Allahuakbar..Maha Suci Allah..besar sungguh
dugaan-MU buat kami umat-MU kebelakangan ini. Rentetan dari peristiwa MH370,
peperangan kejam di Gaza, dugaan sakit buat sesetengah saudara sesama Islam dan
kini yang terbaru, pesawat MH17 yang dipercayai ditembak jatuh di ruang udara
Ukraine, wilayah yang kini bergolak
sejak beberapa bulan lalu akibat campur tangan Rusia dalam konflik politik di
negara tersebut. Tragedi ini
dikhabarkan telah mengorbankan kira-kira 298 orang (penumpang dan juga
anak kapal).
Allahuakbar, Maha Suci Allah…pelbagai ‘tanda-tanda’ kecil dihantar
kepada kami sebagai peringatan untuk kembali setia dan taat pada-MU Ya Allah…
Kala aku merasakan terlalu banyak hal-hal yang berlaku disekeliling aku,
membuatkan aku menjadi kadang-kadang takut sendiri, tentang bila pula kematian
bakal menjemput kita. Pada saat dan ketika itu, terasa diri serba kerdil.
Terasa segala ilmu dan amal masih belum padat dan kukuh untuk dibawa sebagai
bekalan. Justeru, hati kecil terfikir juga, mungkin ‘dugaan-dugaan’ yang Allah
berikan buat kita umat-NYA ini adalah untuk kita kembali betulkan cara dan
jalan hidup kita.
Sesungguhnya, Allah itu Maha Mendengar, Maha Mengasihi dan
Maha Mengetahui….
Allahuakbar..
Inna lillahi wa inna
ilaihi raaji’uun..
Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan
kepada Allah jualah kami kembali.
No comments:
Post a Comment
SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)