Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Showing posts with label Ramadhan 1436. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan 1436. Show all posts

Thursday, July 16, 2015

Kisah Cuti Raya...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Weeeehuhuhuhu...

Sure ramai yang  dh start cuti..ramai yang dh dlm perjalanan pulang ke kampung halaman masing-masing...eh..eh..ade yg dah tengah kacau dodol..bakar lemang..hehhehe..

Aku? Aku still gigih bekerja..uissshhh..aku sendiri pun xcaya yang aku gigih sangat ni..hahhaa..

Tapi oklah..at least dapat cuti raya..ada jugak antara kita yang bekerja apa di Hari Raya..dulu, aku pun pernah wei alami saat-saat kena kerja first day raya. Masa tu mula kerja..kerja pertama aku sebagai orang Bilik Berita...sebabkan junior, so aku kenalah beralah dan bekerja...uishhh, xtau nak kata perasaan tu macam mana...memang mengguris sanubari u alls..sedih..cumanya kalau kena kerja time raya ni, one thing yang seronok..banyak betul sponsor makanan..macam2 ada, penuh meja kat newsroom tu. Cover news plak mostly citer open house..makan lagi...datang kerja tetap melaram baju raya..dengan kengkawan semua..terubat jugaklah kerinduan pada family di kampung. Dan yang paling best, jalan lengang! Call time kul 7am, kul 7.30am gerak pun ape adehal, leh senyum girang gumbira..hahhaha..

Then bila aku move kerja buat majalah plak..senario berbeza..tiap tahun memang kompem..dapat cuti raya..CEO aku call off the production for one week..weeehhhuuuu!!! Tapi azabnya sebelum raya..memang kena buat stok advance, dua issue in advance ye utk edisi selepas raya. Emmm...sepanjang bulan Ramadhan memang gigih dok taip dan kumpul bahan stok story. Memang jalan masing2 pun laju aje..hahaha..those days...sambil keluar buat assignment, yang mostly kat hotel dan shopping mall..so sempatla merasa berbuka puasa di merata tempat. Sambil buat assignment, sempat gak jamu mata shopping or most of the time..terbeli sekali..hahaha..upppsss..itu bukan consider as 'mengulor' kan... hehhehe...

Then ini kerjaya aku yang ketiga...cuti yang memang official tu, selalunya dapatlah. Yang tambahan cuti tu...so far alhamdulillah..masih dapat...hehhehe..this year paling rileks je..sibuk2 manja je skit... cuma kadang susah plak nak match cuti dengan Incik Daus. Kerja dia plak kali ni yang suka berubah jadualnya. Macam last year..patut balik raya turn Incik Daus di Kedah..alih2 malam raya baru dia sampai walhal aku dh cuti awal dah ni. So bertabahlah yer...this year Alhamdulillah..tu dah ada kat rumah dah tu.. ;-) bagi chance aku jadi 'penunggu opice' this year..hahahha...tapi takpe, semua barang dah beli dah semalam, hari ni petang jap lagi je nak balik masak..half day hari ni...

Oklah..untuk semua kawan2 berblogging, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri..mohon maaf anda ada terkasar bahasa waktu menulis atau tergurau lebih waktu memberikan komen... ;-) Semoga persahabatan maya yang terjalin ini dapat dieratkan lagi di masa akan datang... ;-)

Ok u alls..raya bebaik..drive bebaik...jangan nakal2 okay....



Wednesday, July 15, 2015

Resipi: Masak Lemak Betik Muda untuk berbuka..yummy!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Weeehuuuu..dh nak cuti yer u alls..ahkak masih tegar bekerja....hahhahaa...

So meh temankan ahkak nak borak pasal ini...


Haaaa..kenal x buah ape ni kengkawan...???

Bagussss..betulll..buah betik...hehehhehe

Begitulah..buah betik ni bila tak nak, nampak banyak sangat jualannya di tepi2 jalan dan di pasar...

Tapi bila teringin nak makan..jenuh kembara nak mencari..inilah balasan, xjaga pokok betik belakang umah yang arwah abah tanam dulu...ohhhh sedihhh..rindu arwah Abah..Al-Fatihah....



Masak Lemak Betik Muda dengan Ikan bilis..itulah antara menu kegemaran arwah abah..dan aku pun jatuh cinta dengan menu ni. Semenjak arwah abah xda, memang jarang sangat masak menu ni..sedih terimbau kenangan... tapi kenangan tu la yang paling manis kan?

Jadinya weekend baru-baru ni, gigih ajak Incik Daus mencari buah betik ni..jenuh pusing..berminggu dah dok sebut teringin nak makan..so Incik Daus pun gigih temankan..Alhamdulillah, at last ada satu kedai tu terjumpa juga..mcm nak lompat bintang time tu...hehehhe...

Nak buat masak lemak ni, nak kena cari betik muda...baru sesuai nak dibuat masak lemak..macam mana rupa paras betik bila masih muda belia? Haaaa..sila rujuk gambar di atas...hehehhe...gambar bawah ni lepas dipotong...



Ok..so meh kita share ramuannya...

1 biji betik muda
Udang saiz besar (pakai ikan bilis pun boleh)
1 biji pati santan
1 biji bawang merah (dihiris nipis)
Sedikit garam dan gula sebagai perisa
Air secukupnya

Cara Membuat:

1. Bersihkan betik, buang biji dan potong serong.
2. Rebus betik seketika sehingga empuk. Kejap je..dalam 10 minit atau sampai nampak air mendidih.
3. Masukkan udang dan hirisan bawang.
4. Masukkan santan dan perisakan dengan garam gula.
5. Biar sehingga mendidih sekali lagi dan padamkan api.

Siap!!! Senang je kan...


Babai kengkawannnn..skit lagi nak raya..mari tingkatkan usaha kita...mengejar nikmat bulan Ramadhan..Insya-Allah...


Monday, July 6, 2015

Resipi Ramadhan: Chocolate & Cappuccino Chips Muffin Mudah dan ringkas sangat...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Alhamdulillah..dah 19 hari kita berpuasa. Sekejap masa berlalu. Tahun ni xdapat dinafikan, ujian cuaca sangat mencabar dalam kita menunaikan ibadah berpuasa. Aku rasa lebih teringinkan air dari makanan..terasa masak pun tahun ni yang mudah dan ringkas je.
Last week, Alhamdulillah..dapat tunaikan permintaan kakak nak bake muffin..actually dia nak buat cup cakes…tp bolehlah ni..resipi muffin tapi kita letak dalam small cup ok..hehhehe..resipi mudah ni aku ambil dari Dapur Kak Azie.. AZIE KITCHEN

Inilah hasilnya….


Ini resipi yang aku olah sikit…

Chocolate & Cappuccino  Chips Muffin

Bahan bahan:

NOTA: Aku dapat lebih kurang 18 biji muffin gunakan cup kecik Hello Kitty macam dalam gambar ni...baki 4 ketul tu je aku guna cup muffin yang besar macam dalam gambar...

125 gm tepung gandum - ayak dg baking powder
7 gm baking powder
75 gm minyak masak
75 gm susu segar
75 gm gula castor
1 biji telur B
1/2 sudu teh vanilla
1 sudu besar serbuk koko (aku guna Van Houten)
½ cawan chocolate chips (dimasukkan ke dalam adunan)
Sedikit Cappuccino Chips (ditabur di atas muffin)

Cara cara:

1. Putar sebati minyak, susu, gula, telur dan vanilla.
2. Masukkan chocolate chips dan juga serbuk koko. Kacau sebati.
3. Kemudian, masukkan sedikit demi sedikit tepung dan kacau sebati dengan menggunakan spatula sehingga tidak bergentel.
4. Masukkan ke dalam paper cup sebanyak 3/4 penuh. Tabur cappuccino chips di atasnya.
5. Bakar pada suhu 160C selama 30 minit atau sehingga masak.



Friday, July 3, 2015

Resipi: Sardine Roll yang mudah...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Weehhuuuu..kengkawan..ampun maaf diminta..bila bulan Ramadhan aje..memang bercambahlah entry berkaitan resipi kan..hehehhe..

So kali ni nak share menu iftar hari ke-12 yang lalu..Sardine Roll...

Bahan-bahan yang diperlukan..mudah je..

Bahan Inti:

1 tin sardin saiz besar (aku guna cap Ayam Brand)
1 biji bawang besar (dihiris nipis)
2 biji cili merah (dicincang halus)
1/2 cawan cili kering kisar bersama sedikit belacan (pakai cili boh pun buleh...)
Sedikit sos tiram.
Sedikit sos tomato
Sedikit sos cili

Bahan Kulit:

Beberapa keping roti (aku guna roti Gardenia, jenis honey wholemeal..)
Sedikit tepung gandum
Sedikit air
Telur Putih

Cara membuatnya:

1. Mulakan dengan memasak inti. Inti ni nak kena biarkan sejuk dulu sebelum kita roll kan dia. Baru senang.
2. Panaskan minyak. Tumiskan bawang dan cili merah.
3. Masukkan cili kisar, kacau seketika. Kemudian masukkan sos cili dan sos tomato.
4. Dalam mangkuk berasingan, isi sardin tadi hendaklah dihancurkan. Guna garfu pun boleh, silalah lenyek-lenyekkan ya...then masukkan ke dalam tumisan. Gaul sehingga sebati. Perisakan dengan sedikit sos tiram. Aku tak masukkan garam dah sebab sardin dalam tin pun dah naturally ada rasa masin dia kan. So ikut selera masing-masing. Dah sebati, tutup api dan biarkan inti ni sejuk.

Ni plak kaedah nak bagi mudah untuk roll..

1. Mula-mula...dengan menggunakan kayu uli tu..leperkan roti sampai jadi macam di bawah ni...


Kemudian, barulah masukkan inti...gulung dan lekapkan menggunakan campuran air dan tepung gandum. Bancuh dulu tau air dengan tepung gandum tadi sebelum mula menggulung. Kiranya benda tu jadi macam 'gam' lah.

Selesai semua..golekkan dalam pecahan telur putih..dan goreng di dalam api panas (deep-fried).

Tadaaaaa....siappp!


Selamat mencuba... ;-)

Thursday, July 2, 2015

Menu Ramadhan ke-12 bersama keluarga...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Ini kisah Ahad lalu, Ramadhan ke-12, sengaja ajak seisi family datang berbuka puasa kat rumah. As usual, aku memang suka panggil makan-makan..hehehhe...

Tapi bukanlah ramai sgt..siapa yang ada je..macam mak aku..mak Incik Daus..dengan kakak ipar aku...ni je yang sempat dimasak petang tu..bersilat sorang kat dapur..eh..eh..muffin tu bersilat dengan kakak..asyiklah mintak nak buat cupcakes..cupcakes..last2 ibu buatkan muffin choc chip...  ;-)

Inilah menu hari tu...sorrylah..rumah kami baru lagi..meja makan pun xsampai lagi..hahahha..so makan old style la ye..duduk bawah..lapik newspaper..ahaks!



Semua hasil masak sendiri..alhamdulillah..memang dah macam mak jemah dah aku..hahahha...bertungkus-lumus memasak tapi puas hati...alhamdulillah...

Dari atas tu, agar-agar milo, sardine roll (mak tolong roll kan sebab tu cantik suci..hehehhe..aku kasor..inti aku masak), lala masak pedas, sotong goreng kunyit dengan ikan goreng. Ikan tongkol tu asalnya nak buat sambal tapi apekan daya aku tak sempat..dah nak berbuka dah.... muffinc choc and cappucino chip...


Inilah gayanya pandangan dari atas...hahaha..sape geng macam aku kalau makan ramai2 makan bersila cam ni sambil lapik suratkhabar? Angkat tangan!!! ;p

Nampak x buah betik kat dalam gambar tu? Itu asalnya aku beli masih hijau, niat dihati nak buat masak lemak betik..aku beli sehari sebelum...patutnya ok sangatlah nak masak..tp time nak masak tu, tengok-tengok buahnya dah masak..jadi xdapatlah nak buat masak lemak..makan ajelah macam tu..tapi buahnya manis sangat..beli kat Pasar Tanjung...


Masing-masing kusyuk...


Si Amir suka betul makan betik...bertambah-tambah...

Ok..itu jelah..kisah yang pendek..keluarga yang 'comel' in size...errr...I mean..in quantity of the siblings..size here, literally not referring to the sizelah..hahhaha..apa aku merepek ni... 

Ok u alls...babai dulu... ;-) 

Wednesday, July 1, 2015

Resipi: Cucur Ikan Bilis dengan Cendawan Enoki yang rangup dan sedap!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Apa khabar u all sekalian? Masih tegak bertenaga atau ada yang dah tumpor tekup muka kat meja opice? hahhaha... aku tak taulah nape..terasa letih sgt this week. mcm seret aje badan ni. Agaknya banyak sgt benda nak buat dan kakak plak makin besar ni, jenuh sgt nak paksa tidur. Kalau tak jam tu kul 12tgh malam..hmmm..memang terpaksa tarik pitching tinggi berbaur ugutan barulah lekas-lekas lari naik atas. Ginilah nasib isteri yang selalu ditinggalkan.. *sob..sob..sapu ayaq mata....* ;p

Memasak memang antara hobi aku..selain suka menjamu orang makan...untung sapa nak jadi jiran, sila angkat tangan!! Kui..kui.. bagusnya, kadang2 memasak ni pun boleh buat kita jadi kreatif dan inovatif kan...huhuhuhu... *ayat kena up...hahah!*

Jadinya, fikir punya fikir..congak punya congak..jomlah try buat..CUCUR IKAN BILIS DAN CENDAWAN ENOKI

Haaaa..pangjang kan nama dia..resipi dia lagilah panjang..hahhaha..taklah gurau aje..aku buat simple je..meh share bahan-bahan dgn u alls..


Inilah bahan-bahannya: 

1 bungkus Cendawan Enoki (dipotong pendek-pendek)
1 batang Lobak Merah (dipotong dadu kecil-kecil)
2 biji bawang merah (dihiris nipis)
Ikan bilis (ditumbuk kasar)
Tepung Gandum (sukatan agak-agak tapi dalam anggaran 2 cawan)
1 gelas bancuhan air garam.
* 1 batang cili merah (lupa nak include dalam gambar, dihiris nipis halus)

Ok..meh tengok pula cara membuatnya..


Mulakan dengan masukkan bahan-bahan yang telah dipotong dan dihiris. Gaulkan sebati kesemua ramuan.

Kemudian baru masukkan tepung sedikit demi sedikit. Jangan masukkan air lagi. Gaulkan biar tepung tadi menyaluti kesemua bahan-bahan ini. Masukkan tepung sehingga kesemua bahan telah diselaputi tepung.

Kemudian, barulah masukkan air sedikit dan kacau. Ulangi proses ini sehinggalah adunan bersatu seperti di bawah...


Just nice macam tu aje..jangan terlalu cair okay...masukkan sedikit serbuk kunyit untuk bagi warnanya naik...

Kemudian, panaskan minyak..dan bolehlah mula menggoreng bila minyak dah panas.

Inilah hasilnya....


Ini cubaan pertama tau..tapi aku suka rasanya..Incik Daus pun suka..rasa dia sedap...macam kena je rasa cendawan enoki tu dengan ikan bilis. Bila kita gunting pendek-pendek cendawan enoki tu, tujuannya untuk memudahkan proses menggoreng dan of coz lah..memakannya... ;-)

Selamat mencuba ya... tatatititutu...!

Tuesday, June 30, 2015

Resipi: Kuih Cara peberetku selamanya...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Setiap kali Ramadhan...memang teruja sangat nak makan kuih-muih yang biasanya jarang sangat kita layan bila bulan biasa kan. Dan aku ni memang suka sangat cuba buat kuih-muih tradisional ni sebab macam terasa diri ini lebih klasik..errr..ke lebih tuo adanyer...? Ahaks!

Kuih Cara adalah di antara kuih kegemaran aku..yang juga telah menjadi di antara kuih kegemaran kakak... suka sangat perasaan bila gula dia 'pop' memecah di dalam mulut..macam best je..

Acuan lama ni..turun temurun..


Buat kuih ni sangat mudah tapi bila acuan dah panas..semua nak kena cepat...


Sedap sangat..nampak x gula mula meresap ke dalam kuih...

Sedap betul kuih 'Ninja Turtle' ni...weeehuuuu!!!! Ok, bagi sesiapa yang nak respinya...ni dia yer...

Bahan-bahan:

10 helai daun pandan (dikisar, kemudian tapis dan ambil patinya sahaja = 1 cawan pati pandan)
1 1/2  cawan pati santan
3 cawan tepung gandum
2 biji telur
Sedikit garam (untuk membangkitkan rasa lemak) 
sedikit pewarna hijau (dalam beberapa titik dahlah..)
Gula pasir (secukupnya, sebagai inti)

Cara membuat:

1. Masukkan pati pandan, pati santan, telur, sedikit garam, tepung gandum dan sedikit pewarna hijau. Kisarkan menggunakan blender. 
2. Selesai dikisar, tapis adunan berkenaan. 
3. Panaskan acuan kuih cara. Sebelum tu ambil sehelai daun pandan, ikat dengan getah dan gunting-gunting sedikit depan dia. Buat macam berus tu. Sebelum masukkan adunan, leh sapu marjerin sikit-sikit kat tapak acuan tu. Bagi senang nak keluarkan sedikit nanti. 
4. Masukkan adunan ke dalam acuan dan cepat2 masukkan gula anggaran 1/2 sudu kecil setiap satu lubang acuan tu. Tutup kejap guna tudung periuk. Dalam tak sampai pun 1 minit. 
5. Siap, sedia dihidang...mudah kan... ;-) 

Selamat mencuba...

Monday, June 29, 2015

Berbuka Puasa di The Chicken Rice Shop, apa yang best?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Apa khabar semua? Masih kekal bertenaga x ni? ;p

Hari ni nak sembang pasal berbuka puasa kat luar baru ni. Aku sebenarnya paling malas nak berbuka kat luar..rasa renyah. Cuma sesekali tu pergi jugaklah, selalunya dengan keluargalah. Dulu masa kerja lama, haaa..yang tu memang selalu terpaksa berbuka di luar. Kalau berbuka di rumah syok dapat masak dan makan dengan keluarga secara berjemaah..ya, aku ada hobi suka jamu orang makan..hehehhe...so jangan tanya kenapa suamiku semakin 'sado' hari demi hari..hahhaha..then aku bebel bila banyak baju dia tak muat pakai...hahaha..pompuan..memang typical kan...kan..kan... huuhuhu!

So ni kisah last Thursday..si Angah ajak berbuka kat The Chicken Rice Shop (TCRS). Aku masa tu macam..alamak...serabut nak kena harungi jammed ke Ipoh town tu...maklumler semenjak pindah Ipoh ni..manja skit..skit punya jammed pun nak stress...hahaha...cer masa kat Shah Alam dulu..kat KL dulu..hmmm..sendiri mau nangis... ;-)

Maka ngam 5.00p.m that day..aku pun gigih ni kuar secepat mungkin, dah bayang akan sampai sana lewat...sekali..hambekk..kul 5.30p.m dah sampai...aku mcm errrr..keajaiban sangat ni,,siap sampai2 dapat parking...



Alhamdulillah...dalam hati meloncat aje sebenarnya sebab dapatlah menjamu mata shopping..errr..jamu mata ke jamu nafsu shopping ni..hahhaha...

The Chicken Rice Shop kat Ipoh ni lokasi dia nun dalam bangunan Ipoh Parade ni..so memang tengah2 town..situlah jugak kalau ada segala parade sempena perayaan memang situlah..sebab depannya Dataran MBI...

Call si Angah..baru nak bertolak sebab tak lain xbukan...si kecik tu baru bangun tido... biaselah dia, asal kita plan nak jalan2..je sure dia akan tidur..nanti kejut, maunya berbabak-babak drama... ;-)


Ok..ini pandangan masa aku sampai..nampak kosong dan suci mulus je kan tempat ni..macam terasa syoknya nak pilih2 tempat...sekali...adik kat kaunter tu cakap..semua tu dah penuh..tinggal 3 tempat je kak..semua pun kat pintu..adeyyy..bior sunggu..takpelah..tepi pintu pun tepi pintulah..janji dpt berbuka puasa kan..

Apa yang best di TCRS sepanjang bulan Ramadhan ni? Seriously..semenjak balik Ipoh lama sunggu tak dtg TCRS. Ni kat Ipoh Parade ni baru bukak je..satu lagi kat Seri Iskandar.


Inilah highlight menu sepanjang bulan Ramadhan di sini...


Aku pilih Set C..senang, semua ada..kami pun memang berempat,,Incik Daus macam biasalah..out station lagi..ye..lagi..dan lagi lagi... *CRY*


Ok...tetamu VVIP kita dah sampai akhirnya...siap nak bertudung kakak petang tu...


Ok..tetap jugak dia paksa bubuh kerongsang semua tu..nak macam IBU katenye..ibu kan memang hantu pin..memang suka kumpul brooch..hehhehe..ni instant hijab..tp tetap nak gak pin..tapi dah berpin semua ni pun..tetap jugak huru-hara jadinya..mana tak, lasak..keja melompat aje si kakak...


Ni la pemandangan kesemua menu dalam set tu...


Nyonya Pai Tee..ni mmg peberet semua orang dlm family aku..dulu ade gaklah kerajinan membuatnya...sekarang..ermm..lama dah xbuat... mak cakap sos yang dekat TCRS Seri Iskandar lebih sedap..sini punya kureeenggg skit...


Rojak Buah...yang ni memang sedap..mewah..melimpah ruah ramuan dia...memang sedap.... kuah dia pun pekat secukup rasa...


Kengkawan..silalah bandingkan sendiri dengan gambar on the menu..ayam rendang yang realitinya macam 'bogel' sangat..xde coated kuah pun..ayam rendang ni kalau makan pada akulah kesedapannya bergantung pada kuah tu...memanglah gambar dengan hidangan sebenar berbeza..tapi janganlah bagi beza sangat kot...taste wise, ok, tapi kering..kalau kuah tu lebih skit, lebih moist and best!


Nampak tak tauhu kat belakang tu...itu memang peberet aku..sedap sangat..lemak2...ahkak suka!



Ok..set ni di datangkan dengan Air Soya Ceria..ceria benor..hahhaha..three layer soya la lebih kurang kaedahnya...si kakak tetiba buat hal..tak nak minum air ni sebab dia kata ni bukan soya..soya kan warna putih ibu? Adeyyyyy..sabor jelah..so orderlah soya biasa kat kakak...makan, kakak suka sangat fishball soup tu..makan kat dia sorang aje...


Bayangkanlah bila kejap2 nak kena berenti untuk betulkan tudung si kecik ni...dia xleh duduk diam, maintain..paling lama pun 5minit je...


Untuk sesiapa yang nak ke sini, ini alamat dia...

Ok geng..tatatititutu!

Wednesday, June 24, 2015

Resipi: Cucur Udang yang rangup dan lembut diganding bersama kuah kacang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Ni nak share menu iftar hari ke-3 baru ni..simple je..aku buat cucur udang, cicah dengan kuah kacang.



Cucur udang kali ni aku ikut cakap mak aku...rahsia nak bagi cucur udang lebih rangup dan lembut adalah bermula dari teknik pengadunan bahan. *Ok..aku dah sound like program masakan..hehhehe*.

Sebelum Junior Masterchef ni berkongsi tip..ewahhh..junior sangat ke aku ni..hahahha..ampunkanlah ye... meh dulu kita berkongsi resipi mudah ini...

Bahan-Bahan:

500 gm udang (aku potong kecil-kecil sebab aku beli udang size XL jugak, so bila potong, lebih senang nak buat cucur saiz kiut miut)
Tauge (aku beli kat pasar mintak 50sen)
Kucai (agak2 je supaya balance jumlahnya)
1 biji bawang besar (aku cincang halus)
Sedikit tepung
Sedikit serbuk kunyit
1 gelas air yang dibancuh dengan sedikit garam

Cara membuat:

Ni nampak skit sebab dah nak abis goreng... ;p
Bak aku kata tadi, teknik adunan ni yang berbeza skit. kalau dulu, aku buat cucur udang, aku akan bancuh tepung dulu dengan air bagai..then baru aku masukkan bahan-bahan lain seperti udang semua tu. So kali ni kita tukar skit...

1. Masukkan tauge, kucai, udang dan bawang. Gaulkan atau ramaskan menggunakan tangan. Tip: Of cozzzz sila cuci tangan bagi bersih dulu ye..hehehhe...
2. Lepas tu barulah taburkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan. Serbuk kunyit jangan dilupa, nanti tak kuning keemasan plak cucur itu...Gaulkan agak sebati.
3. Akhir sekali baru masukkan air. Sukatan tepung dan air ni bergantung kepada kuantiti bahan-bahan lain. Masukkan tepung dan air ni agak-agak sampai cukup untuk 'memegang' bahan-bahan ini untuk digoreng. Paham ke x ni..aku harap pahamler ye..
4. Panaskan minyak, then mulalah menggoreng. Hasilnya cucur udang lebih rangup dan tetap lembut walaupun dah sejuk.

NOTA: Ada juga yang tip nak bagi cucur udang lembut dan rangup..bila bancuh tu dieorang gunakan air panas. Aku sekadar berkongsi..pilihan di tangan anda..ewah!

Ni plak RESIPI KUAH KACANG... aku memang suka makan cucur udang dengan kuah kacang berbanding sos...


Bahan-bahan:

1 cawan kacang tanah kisar kasar (aku beli kat kedai bakery, jenis yang dah siap dikisar kasar tu...sebab aku tak berapa rajin nak goreng kacang, then buang kulit dia..dan baru leh kisar/tumbuk. Aku memang jenis suka makan kuah kacang yang dari kacang dikisar kasar sebab lebih rasa tekstur dia...pada akulah..so kalau suka tekstur halus..kisar halus je kacang2 ni ok..up to u)
1/2 cawan kacang tanah kisar halus (kacang yang sama  tapi yang ni aku kisarkan bagi lebih halus dari yang dibeli)
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan gula merah
1 mangkuk kecil air asam jawa (kalau guna asam keping pun boleh, masukkan dalam 3 keping dan tambahkan air)
Sedikit udang kering (kalau nak tambah daging pun boleh..tapi kena rebus daging tu dulu)
Sedikit minyak untuk menumis (kalau nak lebih terasa lemak, gunalah minyak mazola)
Sedikit garam sebagai penambah perisa

Bahan Untuk Dikisar:

1 mangkuk cili kering
10 biji bawang merah
4 biji bawang putih
2 batang serai
Sedikit lengkuas

Cara Membuatnya:

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang telah dikisar.
2. Gaul sebati sehingga naik bau atau bewarna kekuningan.
3. Masukkan udang kering diikuti dengan sedikit air, air asam jawa, gula, gula merah dan sedikit garam. Kacau dan biarkan sehingga mendidih. Kemudian perlahankan api. Tujuan perlahankan api sebelum masuk kacang tu sebab nak elak kuah kacang ni meletup-letup..nanti abis plak jari jemari u alss yang mulus itu okay.. ;-)
4. Masukkan kacang tanah yang telah dikisar td. Kacau dan biarkan masak seketika dengan api perlahan.
5. Padamkan api dan siap!


Ok..kengkawan..itu je sharing resipi simple dariku untukmu...

Tatatititutu..



Tuesday, June 23, 2015

Resipi: Bihun Goreng Taucu...ringkas dan mudah untuk berbuka puasa..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Yeayyyy..hari ni boleh share citer masak-memasak..ohhh tak sangka..kibas shawl skit...hehhehe...

Tahun ni, actually seperti tahun2 sebelumnya..bila tiba bulan Ramadhan aje..most of the time Incik Daus kena out station..sengaja kan...so hari Sabtu baru ni..iaitu puasa ke-3, barulah dapat sahur dan berbuka bersama2..jadi akak pun rajinlah memasak...takdelah masak apa sangat...just buat Bihun Goreng Taucu..


Meh aku share resipinya...bahan-bahannya mudah aje..aku pakai apa yang ada di rumah..

Saiz Hidangan: 5-6 orang makan

Bahan-bahan:

1 bungkus bihun

* 1 mangkuk kecil cili kering
* 20 batang cili padi
* 1 biji bawang besar
* 4 biji bawang putih
* 2 biji tomato
* Sedikit belacan
* 1/2 genggam udang kering

Bahan Menumis: 

1 biji bawang
2 biji bawang putih

Kesemua bahan yang bertanda (*) perlu dikisar. 

250 gm isi ayam cincang
Fish Cake (dihiris nipis)
Tauge & Kucai (kuantiti agak2 je yer..)
2 keping tauhu (digoreng, biarkan sejuk sebelum dihiris dan diasingkan)
2 sudu besar taucu (aku guna cap opah Nur)
Sedikit sos tomato, sos cili, kicap dan sos tiram sebagai penambah perisa.

2 biji telur dadar (digoreng sebiji demi sebiji, biarkan nipis untuk mudah dihiris dan ditabur di atas bihun).

Cara Membuat:

1. Tumiskan hirisan bawang dan bawang putih. Biarkan sehingga naik bau sebelum dimasukkan bahan yang dikisar. Kacau sehingga pecah minyak atau sehingga nampak ramuan seakan memekat. Masukkan 1 cawan air. (agak2 ye air tu)
2. Masukkan pula sos tomato, sos cili, kicap dan sos tiram.
3. Masukkan isi ayam. Biarkan masak seketika.
4. Masukkan taucu dan kacau perlahan. Kemudian, masukkan pula bihun, tauge dan ratakan. Biarkan sehingga sebati ramuan dan bihun sebelum masukkan kucai.
5. Dah masak, hidangkan dengan hirisan tauhu dan juga telur dadar.

Mudah je kan...selamat mencuba...



Monday, June 22, 2015

Majlis Tahlil Dan Kesyukuran...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Phewww...nampak gayanya bulan Ramadhan kali ni aku kagum dengan diri sendiri sebab belum sempat UP ape pun juadah masak memasak dekat blog yang tercinta ni kan..hehehe..sebab weekend baru ni, baru sempat nak menggodek memasak. Insya-Allah nanti aku share tapi masak biase2 ajelah..takdelah setanding hotel 5 bintang..awww!

Kali ni nak share entry bergambar paling banyak..hehhehe..bertabahlah ye..usah meloya..sebab nanti batal plak puasa tu.. kih..kih...

Alhamdulillah...5 hari sebelum menjelangnya Ramadhan, niat untuk buat Kenduri Tahlil dengan Doa Kesyukuran dapat juga dilaksanakan. Aku plan lama sangat..dari bulan Oktober 2014 tapi time tu xjadi sebab masalah kerja. Cancel semua..sedih sangat. Tangguh punya tangguh so we decide untuk buat sempena menyambut Ramadhan.


Inilah barisan AJK yang gigih menyiapkan barangan yang nak diberikan kepada jemputan kami yang terdiri dari anak-anak yang sentiasa dalam lindungan dan kasih sayang ALLAH.. jiran2 dan jemputan dari Masjid An-Nur Batu 8.




Gambar2 sekitar majlis memang tak sempat nak snap...hehehee..sibuk kata...

Above all, alhamdulillah..niat kami dipermudahkan dan walaupun waktu ni cuti sekolah..agak susah juga pada mulanya nak menjemput, sebab anak-anak ramai yang diberikan pelepasan balik ke kampung atau ke rumah saudara mara terdekat. Dengan izin Allah, last minute kami dapat confirmkan kehadiran anak-anak dari tiga buah rumah dari Ipoh, Simpang Pulai dan Manjoi.

Selesai majlis di siang hari..malamnya kami makan-makan bersama seluruh ahli keluarga, Ada sambutan harijadi semua, yang belated dengan advanced...family sebelah mak aku kecik aje...tak ramai..jumlah cousin pun boleh dikira..heheh..termasuk aku adalah dalam 10 orang...aku yang sulung..yang sulung tau..xmau sebut yang paling tua..muahahha!


Ni Kek sambutan untuk 'Geng Warga Emas'...wow..berkilau...hehehhe..kek chocolate Moist...


Ini plak kek untuk kami2 ni kategori 'Tetap Maintain Gojes and Ensemmm'..hahahhaha! Poyo! Kek ni namanye Red Velvet with Cream Cheese Frosting...


Ini plak kek untuk anak2 generasi pelapis...ye..aku baru ada dua orang je anak buah..save duit raya kan kalau berhari raya sebelah aku..kih..kih... termasuk anak aku..ni lah 3 kerat cousies generasi baru..Kek Rainbow...

Semua kek yang sedap dan gebu ini dari Ina... Bake O'Clock Homemade

Mekasih Ina...



Emcee memulakan majlis... si Angah..adik aku..yang kat tepi merenung macho tu Pak Teh aku...orang beruniform mmg pandangan matanya garang..hehehhee...


Si kakak tu bukan kategori warga emas tau...sengaja sibuk nak potong kek jugak..bagi chanceler kakak kat opah2..maktok2..dengan atok nak excited like muda muda u know...


Muka happy dapat potong kek masing2..Allah selamatkan kamu..Allah selamatkan kamu....

  
Ape lagi tu Maklong...? ;p




Acara suap menyuap..banyak Paparazzi nak snap picture ni...


Apelah yang Maklong aku buat lawak tu..mak long aku memang leh geng dgn Incik Daus..kejanya asyik buat lawak aje..xleh jumpa dua orang ni..sure naik pecah perut...



Ala..ala..comeyyy masing2..mengimbau kenangan bersuapan waktu kecik...




Ok..ke tepi2..now giliran kami plak...jenuh memberikan tunjuk ajar mengambil gambar..tutorial di malam hari...hehhehe..ok..not bad u alls... ;-)


Cer perhatikan kesemua gambar2 ini... 






Nampak tak...kaum2 Adam semuanya ambik gambar statik..hahaha..adeyyy..susah nak ajak Havoc..havoc..havoc ahhhh.. kami gak yang bukan setakat havoc..ketawa aje mampu meretakkan dinding2 yang ada...hahhaha...jenuh mak2 pesan..control skit gelak tu..malam ni..nanti jiran marah..hahhaa..baiklah mak... errrr..anak2 pun terkesima melihat tingkah laku ini...hehhehe...

Then kami buat adegan suapan kasih plak...awwwww...mari bersuapan bersama pasangan masing2...


Ni cousin aku Ah.. selepas aku..dialah yang kedua tua..hehhe...tetap nak jugak kan...bersama suaminya yang ramah tamah dan sporting..dengan Ayra Medina...


Hamboi..hamboi..main calit2 kek u alls...


Ni pasangan yang langsung tak reti nak romantik..sila suap kek ke mulut masing2..gitu kaedahnya..hahahha...malu ler konon...maapkanler rupa paras Incik Daus yang serabut dan letih itu..setibanya dari out station..telah ku kerah membuat kerja...hehhee..nanti i belanja u masak sambal kaw2 yer... ;p



Bella dengan Fendi....


Intan & Soul


Ni plak kategori anak2..nampak anak aku paling besar...gegurl tapi suka baju bola...aishhhh....sabor jelah..


Haaaaa...ni aksi paling rare..korang nak romantik sangat bersuap2 kan..Ayra berpisau terus...hehehhehe....rock!!!


Ok..muka kakak nak mintak bantuan..lepas potong kek nak kena buat apa..sebab dia kena tunjuk contoh..hehehhee...



Yummmyyyy..cucu sayang Opah katanya...


Burfday boy dapat gift,,,, suka ek...


Semua beratur tunggu hadiah masing2..maksu sponsor..hehehe..awatnya tuuu nak pejam..ngantuk kaaaaaa.....??? ngantuk dalam senyuman nampak... ahaks!


Boboy..sepupu paling kecik..sekecik orangnye...


Makcik...


Maklong


My Mak...


Ayra Medina


Anas yang tak sabor nak meninjau ape hadiahnya...


Kakak maintain dengan signature posenya..


eh..eh..ibu pun sama maintain dengan signature pose..kaki silang..kasik lentik utk ilusi langsing..hahahha...!


Anas masih kebal dengan naluri ingin tahunya...tetap nak selongkar apa isinya..hahaha..bagus..saintis ni esok besar... ;p


Atie dari Penang habaq mai...cousin aku jugak..masih single..eh..eh..tetibe..


 Diyana..pun cousin aku jugak..rajin bebudak ni..ringan tulang...


Nurul...antara yang paling kecik jugak..


Ucapan penutup...

Ni plak tragedi esok paginya time nak potong bawang nak masak nasi goreng utk bekpes semua..huhuhuhu..dalam gak lukanya..terkeluar isi..ni dah ok skit lepas sapu minyak gamat..terbuka lukanya..dengar mak kata kalau jumpa doktor sure kena jahit sebab luka dalam dan terbuka..terus mencanak larik cari minyak gamat.... sedihhhhhhhh....

Apapun..alhamdulillah..bersyukur sangat segala yang dirancang berjaya dilaksanakan..alhamdulillah majlis ini telah mengumpulkan semua keluarga kecil kami (kalau raya pun susah nak dapat semua ada tau..)..Alhamdulillah atas segala rezeki...

Al-Fatihah buat Allahyarham Abah tersayang... hanya doa dan ingatan tak pernah putus sempena Hari Bapa...

Al-Fatihah buat anak Ibu..permata hati ibu..Allahyarhamah Durratul Khaleeda..

Buat ahli keluargaku yang telah pergi..Al-Fatihah..

dan untuk semua umat Islam yang telah pergi...Al-Fatihah...