Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Monday, June 10, 2013

Tempat Menarik di Cameron Highlands: Cameron Butterfly & Insect Farm

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Ok, jom kita sambung kisah percutian kami di Cameron Highlands...hari kedua, kami bawak 'kakak' ke Taman Rama-Rama & Serangga ni yang terletak di laluan masuk ke EQ. Kiranya kalau dari laluan jalan besar, sebelum sampai ke simpang EQ dan Kea Farm, taman rama-rama ini terletak di sebelah kiri jalan.

So, inilah kaunter masuknya. Harga tiket adalah RM5 bagi dewasa dan RM 2 bagi kanak-kanak (umur 3-11 tahun).



Ok, hayatilah gambar cover album versi kakak and bapak...hehehhe..kemain lagi konon candid katenye...


Dari laluan masuk, kita akan tengok pelbagai spesis rama-rama dulu...so aku sajalah practise teknik ambik gambor guna samsung camera aku...hehehe..mase ni la pun nak explore..ye tak?







Ya, saudara-saudari, inilah di antara spesis rama-rama yang terdapat di dalam taman ini, sedang menghisap madu debunga...ahaks! *Perasan tengah buat stand upper macam dolu-dolu* ^___^


Okay, di mana ada ikan, di situlah kakak nak singgah...dan yang pasti, persinggahan tu mesti lama...ohhhhhhh!!!!!



Dan sementara tunggu kakak menjalankan sesi 'bual-bicara bersama ikan-ikan itu, mehla ibu ngan bapak kasik snap sekeping gambor posing romantis ala-hindustan berlatar-belakangkan bunga-bungaan..hehhehe...
awwww!!! *kedip-kedip mata sambil malu-malu* ahaks! Poyo!


Laluan seterusnya dalam taman ini, barulah kita akan melalui seksyen serangga-serangga...

Semua diletakkan dalam kotak-kotak kaca..



Pewitttt, kasik teknik skit..



Kakak menunjukkan wajah terpegun melihat pelbagai spesis serangga dan haiwan kecik kat dalam ni. Kenapa aku kata ada haiwan kecik, sebab macam gambor bawah ni..tak salah aku macam sangkar landak kecik gitu...so itu kan bukan kategori serangga..kan Janet kan? kan? Kan? heheheh...


Ya..sekali lagi kami tampilan gambar versi cover album yang bertajuk "Setengah hari di taman haiwan.." hahahha...harap-harap Incik Daus tak bacelah entry ni..kalau tak, mau die soh aku kuarkan caption ini secara diktatornye...muahahahah!


So kengkawan, marilah kita akhiri sesi lawatan ini dengan gambar wanita paling ayu di seantero Malaya...hahahha..ayat tak hengat...

Taraaaaaaaaa!!!!....


______


_______




_______





_________











Jangan marah aaaaaaaa......tatatititutu!!! ;p

No comments:

Post a Comment

SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)