Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Tuesday, July 1, 2014

Tip Bantu Si Kecil Untuk Tinggalkan Pampers..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Waahhhhh..tak menahan tajuknya..dah macam Pakar Kanak-Kanak plak..heheheh..

Sebagai ubat pelega kepada 'kemarahan dan kesedihan' aku hari ni..jomlah kita update blog dan citer tentang my kakak..


 Yelah ibu-ibu sekalian...hari ni..aku nak share sikit pengalaman aku selama 5hari ni..untuk makluman you all sekalian, aku start bercuti dari khamis lepas..sebab utama 'percutian' ku ini adalah untuk cuba trained kakak to pampers free since bulan 10 ni, kakak akan genap 4 tahun. Tapi kalau menengok susuk tubuh kakak, memang ramai yang tak percaya kakak ni baru nak masuk 4 tahun..ramai ingat dia dah besar dah..dah 5,6 tahun...

Niat untuk ajar kakak tinggalkan pampers actually dah lama..tapi aku mengakulah aku sangat sibuk sampai kadang-kadang aku ambik mudah. To be honest, kalau dgn situasi aku yang kerjanya berkejar sana sini, memakaikan pampers pada anak, adalah sangat mudah. Leh je soh die 'melepaskan hajat' dulu sementara kita settlekan keja, then baru berkejar ke toilet. Tapi of coz..aku tak maulah dikatakan 'bad mum'..heheheh..so aku ambiklah cuti yang panjang dgn membulatkan azam dan iltizam..ewah! Sebabnya Opah tak smpai hati...sedih bile kenangkan cucu masih kecik..hehe..Incik Daus lagilah..ni masih di Langkawi..sebulan dah kot nyiapkan projek kat sana..balik pun sabtu ahad jelah... so as I always said..mehla 'SUPER MUM' ni yang ambik inisiatif..moga2 Incik Daus bagi 'bonus' hujung tahun ni...weeeehhhhuuuuu...hahahah!

So, Day 1, memang sgt mencabar..mau gaduh-gaduh gak dengan kakak..dahlah aku ni kemahiran memujuk dan memadu kasih kureeenggg skit...hahahha..yes, sebab aku stok 'keganasan rumahtangga' skit kecekalannya...hahahha! Tapi kalau mai angin tersentuh dan terharu, aku gak 'A' di situ...heheheh...

Ni antara tip yang aku cuba buat:

1. Puji kakak setiap hari dengan mengatakan yang kakak dah besar macam ibu..dan terangkan juga dalam perbualan santai betapa mudahnya untuk kita ke Toilet. Memandangkan kakak tengah minat sangat dengan 'Elsa' lately, so aku bagi contoh..." Kakak kan dah besar, bila kita dah besar macam Ibu, kita kena kencing dan 'yak' dalam toilet...barulah leh jadi orang besar yang 'CANTIK'..macam Elsa dalam Frozen tu..barulah ramai orang suka...kawan-kawan kakak, kan semua dah tak pakai pampers... At this point..kakak akan cakap.."Takdelah Ibu, ada je kawan kakak yang masih pakai pampers...kakak tak naklah ibu..kan kakak kecik lagi..." So ibu pun kenalah tarik nafas yang panjang dan dalam, dan katakan..ok..kalau kakak tak nak, takpe..kakak kan kecik lagi..jadi lepas ni tak perlulah ibu belikan kakak baju cantik-cantik..atau bawak kakak gi playground..kakak kan kecik lagi..kakak kena duduk rumahlah..." Dan kakak akan akhirnya.. 'Yelah ibu..kakak ikut cakap ibu..' sambil dahi kerut seribu...dan muka sehabis seposen dah..hahhaha...jadi tekniknya adalah mengenali kelemahan dan kekuatan anak itu sendiri..kita macam paksa, tapi janganlah paksa guna kekerasan..suara skit keras, itu pada aku takper...buat2lah skit eksen jegil bijik mata tu..tp itu end optionla ya...

2. Then aku ajak kakak pi shopping 'underwear'...hahahah..ya..I am doing it..untuk menarik minat dia menggantikan pampers dengan 'underwear'..gi lah bawak dia beli underwear Barbie and Minnie Mouse..sekali dia nak underwear Frozen jugak..hahhaa...fiiitaaaaammmm..mana ada anak oiiii..adegan pujuk memujuk lagi di situ...mujur kat shopping mall anak oii..kalau tak pitching ibu dah kalah dah dengan 'Let it goooooo!!!!"...hahahha!

3. Another hardest things with live without pampers ni pada kakak adalah dia sangat takut 'yak' mnggunakan toilet duduk tu..sebab dia takut jatuh di dalam lubang.....hahahha..so tiap kali bergelut tu..sure dia akan hilang focus nak 'yak' yang end up dia tak akan 'yak'...so aku tpaksa jugaklah pakaikan kejap pampers semata-mata untuk dia 'yak'..then oklah..kang tak bagi jugak, kesian plak. tak 'yak' langsung budak tu..haaa..lagi jenuh kan..so aku dok pujuk-pujuk jugak bab ni...ajar dia nak duduk dengan betul..buat permulaan, aku cakap, kakak leh peluk ibu..ibu kan sayang kakak..takkanlah ibu nak bagi kakak jatuh dalam lubang ni...kind of motivational words like that..mungkin sebab dari kecik mmg gitu cara aku bercakap dgn kakak..so kakak mudah terima ayat2 'orang besar' macam tu...hehehe...no pelat2, manja2..musyuk2..gitu...

4. So aku mulakan dengan langkah yang kecil..kita mulakan dengan bila kencing pergi toilet dulu..akhirnya aku berjaya pujuk kakak untuk gi school tak payah pakai pampers dan diikuti dengan bila tidur malam. Di sekolah, aku inform pada teacher kakak dan minta kerjasama. Alhamdulillah, dieorng mmg galakkan pun..so akan buat perbandingan sihat dengan memberikan contoh kengkawan sebaya yg dh berjaya tinggalkan pampers. Bila malam, aku suruh kakak gi toilet dulu, before masuk tidur. Dah masuk 3hari, kakak berjaya tak pakai pampers melainkan waktu dia nak 'yak'..Insya-Allah, aku akan terus mencuba..doakanlah aku ya...

So inilah antara perkongsian aku cammana aku tangani kakak dengan masalah tinggalkan pampers..kalau ibu-ibu lain ada pengalaman, lehlah share dgn aku jugak ye..

Till then..tatatititutu...

And other half of me..macam...waaaahhhh...serius ke kakak dah besar... *Sedih mcm nak nangis..cepat masa berlalu...*


Kakak time setahun setengah macam tu..


Ni dah pandai skit nak bergaya mcm org besar..at her 2 yrs..

 Haaaa..skrg tok sah katalah..ibu silang kaki...dia pun nak bgambor silang kaki..ibu teleng kepala..dia pun nak teleng jugak..hahahhaha...my baby.... always... ;-)


No comments:

Post a Comment

SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)