Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Showing posts with label Ramadhan 1435. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan 1435. Show all posts

Thursday, July 24, 2014

Zakat Fitrah jangan dilupa...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Ya Allah, semakin berganti tahun, detik waktu dan masa terasa sangat pantas. Sedar tak sedar, dah habis sehari. Ramadhan tahun ni, terasa cepat sungguh berlalu dan semakin hampir meninggalkan kita. Sedih rasa..dahlah tahun ni, macam-macam Allah uji kita umat-NYA...Allahuakbar, Maha Suci Allah..

Dalam sibuk persiapan raya, jangan lupa tau kawan-kawan sekalian..jangan lupa tunaikan tanggungjawab kita, lagi awal lagi bagus..kang kalut2 di pagi raya, terlupa plak..kan ke kes naya tu..hehhee...

Alhamdulillah, untuk kami sekeluarga, amanah dah tertunai minggu sudah..Alhamdulillah...



Kakak pelik, first time kakak tengok bapak bayar Zakat Fitrah, dulu kecik sangat, mana kakak nak faham kan..kali ni, macam2 kakak tanya..mandor sangat gaya kakak, siap cekak pinggang lagi tu...ish..ish..



Tekun kakak dengar, satu persatu...then Incik Bapak, silalah jawab soalan cepu emas kakak yang semakin bertubi-tubi semenjak nak besar ni..maklumlah, kan ke sel otak tengah nak berkembang..hehehe..ye tak bapak...

Apa pun, marilah kita sama-sama berdoa untuk kesejahteran seluruh umat Islam..dan semoga kita terus menjadi lebih baik dari hari ke hari...Insya-Allah..

Akhir sekali.. Peace dari kakak..tak mau gaduh-gaduh tau..kosong-kosong...! ;-)



Sunday, July 20, 2014

Resipi: Ayam Goreng Berempah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Hari tu rasanya aku ada berjanji nak sharekan resipi Ayam Goreng Berempah yang dimasak untuk gandingan Nasi Lemak tu kan..so nil ah baru sempat nak share pun.
Ayam Goreng Berempah ni pada aku yang buat dia lagi sedaplah adalah pada bahan-bahan sampingan dia yang bersirat-birat tu..kalau macam kita makan goreng pisang, selalu nak request ‘keropok’ dia, macam tu lah.

Resipi ni aku buat mengikut citarasa akulah ya..

Bahan-Bahan:

Ayam (aku beli yang pek-pek tu, so aku pilih 4 ketul drumstick, 4 ketul kepak dan 2 ketul bahagian dada)

Bahan Perapan (Untuk dikisar)
4 biji bawang besar
5 biji bawang Putih
2 batang serai (dihiris nipis)
1 inci halia
Kunyit hidup
1 tangkai daun kari

Bahan Perapan (Akan digaulkan kemudian dengan bahan yang dikisar tadi)
Serbuk lada hitam
Serbuk kunyit
Serbuk paprika
Rempah kari daging (dalam 2 sudu besar)

Sedikit garam (salutkan garam dahulu dan biarkan ayam tersebut dalam 10 minit sebelum digaul bahan perapan lain)

Cara Membuat: 


1. Lumurkan semua bahan yang dikisar dan bahan perapan tambahan seperti yang dinyatakan di atas. Biarkan diperap selama satu jam.


2. Kukus terlebih dahulu selama 15-20 minit supaya isi ayam ini separuh masak. Lebih mudah untuk digoreng nanti dan supaya untuk mengelakkan ayam yang digoreng terlalu gelap dan garing di luar sedangkan tidak berapa masak di dalam.


3. Goreng ayam tersebut dengan taburan daun kari bagi membangkitkan bau dan rasa. Nampak tak yang macam berserat tu, itulah yang best tu... ;-)

Selamat Mencuba ya kawan-kawan....

Thursday, July 17, 2014

Resipi: Nasi Lemak Ayam Goreng Rempah yang sangat sedap dan terangkat gitu.... ;-)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Nasi lemak buah bidara…sayang selasih sayang selasih saya lurutkan... buang mak buang saudara, kerana kasih saya turutkan….hamboiii intro tak ingat..hahahah!

Meh kawan-kawan nak share, ni serba sedikit menu Iftar Isnin lepas…tak tahu nak masak apa.Tiba terasa lama jugak tak makan nasi lemak. So jomlah buat nasi lemak dengan ayam goreng rempah.



Aku rasa cara membuat nasi lemak ni kebanyakan dari kita pun tahu kan..sebab mudah saja. Tapi aku share jugalah ya…

Bahan-bahan:
2 pot Beras
11/2 cawan air
200ml santan
1 batang serai (diketuk)
Sedikit halia (dihiris nipis)
1 helai daun pandan (dipintal)
Sedikit garam

(Kaedah memasak sama saja macam nak masak nasi. Campurkan kesemua bahan ni, air tu agak-agaklah ya sebab sukatan beras saiznya mungkin berbeza)

Nasi lemak kali ni aku gandingkan dengan sambal tumis ikan bilis dengan petai….



Telur rebus dan timun jepun



Dan watak utama pada hidangan nasi lemak aku kali ini adalah taraaa….



Ayam Goreng Berempah…nanti aku share ya resipinya di entry akan datang…Insya-Allah…


Wednesday, July 16, 2014

Resipi: Pisang Bakar Keju Bersalut Coklat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Aku tak tahulah kenapa, tetapi tiba-tiba saja dok lah terbayang nikmatnya makan pisang bakar keju time aku ke Jakarta dulu. Kat sana, macam-macam variasi hidangan berasaskan pisang ni. Sampaikan ABC pun dieorang selama je letak pisang. Sekarang ni kat sini pun dah ramai peniaga makanan mula menjual pisang bakar keju ni. Tapi kalau nak ramuan coklat dan keju yang melimpah ruah, silalah merajinkan diri membuatnya sendiri..heheheh..

So gigihlah aku mengerah Incik Daus Isnin baru ni, meneman aku mencari pisang. Dapatlah buah pisang berangan. Yeayyy!

So, ini antara bahan yang berjaya aku godek dari fridge aku...



Bahan-bahan:


  • Pisang (ikut jenis dan kuantiti yang anda sukai, kali ni aku pakai pisang berangan dalam 4biji, dibelah dua, menjadi lapan potongan)
  • Keju Mozarella
  • Sos Coklat (Jenama Delfi, baru nak try guna, ok, sedap juga, rasa dark coklat dan tak terlalu manis)
  • 2 sudu besar mentega

Cara Membuat:



1. Sapu sos coklat pada pisang terlebih dahulu, setelah ia dipotong dua.
2. Panaskan kuali dan cairkan mentega. Letakkan pisang tadi dan biarkan seketika, sampai sedikit garing. Balik kaupkan pisang tadi.
3. Angkat dan terus taburkan keju mozarella tadi sementara pisang masih panas, barula ia boleh mencair. Macam aku, aku ada cairkan juga sedikit keju mozarella dalam kuali dan taburkan atas pisang.
4. Letakkan sos coklat dan kemudian taburlah coklat urai atau manik tabur sebagai hiasan.

Inilah hasilnya...


Rasanya...Ya Allah, memang nikmat...sedap sangat..dan ringkas untuk disediakan...

Hmmmm..ini pula hasilnya selepas berbuka...Alhamdulilllah....  ;-)




Monday, July 14, 2014

Resipi: Mi Kari Seafood Lazat Berlemak...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Apa khabar anda-anda semua? Harap masih segar hendaknya dalam menjalani ibadah puasa. Dalam suka-suka, jangan lupa setiap waktu untuk menitipkan doa buat saudara kita di Gaza...semoga terus berada dalam lindungan Allah, sesungguhnya hanya Allah yang Maha Mengetahui, baik buruk setiap ujian dan dugaan..Subhanallah...

Ok, hari ini aku cuti, maklumlah esok kan Hari Nuzul Quran, memandangkan ada lagi cuti-cuti kerja hujung minggu yang belum diguna, jomlah kita gunakan.

Jumaat lepas, terasa nak makan mi kari. Jadinya waktu rehat, ajak adik office si Nisa, untuk teman ke Mydin, belikan bahan-bahan memasak. Sabtu tu, tertunailah hajat memasak Mi Kari Seafood. Aku olah dari idea Kak Azie dalam Azie Kitchen.



Ni antara bahan-bahan yang aku gunakan.



Bahan-bahan yang anda semua tengok ini adalah ramuan utama seafood yang digunakan. So jom kita semak apa bahan-bahan yang lebih details:

Bahan-bahan:

500 gm isi kerang
500 gm udang
300 gm udang (buang kulit, dan asingkan kulitnya untuk direbus menjadi stok, isinya pula dicincang halus)
3 keping fishcake (dihiris nipis)
Sedikit kacang buncis (dihiris nipis secara menyerong)
Bebola ikan (saya masukkan sebungkus, dibelah dua setiap satunya)
2 pek kecil rempah kari
500 ml santan
1 liter air
2 biji russet potato (direbus dan dilecek sehingga hancur)
Asam Keping


Di bahagian atas ni, adalah hasil ubi yang telah direbus dan dilecek, manakala mangkuk di bawahnya pula adalah stok udang. Stok udang ni, buatnya mudah je. Rebuskan kulit dan kepala udang sehingga masak, kemudian kisarkan. Bila dah kisar, tapis untuk dapatkan airnya yang jernih macam di dalam gambar ni. Stok udang dan isi kentang lecek ni bagi menambahkan lagi lemak kuah mi kari dan juga kepekatannya.

Bahan untuk dikisar:

3 biji bawang besar
5 biji bawang putih
Sedikit daun kari
4 sudu besar pes cili
2 batang serai
1/2 inci halia

Bahan Untuk Menumis:

Sedikit Minyak
2 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
2 tangkai daun kari
2 batang serai (diketuk)

Bahan hiasan (garnishing):

2 keping tauhu (digoreng dan diasingkan sebelum dipotong mengikut saiz yang diinginkan)
Telur (direbus)
Limau Nipis
Tauge (dicelur di dalam air panas)
Daun bawang (dihiris nipis)
Bawang Goreng
Cili Padi Merah (dihiris nipis)

Mi kuning (dicelur terlebih dahulu dengan air panas)

Cara Membuatnya:

1. Tumiskan bahan yang dikisar bersama bahan lain untuk ditumis. Kacau sehingga naik bau dan kekuningan.
2. Masukkan rempah kari (yang telah dibancuh dengan air suam terlebih dahulu), ke dalam tumisan. Kacau seketika.
3. Kemudian, masukkan air, diikuti dengan stok udang dan isi udang.
4. Masukkan semua bahan-bahan lain seperti udang, kerang, fishcake dan fishball. Masukkan juga serai yang telah dititik bersama asam keping. Masukkan garam dan gula, mengikut citarasa.
5. Masukkan pula isi ubi kentang yang telah dilecek dan hirisan kacang buncis, kacau perlahan-lahan.
6. Setelah mendidih, masukkan santan dan biarkan mendidih seketika sebelum padamkan api.

Inilah hasilnya...


Selamat Memasak... ;-)

Friday, July 11, 2014

Resipi: Puding Bandung Cincau

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Bulan-bulan puasa ni, macam mudah je jatuh cinta dengan juadah yang manis-manis. Memang suka sangat makan puding, kuih pulut seri muka ke, tepung talam, badak berendam..kuih lopes..tak tahulah kenapa dengan tekak aku ni, time bulan puasa memang inilah antara kuih-kuih yang aku suka. Gigih ni buat kuih lapis sendiri sebab nakkan rasa lemak manis kuih yang sebenar..untuk resipi kuih lapis boleh rujuk entry aku yang ini…Resipi:Kuih Lapis

Tapi untuk hari ni, marilah kita share resipi Puding Bandung Cincau..



Bahan-bahan:

20 gm agar-agar
1 liter air
1 tin susu cair
½ cawan susu pekat manis.
1 paket cincau (dipotong dadu, saiz potongan ikut kerajinan masing-masing..hehehe)
1 cawan gula
Perisa Sirap Ros

Cara Membuat:

  1. Basuh dulu agar-agar berkenaan. Panaskan api dan rebus agar-agar tu sampailah cair semuanya.
  2. Then, masukkan gula, kacau lagi sehingga gula melarut.
  3.  Masukkan susu cair dan diikuti susu pekat manis.
  4. Masukkan perisa sirap ros.
  5. Akhir sekali masukkanlah cincau. Semua dah ok, tuang ke dalam acuan dan sejukkan di dalam peti sejuk.



Wednesday, July 2, 2014

Resipi: Puding Laici Susu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Alhamdulillah..dah masuk hari keempat Ramadhan...sure macam-macam resipi dah u all semua cuba kan untuk juadah berbuka..masak ni la pun kita nak test buat pelbagai new invention of recipie..ye tak? Bila musim panas ni, selain dari buah-buahan dan air..menikmati puding sebagai juadah berbuka pun best jugak kan..rasa sejuk je meluncur ke dalam tekak..upppssss..ok..ok..tak mau berimaginasi lebih panjang..kang batal puasa...hehehhe..

Ni aku try buat dua hari lepas..Puding Laici Susu...


Jom aku share bahan-bahan dia...

Bahan-bahan:

  • 40 gm agar-agar (aku pakai yang jenis bertali tu, bukan serbuk punya tau..)
  • 1 tin laici (dengan buah)
  • 1 tin susu cair (aku pakai jenama IDEAL)
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 1.5 liter air
  • 3 cawan gula

Bahan-bahan ini boleh dapat setalam besar...dalam 64 potongan segi empat tepat...aku tunjuk kat bawah loyang yang aku guna..besar..aku tabur manik warna kat atas tu..saja nak bagi warna warni skit... hehhehe.





Cara Membuat:

1. Basuh dulu agar-agar. Kemudian, didihkan bersama dengan air. Kacau-kacau sampai agar-agar tu melarut.
2. Kemudian, bila dah hancur, air nampak jernih...masukkan pula gula. Kacau lagi sehingga sebati.
3. Masukkan pati laici dari tin tu, dengan buah laici yang telah dipotong kecil.
4. Masukkan tepung kastard yang telah dibancuh dengan air suam.
5. Masukkan susu cair dan kacau seketika.
6. Dah mendidih sikit, padamkan api dan masukkan ke dalam loyang. Biar dulu di luar dalam 30 minit sebelum disejukkan di dalam peti sejuk selama sekurang-kurangnya satu jam.

Dah siappppp...mudah aje kan...

So kengkawan..silalah cuba.... ;-)

Sunday, June 29, 2014

SALAM RAMADHAN 1435

Assalamualaikum….

Alhamdulillah..

Bertemu kembali kita dengan bulan penuh keberkatan..penuh barakah..Ramadhan Al-Mubarak..semoga bulan ini memberikan ruang untuk kita memperbanyakkan amal ibadat dan juga bulan memperbaiki ‘report card’ kita ya…Jangan ada yang puasa tipu2 tau..kita sesama manusia tak Nampak tapi Allah maha mengetahui…

Mungkinkan bulan-bulan Ramadhan ni akan diisi dengan entry-entry makan2? Hmmm..kita tunggu dan lihat okay..hehehhe…