Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Tuesday, August 11, 2015

Kisah Syawal Erny.Firdaus.Saffiya 2015: Pekena roti canai best kat Mamu Roti Canai Terbang, Penaga, Penang.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Kita mulakan Hari Raya ketiga dengan tarrraaaaaaa….



Uishhh..lama rasenye tak pekena nescafe ni..ntah bila ada tin warna merah pun aku tak tahu..hehhee..nampak sangat kan lama sungguh tak membeli…

Then kami pergi pasar kat area Penaga. Seronok weiii..ikan-ikan segar. Banyak sungguh. Sampaikan rambang mata aku..hahaha..ya, ya, selain kasut dan handbag, aku sangatlah rambang mata menengok seafood yang segar bugar..tersangatlah tak boleh tahan u alls.. ;p and thank you so much to my dearest cousins, yang sanggup mencari cooler box Putih tu utk aku memborong ikan2 dan udang galah yg segar dan murah itu.. *tak sempat tangkap gambor hasil rembatan…sebab over excited..hehhehe*

Lepas selesai shopping, shopping tu..hahhaa..jomlah pekena teh ais jap..baik punya kedai, Mamu Penang Roti Canai Terbang. Katanya kedai ni sangat popular, pernah masuk Jalan-Jalan Cari Makan..sebab dieorang tebar roti melayang-layang katanye…

Ini kedainya…




Kedai ni dah buka dari awal pagi lagi. Masa kami sampai ni dah dekat 11a.m, roti pun dah nak habis..tinggal roti biasa saja. Ikut kata cousin aku, banyak jenis roti canai juga terjual di sini. Ada roti canai makan dengan aiskrim, dengan cheese…sardine, planta segala bagailah kan…

Tapi since banyak yang dah abis..kami sebulat suara memilih roti canai banjir…


Masa resize gambor ni pun terasa macam bestnya..terbayang-bayang..next time nak trylah makan dengan aiskrim..


Sedap! Memang sedap roti canai ni..gebu aje rotinya..gebu dan lembut..kuah dia pun sedap..hmmm..kalau pi Penang..kuah kari dia mestilah superb kan…


Inilah barisan kita…yang ikhlas makan roti canai..hahaha..ni la adik2 cousin aku, anak Makcik aku…


Si kakak macam biasa..roti kosong dengan teh O ais..tu..tu..tengok bapaknya..xtoleh kiri kanan dan..fokus makan..meraikan kejayaan turun 7kg dengan menambah kembali kalori..hahahha…xberbaloi sungguh! Takpelah..u comel dihati kami..hahahha!

Kedai makan ni turut menyajikan hidangan makan tengahari. Nampak lauknya macam menyentap sukma juga..Cuma perut masih kenyang sebab dah heavy breakfast tadi..dan mengenangkan nak berjalan jauh, nanti mengantuk lagi…

So pada yang teringin nak rasa roti canai sedap dengan ada aksi terbang lagi…bolehlah datang ke sini ek..

Mamu Penang Roti Canai Terbang
Jalan Penaga, 13100, Penaga, Pulau Pinang.
Tel: 019- 464 9667

·          




 Kakak with Tok Ma..ok..kami nak balik dah....bye...

4 comments:

  1. Terliur tengok roti canai banjir :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap sis..gebu aje rotinya... terliur plak rasa.. huhuhu..

      Delete

SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)