Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Saturday, June 1, 2013

Resipi: Bread Butter Pudding

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Allloooooowwwww....

Aku & Bread Butter Pudding, memanglah tak dapat nak dipisahkan...sangat suka okayyyyy..tapi percaya tak, aku tak pernah pun cuba buat sendiri..so last few weeks, terasa nak cuba..jenuhlah mencarik2 resipi yang difikirkan sesuai..so aku cedoklah basic resipi tu dari sini, www.bbc.co.uk dan aku olah jugak skit...so resipi finalnya adalah seperti berikut:

Bahan-Bahan:

12 keping roti (disapu mentega dan dipotong serong,segi tiga macam tu)
250 ml krim pekat (thickened cream)
1/2 cawan gula
3 biji telur
800 ml susu segar
Kismis
Chocolate Rice

Cara Membuat:

1. Satukan krim pekat dan susu segar, kacau di atas api. Biarkan mendidih, terus matikan api. Jangan biar didih lama sangat.
2. Selepas itu, pukul telur dengan gula. Pukul sampai sebati atau nampak gebu membuih.
3. Susun roti yang dah disapu marjerin tu ke dalam loyang, secara berselang-seli, antara roti dan taburan kismis serta chocolate rice. Kalau ada badam keping tu pun best jugak. Jangan lupa, sapukan keliling loyang dengan mentega atau marjerin.
4. Satukan krim dan susu segar bersama adunan gula dan telur. Kacau sikit.
5. Tuangkan adunan ke dalam loyang.
6. Bakar pada suhu 180C selama 40 minit.

Disusun2 cam bawah ni ek...


Inilah hasilnya....tarrrrrraaaaaaa...



Aku simbah pakai susu cair jer...hehehhe..sebab tak suka sangat nak makai dgn vanila sauce...ahaks!

Selamat Mencuba!

No comments:

Post a Comment

SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)