Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Monday, June 30, 2014

Resipi: Telur Bungkus Bersama Daging Cincang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Masak apa you all petang ni...??

Sure ramai yang berkobar-kobar nak memasak untuk insan-insan tersayang kan...

Aku masih lagi bercuti ni..cuti sampai esok..banyak benda nak buat..tu yang bercuti tu.. ;-)

Ok..untuk kengkawan yang sangat ku hargai...kata orang, sharing is caring.. jadi mehla ya kita share resipi makanan peberet ku ini.. Telur Bungkus...

Meh belanja mata nengok end product dia dulu kan... hehehhe...




Ok, sekarang bahan-bahan dia adalah...

Daging (direbus dan dincang halus..kalau nak pakai minced beef pun boleh)
Sedikit sayur campur
Sedikit sos cili
Sedikit sos tomato
Sedikit sos tiram
Sedikit garam 
5 tangkai cili padi
1 biji bawang besar
5 biji bawang putih
Sedikit halia
(cili padi, bawang besar, bawang putih dengan halia ni, ditumbuk halus..nak kisar pun boleh, ikut suka anda semua...)
Daun Limau Purut
3 biji telur


Ok, dah siap, sediakan bahan..mehla kita mulakan memasak..

Cara Membuat:

1. Panaskan minyak. Tumiskan bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan daging cincang dan kacau seketika.
3. Masukkan pula sayur campur tadi, diikuti dengan bahan perasa yang lain iaitu sos tomato, cili, sos tiram, dan sedikit garam.
4. Bila dah masak sebati semua, masukkanlah daun limau purut. Koyak nipis-nipis, ini nak bagi naik bau, supaya masakan tu harum mewangi...ewah!
5.  Bila inti ni dah masak, padamkanlah api.
6. Ok, nak membungkus dia memang tricky skit. Gunakan minyak sedikit. Then masukkan telur yang dah dipukul dengan sedikit garam.
7. Kuali tu makesure panas betul ya..then bila dah masuk telur, ratakan dengan melenggang kuali tu..hahaha..aku tak tau nak bagi instruction macam mana nak kasi jelas ni...kalau nak guna sudip pun boleh..biar melebar..senang nak bungkus nanti.
8. Dah siap buat bukaan telur tu, bolehlah masukkan bahan inti tadi. Kalau bukaan lebar telur tu besar dan tebal, lehla masukkan banyak skit intinya. Then lipatkan telur tu cepat...mcm lipatan sampul surat tu..jangan bagi telur tu masak abis..nanti susah nak melekat.
9. Sette lipat..ambik pinggan..tekup dulu bahagian belakang..dan angkatlah...taraaaa..hasilnya macam yang dibawah okay...

Dah siap, hiaslah ikut kreativiti masing-masing..kata nak pikat suami kan...hahahha...nantilah, kalau aku ada masa, dan Incik Daus ada umah, akan ku paksa dia ambik gambor  step by step proses membungkus ni ya...

Ok..selamat mencuba!

2 comments:

  1. Wahh..nampak sedap..nk cubalah..thanks ats perkongsian..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah...sila..sila...jangan xcuba..hehehhe

      Delete

SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)