Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Sunday, June 9, 2013

Erti Hubungan Kekeluargaan: Gajet vs Komunikasi...hmmm....

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Pagi tadi sebelum Incik Daus berangkat outstation, ye..di hari Ahad, ke Pulau Pangkor...ada lawatan stesyen dengan KPDNKK...so Incik Daus telah pun menunaikan permintaan si kecik, mau makan 'Mc D', set breakfast. Sebenarnya dia tersuka ngan box family set tu je..bukannya beria-ia nak makan pun.

Pada masa kami sampai, adalah sebelah kiri kami tu satu keluarga, berempat, mak bapaknya ngan dua orang anak. Anak sulung aku rasa dlm 7tahun, dan yang kedua dalam 3-4 tahun kot. Masa kami sampai semuanya dah sudah makan. Tapi masih setia kuku duduk kat meja makan tu. Dan keempat-empat mereka setia di tangan masing-masing pelbagai jenis gajet terkini. Kusyuk, dari mak hinggalah ke anak yang kecik tu. Senyap, sunyi, langsung tak berborak.

Aku terfikir, adakah ini gaya terkini 'keluarga millenia'? Kalau inilah gayanya, risau plak aku. Adakah kami juga akan menjadi keluarga sebegitu. Masa bersama tidak lagi diisi dengan gelak tawa, jerit pekik sebaliknya digantikan dengan sunyi sepi melayan gajet masing-masing. Hari-hari, aku percaya mesti dah sibuk kerja, cari duit. Bila weekend seharusnya masa untuk ibu bapa memberikan perhatian pada anak-anak.

Macam 'kakak' pun, selalu kalau nampak muka bapaknya, mesti mintak snotes, nak tengok upin ipinla, nak main gamela...bayangkan sekecik itu dah pandai demand nak semua tu. Tapi kalau dengan aku, amat jaranglah request macam tu ditunaikan. Pada aku, biarlah 'kakak; mewarna, main conteng-conteng, coloring dan sebagainya. Sesekali bawa kuar gi taman, jalan-jalan...asah vocab die...dan ambil masa untuk berbual antara satu sama lain.

Yes, we do need to be in line with technology..but in other hand, we still need COMMUNICATION as our main tool to maintain the relationship...aren't we?

AKU: Semoga peringatan ini menjadi peringatan buat diri aku sendiri jugak...Insya-Allah....

No comments:

Post a Comment

SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)