Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Monday, August 25, 2014

Jom Makan Best di Ipoh: Makanan Cina Muslim di Restoran Sharin Low Grand

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Raya kelima macam tu, ajaklah mak pergi makan lunch..dah banyak sangat makan ketupat, rendang, nasi impit dan segalanya..meh la kita pergi carik nasi. Perut ni makan banyak, tapi macam rasa tak puas aje. Mungkin sebab dah terbiasa makan nasi kan, orang KG.DOT.COM je ahkak ni… ;p

Hampir berpuluh tahun menjadi warga Ipoh (*trik tak nak bagi tahu umur..memang cam gini…hahahah), aku tak pernah pun tahu akan kewujudan Restoran Hj Sharin Low Grand ni di Ipoh. Ya, restoran ini menyajikan masakan cina muslim. Aku memang peminat tegar jugaklah masakan cina (walau di dalam tekak melayuku ini..canner tu? ;-) ) Hasil dari pencarian menggunakan Mr. Google maka ahkak pun menemuilah restoran ini. Bukan menemui sahaja, bahkan mengetahui akan kewujudannya di bumi Ipoh ini.



Lokasi Restoran ini terletak berdekatan dgn. Restoran Pakeeza buat sesiapa yang familiar dengan Ipoh ni. Buat anda yang tak familiar atau buat-buat tak familiar kampong halaman sendiri macam ahkak ni..ini alamat dia ye…

Restoran Hj. Sharin Low Grand
Persiaran Greenhill
Kampung Jawa
30450 Ipoh, Perak
05-241 2472

Waktu Operasi: 11.00 a.m – 11.00 p.m

Dari pintu depan restoran ni, boleh nampak Hotel Tower Regency 



Kunjungan kali ni hanya kami berempat je campur si kakak, so tak adalah nak order beria sangat. Takut tak abis plak nanti kan. Keadaan kedai waktu kami sampai ni, tak ramai orang sangatlah. Mungkin masih dalam mood berhari raya, dengan open house dan segala kan. Cuma satu je masalah yang aku rasalah kalau nak makan kat restoran ni..parking dia agak limited…memang susah nak cari yang kosong. Sticker ‘gores dan menang’ tu jangan lupa dibawa ya kalau nak parking kat area Ipoh ni. Takdenye coin slot untuk parking tu ya…goreslah manually okay…bilalah nak upgrade ni wahai Ipoh ku sayang…

Ini menu book dia..sorry ye rakan-rakan..resolusi agak kabur..





Menu kami order hari tu adalah seperti berikut…

Ginger Onion Beef ..ini peberet aku…



Kangkung Goreng Belacan..ini peberet Incik Daus…


Marmite Chicken..ini untuk kakak..suka kemain dia..memang peminat tegar segala makanan berasaskan kicap..


Ini ikan siakap masak stim nyonya..peberet sume orang..tapi Incik Daus actually dia lebih prefer makan Ikan Siakap 3 rasa..


 Berkepul-kepul asap dia..sampai blur2 skit gambor dia..panas-panas ni kan... tapi jujurnya aku lagi suka ikan kukus dari Assam House...lagi berasa dan ummpphh pada tekak akulah...


Ni gambar si kakak ambik..tetap nak ambikkan gambar jugak...oklah..bertambah maju pencapaian...takde kepala terpotong...

Kakak dengan Opah..manja bucuk Opah ni...nyampah!!! Kalau Opah ade..cubalah sesapa marah..sure dah jerit OOOOPPPPPAAAAAHHHHHH.... pok pok bontot baru tau... huhuhu...


Cer tengok..kemain lagi dengan mulut gitu..aisshhhh..kakak ni memang perangai dia berkaler-kaler..meriah dgn dia sorang je...kadang-kadang tetibe dia tiru gaya kita..aishhh!

Oklah kengkawan..moh kita makan ya..Bismillah...




Inilah cucu bucuk Opah..Opah ada je terus dia tak pandai nak suap sendiri... 

Lepas ni mungkinnak cuba menu lain plak..Butter Prawn ke..tapi aku selalu dengar dan baca, ramai yang kata Itik Panggang dieorang yang best tu, crispy je rasanya. Cuma family aku memang tak makan itik jadi xlah nak order itik tu..mungkin untuk anda yang suka makan daging itik, bolehlah cuba.

Oklah buat masa ni..kita jumpa lagi nanti ya..btw..psssss...nak bagi you all jeles ni..ahkak cutilah hari ni..hehehhehe... ;-) no Monday Blues..yeayyy!

Tatatititutu...











No comments:

Post a Comment

SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)