Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Monday, July 14, 2014

Resipi: Mi Kari Seafood Lazat Berlemak...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Apa khabar anda-anda semua? Harap masih segar hendaknya dalam menjalani ibadah puasa. Dalam suka-suka, jangan lupa setiap waktu untuk menitipkan doa buat saudara kita di Gaza...semoga terus berada dalam lindungan Allah, sesungguhnya hanya Allah yang Maha Mengetahui, baik buruk setiap ujian dan dugaan..Subhanallah...

Ok, hari ini aku cuti, maklumlah esok kan Hari Nuzul Quran, memandangkan ada lagi cuti-cuti kerja hujung minggu yang belum diguna, jomlah kita gunakan.

Jumaat lepas, terasa nak makan mi kari. Jadinya waktu rehat, ajak adik office si Nisa, untuk teman ke Mydin, belikan bahan-bahan memasak. Sabtu tu, tertunailah hajat memasak Mi Kari Seafood. Aku olah dari idea Kak Azie dalam Azie Kitchen.



Ni antara bahan-bahan yang aku gunakan.



Bahan-bahan yang anda semua tengok ini adalah ramuan utama seafood yang digunakan. So jom kita semak apa bahan-bahan yang lebih details:

Bahan-bahan:

500 gm isi kerang
500 gm udang
300 gm udang (buang kulit, dan asingkan kulitnya untuk direbus menjadi stok, isinya pula dicincang halus)
3 keping fishcake (dihiris nipis)
Sedikit kacang buncis (dihiris nipis secara menyerong)
Bebola ikan (saya masukkan sebungkus, dibelah dua setiap satunya)
2 pek kecil rempah kari
500 ml santan
1 liter air
2 biji russet potato (direbus dan dilecek sehingga hancur)
Asam Keping


Di bahagian atas ni, adalah hasil ubi yang telah direbus dan dilecek, manakala mangkuk di bawahnya pula adalah stok udang. Stok udang ni, buatnya mudah je. Rebuskan kulit dan kepala udang sehingga masak, kemudian kisarkan. Bila dah kisar, tapis untuk dapatkan airnya yang jernih macam di dalam gambar ni. Stok udang dan isi kentang lecek ni bagi menambahkan lagi lemak kuah mi kari dan juga kepekatannya.

Bahan untuk dikisar:

3 biji bawang besar
5 biji bawang putih
Sedikit daun kari
4 sudu besar pes cili
2 batang serai
1/2 inci halia

Bahan Untuk Menumis:

Sedikit Minyak
2 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
2 tangkai daun kari
2 batang serai (diketuk)

Bahan hiasan (garnishing):

2 keping tauhu (digoreng dan diasingkan sebelum dipotong mengikut saiz yang diinginkan)
Telur (direbus)
Limau Nipis
Tauge (dicelur di dalam air panas)
Daun bawang (dihiris nipis)
Bawang Goreng
Cili Padi Merah (dihiris nipis)

Mi kuning (dicelur terlebih dahulu dengan air panas)

Cara Membuatnya:

1. Tumiskan bahan yang dikisar bersama bahan lain untuk ditumis. Kacau sehingga naik bau dan kekuningan.
2. Masukkan rempah kari (yang telah dibancuh dengan air suam terlebih dahulu), ke dalam tumisan. Kacau seketika.
3. Kemudian, masukkan air, diikuti dengan stok udang dan isi udang.
4. Masukkan semua bahan-bahan lain seperti udang, kerang, fishcake dan fishball. Masukkan juga serai yang telah dititik bersama asam keping. Masukkan garam dan gula, mengikut citarasa.
5. Masukkan pula isi ubi kentang yang telah dilecek dan hirisan kacang buncis, kacau perlahan-lahan.
6. Setelah mendidih, masukkan santan dan biarkan mendidih seketika sebelum padamkan api.

Inilah hasilnya...


Selamat Memasak... ;-)

2 comments:

SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)