Hari tu rasanya aku
ada berjanji nak sharekan resipi Ayam Goreng Berempah yang dimasak untuk
gandingan Nasi Lemak tu kan..so nil ah baru sempat nak share pun.
Ayam Goreng Berempah
ni pada aku yang buat dia lagi sedaplah adalah pada bahan-bahan sampingan dia
yang bersirat-birat tu..kalau macam kita makan goreng pisang, selalu nak
request ‘keropok’ dia, macam tu lah.
Resipi ni aku buat
mengikut citarasa akulah ya..
Bahan-Bahan:
Ayam (aku beli yang
pek-pek tu, so aku pilih 4 ketul drumstick, 4 ketul kepak dan 2 ketul bahagian
dada)
Bahan Perapan (Untuk
dikisar)
4 biji bawang besar
5 biji bawang Putih
2 batang serai
(dihiris nipis)
1 inci halia
Kunyit hidup
1 tangkai daun kari
Bahan Perapan (Akan
digaulkan kemudian dengan bahan yang dikisar tadi)
Serbuk lada hitam
Serbuk kunyit
Serbuk paprika
Rempah kari daging (dalam 2 sudu besar)
Rempah kari daging (dalam 2 sudu besar)
Sedikit garam
(salutkan garam dahulu dan biarkan ayam tersebut dalam 10 minit sebelum digaul
bahan perapan lain)
Cara Membuat:
1. Lumurkan semua bahan yang dikisar dan bahan perapan tambahan seperti yang dinyatakan di atas. Biarkan diperap selama satu jam.
2. Kukus terlebih dahulu selama 15-20 minit supaya isi ayam ini separuh masak. Lebih mudah untuk digoreng nanti dan supaya untuk mengelakkan ayam yang digoreng terlalu gelap dan garing di luar sedangkan tidak berapa masak di dalam.
3. Goreng ayam tersebut dengan taburan daun kari bagi membangkitkan bau dan rasa. Nampak tak yang macam berserat tu, itulah yang best tu... ;-)
Selamat Mencuba ya kawan-kawan....
No comments:
Post a Comment
SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)