Seperti yang aku cakap dekat entry sebelum ni.. Felda Residence Hot Spring Sg. Klah Part 1
Iya, kalau bab mandi-manda, tak payahlah nak suruh
kakak tunggu esok. Sure setiap 5minit kakak akan ulang tanya, “Ibu, bila kakak
nak mandi kolam ni ibu…”..macam gitulah kan..so disebabkan itu jugalah, kami
bawak kakak petang tu juga. Dapatlah masuk bilik kejap, then dah kena keluar
semula. Melayan kakak mandi-manda. Hmmm…confuse kejap, ni celebrate anniversary
ibu dengan bapak ke, atau celebrate harijadi kakak ni..hahahha! Terbalik dah,
kakak yang paling excited. So, takdelah rehat sangat kan. Kalau tak bawak
nanti, kesian plak. Dah alang-alang sampai pun. So jomlah kita terjah kolam
mandi dia dulu. Ini kolam biasa, air sejuk biasa tu..kakak tak naknya mandi air
panas.
Bapak kena gi cari seluar
renang..hahahah..padankan..bapak lupa langsung nak membawa seluar pendek. So
terpaksalah pergi beli seluar Hawaii tu..warna-warni. Biarkan, selalunya
memilih, mana nak pakai macam gitu. Aku memang tak larat nak gelak time
ni..sabor jelah!
Kita mulakan gambar kakak pakai goggle dia ni. Bukan main lagi nak benda alah ni tapi akhirnya, mandi tak pakai pun. Nak sebab nampak ada budak lain yang pakai.
Si kakak, ceria dah ni kaki dapat cecah air. Macam
best je kakak.
Cantik tak u alls, seluar Hawaii baru kepunyaan Bapak ni? Hehehhee...bintang-bintang, berkerlipan...hanya satu, bintang dihati..ewahhh! Muahahah!
Mula-mula main kat tepi, lama-lama dah ke tengah.
Boleh plak dia tak takut. Selamba je..sampai air dah paras tengkuklah. Jenuh
Incik Daus pujuk ke tepi semula, tapi tak naknye kakak. Berani kakak, ibu kat
tepi kolam ni haaa..yang cuak. Tapi memang macam tak menahan je tengok kakak
ngan bapak mandi. Air dia dahlah sejuk..best sangat! Tambah pula cuaca
panas-panas. Huh, best!
Kakak tetap nak melepasi palang tali tu..jenuh tak bagi..itu dah nak masuk area orang dewasa...
Kolam dia taklah besar sangat..tapi orang memang
ramai. Akhirnya dengan aku sekali pun tewas..tak leh menahan melihat tu, yang
boleh meluncur dalam air tu. Tetiba plak datang angin adventure aku
kan..adventure lah sangat…fikir punya fikir, trylah sekali…hahaha..ok kot…belasah
jelah, jom! Tapi aku try pada esok harinyalah. Hari pertama, taklah sebab pakai
jeans segala. Trylah next daynya..tapi gambar takde. Walau nampak pendek je
benda tu, tapi bila bedebush masuk dalam air, memang tenggelam jugaklah..siap
terminum air sekali…hahahah..berat sangat tu… ;-)
Abislah sesi mandi-manda petang tu selama dua jam.
Jenuh pujuk kakak ajak balik.
Haaaa…aiskrim roti..lama gila tak makan aiskrim roti
ni. Dulu masa kecik-kecik peberet ni…dah abis comot, jom balik!
No comments:
Post a Comment
SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)