahkak Meragam...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Semalam..kesian ahkak kat diri sendiri..keta rosak you alls..waktu balik..keta mati dengan jarak anggaran 5m dari umah mak. Semalam balik, macam biasa, ambik kakak. Then selamba kodok, borak-borak dengan mak macam tak jumpa setahun (padahal hari2 jumpa kan..heheheh)..sekali bila sedar dah 6.30pm. Aku kan masih menyambung puasa 6, Alhamdulillah, semalam hari ketiga..semoga dipermudahkan untuk menamatkan puasa Jumaat ni..Insya-Allah…

Bila dah tersedar jam dah menunjukkan pukul 6.30p.m, kalut-kalut nak balik. Drive slow2 je meninggalkan perkarangan rumah mak sebabnya ada bebudak tengah main kat depan. Slow punya slow..dengan slownya jugak tetibe keta aku mati. Alamak..dah kenapa..hmmm…temperature dah sampai 120. Tak tahulah kenapa hari ni drive langsung tak perhati temperature.. *hari ni je ke…?? Ke Selalu?..ahaks…*

Bertolaklah jiran tetangga yang terdiri dari lelaki2 gagah..hahahha..tampil ke tapak kejadian untuk menunjukkan kehebatan menolak keta kembali ke rumah mak. Dengan hujan lebatnya..aku macam biasalah ..panik..call Incik Daus..Incik Daus dahlah baru je ke Penang..hmmmlahai nasib ohhh Super Women..heheheh…

Ok, demi memendekkan cerita, panggillah mekanik..memang kipas enjin tu, yg dekat radiator tu rosak..sebab tu enjin overheat…hmm..kenalah bayor mekanik RM 350..tetaplah kena bagi duit dengan senyuman..tetap jugaklah kena tadah telinga dengar mak soh tukar keta, ditambah dengan jiran-jiran sengaja menyakat hal yang sama…hahahhaha..padan muka aku!

So, moral of the story, silalah tengok temperature kereta selalu bila drive..sebab keadaan macam tu kalau jadi waktu tengah drive memang merbahaya. Boleh berasap keta dan breakdown…untuk kengkawan sekalian..silalah ingat wahai pesanan penaja ini…dan bagi yang pompuan2..jangan hanya harap suami aje nak ambik tahu hal keta ye...hahhaha.. *pesanan untuk aku jugak semenjak dah berkahwin ni..malas sungguh nak ambik tau ttg keta.. * 


Untuk jiran2..mekasih tolong ahkak ye.. ;-) 

No comments:

Post a Comment

SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)