Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Showing posts with label Muffin. Show all posts
Showing posts with label Muffin. Show all posts

Monday, October 3, 2016

Resipi: Vanilla Muffin dengan Kismis dan Coklat Cip yang sangat mudah dan sedap!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Salam Maal Hijrah buat anda semua….Semoga dipermudahkan kita untuk hijrah ke arah kebaikan dengan niat kerana Allah…Insya-Allah…

Apa projek u all hari ini? Kalau tak tahu nak buat apa, meh aku suggest, baking bersama anak-anak. Tapi memang kesabaran akan diujilah..hehehhe..especially untuk memastikan taka da sesiapa yang bermandikan tepung…hahahah!


Kakak lama dah asyik ajak aku baking. Cuma mood nak baking memang hilang ke mana tak tau lately. Maka jadinya, ada satu weekend tu bila kami hanya tinggal berdua…so jomlah baking. Kesian pula kakak bosan duduk rumah dan aku pula malas sungguh nak keluar. Incik Daus kena kerja pula minggu itu.

Aku guna resipi asas buat muffin yang sangat mudah, dari blog NINA MIRZA

Vanilla Muffin dengan Kismis dan Coklat Cip

Resipi Asal: http://ninamirza.com/




 Bahan A
1 biji telur
1/2 cawan minyak jagung
11/4 cawan susu segar
1 sudu kecil esen vanilla

Bahan B
2 cawan tepung gandum
3 sudu kecil baking powder
1 cawan gula
secubit garam

Bahan C
Kismis /Coklat Cip (Kalau resipi Nina, dia letak di atas sahaja. Aku pula sendukkan adunan sedikit, dan kemudian aku taburkan kismis/coklat cip. Aku sendukkan lagi adunan di atasnya, sebelum aku taburkan sekali lagi kismis/coklat cip). Aku buat separuh kismis dan separuh lagi coklat cip. Satu adunan boleh dapat dalam 12 biji muffin kesemuanya.

Cara-caranya:

Panaskan oven pada suhu 180c-190c


Ayak Bahan B dan satukan dalam mangkuk


Buatkan lubang di tengah-tengahnya

Dalam mangkuk yang lain, masukkan bahan A kacau rata. (masukkan telur pukul rata, masukkan esen vanilla pukul lagi, masukkan minyak pukul rata dan masukkan susu pukul lagi hingga kesemuanya rata dan sebati).

Lalu tuangkan Bahan A ditengah-tengah ludang mangkuk yang berisi tepung tadi
Kacau rata kaup balik TIDAK lebih 20kali guna senduk ajer (Adunan akan nampak berketul-ketul sedikit – tak mengapa)

Biarkan seketika adunan tadi lebih kurang 5minit. Kacau bulatan dalam 2kali.


Tuangkan adunan ke dalam muffin cup 3/4 muffin cup
Letakkan kismis kat atas & dalam muffin tadi. 


Bakar muffin selama 15-20 minit atau hingga kekuning-kuningan. (bergantung pada oven masing-masing).

Akhir sekali..tadddaaa....






 Muffin pada aku just nice, tak manis sangat, lembap dan gebu tekstur dia. Bila keesokkan harinya, lagi nampak sangat moist dan cantik permukaan dia. Tak ada rasa baking powder yang kuat. Muffin ini pada aku the best to eat the next day, pada akulah. Sangat puas hati...ni muka orang paling puas hati...


Alhamdulillah...siapa nak cuba...aku strongly sokong...hehehe



Monday, July 6, 2015

Resipi Ramadhan: Chocolate & Cappuccino Chips Muffin Mudah dan ringkas sangat...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Alhamdulillah..dah 19 hari kita berpuasa. Sekejap masa berlalu. Tahun ni xdapat dinafikan, ujian cuaca sangat mencabar dalam kita menunaikan ibadah berpuasa. Aku rasa lebih teringinkan air dari makanan..terasa masak pun tahun ni yang mudah dan ringkas je.
Last week, Alhamdulillah..dapat tunaikan permintaan kakak nak bake muffin..actually dia nak buat cup cakes…tp bolehlah ni..resipi muffin tapi kita letak dalam small cup ok..hehhehe..resipi mudah ni aku ambil dari Dapur Kak Azie.. AZIE KITCHEN

Inilah hasilnya….


Ini resipi yang aku olah sikit…

Chocolate & Cappuccino  Chips Muffin

Bahan bahan:

NOTA: Aku dapat lebih kurang 18 biji muffin gunakan cup kecik Hello Kitty macam dalam gambar ni...baki 4 ketul tu je aku guna cup muffin yang besar macam dalam gambar...

125 gm tepung gandum - ayak dg baking powder
7 gm baking powder
75 gm minyak masak
75 gm susu segar
75 gm gula castor
1 biji telur B
1/2 sudu teh vanilla
1 sudu besar serbuk koko (aku guna Van Houten)
½ cawan chocolate chips (dimasukkan ke dalam adunan)
Sedikit Cappuccino Chips (ditabur di atas muffin)

Cara cara:

1. Putar sebati minyak, susu, gula, telur dan vanilla.
2. Masukkan chocolate chips dan juga serbuk koko. Kacau sebati.
3. Kemudian, masukkan sedikit demi sedikit tepung dan kacau sebati dengan menggunakan spatula sehingga tidak bergentel.
4. Masukkan ke dalam paper cup sebanyak 3/4 penuh. Tabur cappuccino chips di atasnya.
5. Bakar pada suhu 160C selama 30 minit atau sehingga masak.