Assalamualaikum dan Salam
Sejahtera…
Siapa sini minat tengok Teenage
Mutant Ninja Turtle? Angkat tangan!!! Yeayyy..samalah kita!! ;-)
Siri Ninja Turtle ni tak salah
aku, mulanya dengan komik, sebelum jadi siri kartun, dan akhirnya jadilah
sebuah filem. Selain Ninja Turtle ni, dulu zaman kecik-kecik, aku suka jugak
tengok ‘Jem, Jem is my name…!’ Haaaa…ingat lagi tak kengkawan seusia? Hehehhe…cukup
teruja tengok dia pegang subang dia aje, terus leh transfer pakaian jadi
cantik2 gitu…huh, senang hidupkan?... ;p
Meh aku hadiahkan gambar untuk you all refresh balik fikiran mengingati si Jem ni.. ;-)
Gambar Ihsan Google |
Those days…tapi
sekarang susah aku nak minat kartun yang leh meresap ke jiwa kan..maksudnya,
sekadar tengok tapi taklah sampai nak terasa suka yang amat.. *Faktor
Usia..hahahha! Sedor jelah..*
Jadinya, ahad baru ni,
gegas ke cinema nak menengok filem yang memang dah lama aku tunggu, Teenage
Mutant Ninja Turtle. Huissshhh, masa tu cuak juga, sebab tiket dah beli dan
kakak pula demam balik Jumaat tu. Alhamdulillah, tengok wayang punya motivasi,
kakak ok Ahad tu..hehehe..jenuh ibu paksa makan ubat.
Aku pilih tayangan jam
3.50pm. Berkobar-kobar ni nak pergi. Dahlah sebelum tu, time solat Zohor kakak
merajuk dgn kami sebabnya solat berjemaah tak ajak dia. Aku sampai sekarang
kalau ingat2 dia merajuk sambal membebel tu, macam nak tergelak sangat. Siap
duduk kat hujung katil, peluk tubuh, muka masam..sambil cakap, “Dah, jangan
cakap dgn kakak. Sembahyang pun tak nak ajak kakak..bukan lama pun..”..hahaha..
Siap cakap ni, “Lepas ni ibu dengan bapak tak boleh tido bilik kakak lagi sebab
kakak merajuk. Opah nak sembahyang, boleh je ajak kakak, tunggu kakak ambik air
sembahyang..haaa…ok je, elok je..”
Hahahahha! Aku serius
tak leh tahan, terpaksa cakap kat Incik Daus, ‘Macam sama je kan kaedah
percakapan dengan mimik muka kakak merajuk dgn Ibu…”
Sekilas Incik Daus pandang aku sambil buat muka
tersengih dia tu.. “Hmmm..baru tau ke..”
Ok fine! ;-(
Tapi aku mengaku pun time mengandung kat kakak dulu,
memang aku over sensitive..sikit punya hal pun dah boleh emosi melampau, nak
merajuk menangis segala…hahahah! Memang mujurlah Incik Daus suami yang penyabar
jugak..kalau tak..hmmm..sendiri mau ingatlah kan… heheheh…
Tema kami merpati dua sejoli that day, merah..as
usual, sila layan kehendak isteri ya..kih..kih..kih.. Cuma bab topi tu memang aku tak paham semenjak bila
datangnya angin mengumpul topi jenis cam gitu. Bukan satu ya, adalah dua tiga
koleksi terkini..heran aku..macam nak pergi memancing je rupanya…pancing ikan
takpe ye bang..jangan pancing lain sudah…memang sengaja nak makan mata kail
namenya itu.. *macam best je nak mengugut..hihihi…*
Kakak..tu jaket jeans tu, itu projek rahsia dengan
bapak..tetiba je dah ada jaket tu beli bawak balik. Nanti nak pakai time naik
motor..bukan main lagi anak dengan bapak..sabor jelah ya…
Kakak dengan muka muncung dia..time ni dah start
malas nak posing..sebab ibu asyik soh tukar pose je..heheheh…belajarlah
bertabah wahai anak..ahaks! ;-)
Dah, jom kita pergi..kang lambat plak. Singgah Umah Opah, ambik Opah jap. Sampai Aeon Kinta City, masih awal..baru kul 3.00p.m. Perut plak lapar sebab tak makan lunch lagi. Maklumlah pagi tadi sibuk kat kedai. So, jom cari benda yang simple nak alas perut dulu sebab mak dah bagi tau yang mak masak Mee Rebus Tulang kat rumah.
Tekak terasa nak makan Choc Eclairs Auntie Anne ni..so jomlah kita..
Kakak, segala yang ada coklat dia suka. Tapi coklat dalam bentuk topping. Memang Choc Eclairs tu sebiji kat dia jelah. Aku order kat mak yang sesame punya, cicah dengan caramel, memang masyuk...itu pun kakak tumpang jugak sekaki. Isk..isk..takpelah, biar jelah sebab selera dia baru nak ok lepas demam balik khamis lepas.
Untuk show ni pun aku risau mulanya, takut demam kakak xbaik lagi kan..memang kira burnlah tiket yang dah beli awal tu..
Ini namanya sambil makan sambil bagi pose simbol PEACE..heheheh...
Settle alas perut, jomlah kita pergi menonton..Teenage Mutant Ninja Turtle..huh..terasa macam anak muda remaja adrenalin yang mengalir dalam tubuh saat ini.. *Sound so poyo, yes I know...who care? ahaks!*
Gambar hasil pencarian di Google Image |
Memang kelakar sangat cerita ni, pada selera akulah.
Memang kat dalam panggung tu ketawa bagai nak rak pada certain scene..mak aku
pun gelak2 jugak..kakak siap menari time dieorang rap dalam lift tu. Nak
tergelak aku..
Kalau dari segi plot cerita, taklah banyak beza.
Cuma diselit macam mana bermulanya kejadian mutant dieorang tu..kira flash back
lah. Then macam mana dieorang membesar, belajar Ninjutsu semua..Cuma pada aku
dialog2 dia tu. Kiranya dieorang ni kan ‘teenage’..so macam-macam karakter yang
dapat dilihatlah. Paling kelakar pada aku, Michael Angelo…ada je dialog dia
yang poyo tapi kelakar. Kiranya bukan action yang serius sangat macam
Transformers. Bila bab sedih, yang diaorang nak terhempas tu, pengucapan dialog
dia..memang sedihlah, dapat kita rasa. Overall, memang aku suggest you all
pergi tengok..bawak family sekali… ;-) Rasa macam nak ulang tengok sekali lagi…
Kakak siap book awal-awal, kakak Ninja Turtle
Michael Angelo, sebab ia pakai topeng kaler yellow..hahahha…oklah anak…
Aku, dari dulu memang minat Raphael..sebab aku rasa
karakter dia macam aku..ewah…Jiwa Nampak kental, dalam hati ada Taman D.R…muahahaha!
Si kakak, sebelum filem ni kuar, awal-awal dah buat
koleksi..hmmm..tengoklah ni…
Itulah kisah Ahad lepas..aku akhiri dengan gambar aku yang 'macho' tahap gaban ni lah ye..jangan marah aaahh kengkawan..kasi chance ahkak poyo skit..
No comments:
Post a Comment
SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)