Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Friday, August 29, 2014

Cuti-Cuti Anniversary 2014 Part 3: Apa yang bestnya kolam air panas kat Felda Residence Hot Spring, Sungai Klah ni?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Phewww, memang berpeluh-peluh jugaklah nak menghabiskan update entry percutian ini walau hanya perginya 3 hari dua malam aje. Manakan tidak, belambak sungguh gambarnya. Aku rasa aku start pilih, resize dan segala, ada dari bulan Jun that day…hahahah! Iya, buat sikit, tangguh, buat sikit, tangguh. Mana taknya, ahkak banyak urusannya..

Esok bangun awal pagi, kita pergi breakfast dulu. Kakak pagi tu kat bilik, nak juga mandi kat bath tub. Mandilah dulu..then sibuk nak mandi kolam lagi. Baiklah Tuan Puteri…isk..isk..tapi sebelum tu marilah kita pergi breakfast dulu. Buffet breakfast kat sini dah include dengan pakej bilik. Tapi orang punyalah ramai, maklumlah kami pergi time public holiday kan. Celah-celah jugaklah untuk makan. Cuma satu yang tak best, lalat sangatlah banyak. Dieorang kata sebab musim hujan ni, tu yang lalat banyak. Ambik makanan pun, kena cepat-cepat tutup. Dalam hati berdoa, janganlah terkeracunan makanan plak kan. Malam semalam, time dinner, tak sebanyak ini. Lalat pun aktif waktu pagi kot. Pandai je aku ni kan..

Disebabkan orang terlalu ramai, takdelah aku ambik gambar buffet line dia. Overall, food dia oklah. Ada nasi lemak, mee goreng, kuih-kuih, cereals, fruits, roti canai, roti bakar dan ada lagilah yang lain yang aku pun dah tak ingat. Habis breakfast, bertekak kejap dengan kakak. Sebabnya aku nak rendam-rendam kaki kat kolam air panas (hot spring), dia plak nak juga mandi kolam air sejuk tu. So bapaklah terpaksa menjadi pengadil..”teng..teng..” hahaha! Ok, kita gi kolam air panas dulu…

Suka sangat suasana pagi kat sini..dingin je *waahhhh dingin…*.

Ni fountain air panas dekat entrance before masuk ke hot spring. Suhu dia mencecah 100©..panas sangat. Hati-hatilah ya kalau ada anak kecik. Memang berasap-asap nampak haba air dia.









Ok, dan inilah view hotspring dia..






Amboiiiii!!! Tampannya model ayaq paneh ni...hihihi..

Taaaaapppiiiii....

Model kat bawah ni..lagi tak boleh tahan hebatnya..memang hebatlah...

Hahahhaa...

Sedia ya tuan puan....


Taaaaarrrrrraaaaa....




Muntah darah tak tengok ahkak posing...hahahhaha..sesekali...




Masa mula-mula nak cecah kaki dalam kolam air panas ni, memang tak tahan. Memang panas sangat aku rasa. Berapa kali masuk, berapa kali aku lari keluar semula. Lama-lama, aku tahankan juga. Memang tip dia macam tu. Kena bertahan…lama-lama terasa biasa dan boleh tahan dengan suhu panas tu. Apa yang aku baca, merendam kaki atau badan dalam air panas dari sumber semulajadi macam kat hot spring ni boleh bantu meredakan lenguh-lenguh sendi atau kaki dan juga meredakan ketegangan tubuh. Bila rendamkan tubuh dan lapangkan fikiran, bertahan dalam 30 minit macam tu..bila keluar aje, memang terasa lega sangat. Rasa best!



Kakak mula tak nak langsung masuk sebab airnya panas..last-last ok jer..syok je main air...alaaaa..rindunya nak rehat-rehat macam ni...




Memang tak dapat nak berlama sangat kat sini sebab kakak sibuk sangatlah nak pergi ‘kolam kakak’. Asyik-asyik ‘kolam kakak’..sabor jelah…

On the way ke sana, singgah plak kat sini. Hmmm..kata bercuti..hahahha..tetap nak cuba juga merebus telur ni. Macamlah tak biasa makan telur separuh masak kan.





Jadinya, kami pun cubalah. Memang dia ada bagi pun indication, kalau nak telur separuh masak, kena rendam berapa minit, nak masak betul, kena rendam berapa minit. Jadinya, silalah baca arahan atau nak ikut kata hati pun boleh..takde hallah! Cuma telur, memang kena beli kat sini. Satu mangkuk macam dalam gambar kat bawah ni, dia jual dengan harga RM5, adalah berapa biji je telurnya.


Then teruslah ke kolam kakak tu..gambar dah tak ambik dah..sebab aku sibuk nak main yang meluncur tu..Incik Daus tak mau cuba mulanya. Cisss..haruslah kena paksa barulah standard ‘janggut’ tu sampai..hahahah!

Nanti Insya-Allah, aku sambung entry berkaitan makan-makan di sini plak ye…


No comments:

Post a Comment

SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)