Aduilahhh kak senah oiii..ampunkanlah saya ni ha...sebab berkurun bertangguh baru sempat nak update blog ni semula..situasi kerja yang tak mengizinkan ya..baru abis audit ni haaa..fuhhh..lega, marilah tarik nafas kelegaan...
Jom aku sambung semula kisah Day 2 di Cameron Highlands. Short vacation je, tapi kisahnya nak tamat macam 'long vacation' je kan..
Hari kedua marilah kita mulakan dengan hirup udara segar sambil menikmati pemandangan dan keindahan alam nan menghijau yang boleh dilihat dari tempat penginapan kami ini. Kabus dingin buatkan pandangan terasa berbalam-balam, ditambah bayu yang sepoi-sepoi menampar pipi. *Ok, aku rindu nak menaip sebagai penulis..hehehe..so over skit gaya penulisannya..*
Cubalah lihat panorama berkabus kat belakang tu...amboi kakak, kemain lagi ya silang kaki....
Haaa..berilah peluang kepada kami plak nak bergambar ala-ala malu kucing kannn.. ;-)
Warna hitam memberikan inspirasi langsing...hahahha..caption melampaui batas...
Bagi chance jugaklah kepada Incik Daus..dia pun nak juga gambar persis model kan... ;p
Inilah pemandangan hotel kami dari hadapan. Hotel ini terletak betul-betul bersebelahan dengan Kea Farm, Brinchang.
Ceritanya, ini kan vacation last minute juga disebabkan kesibukan aku end of last year. Menggelabah cari apartment tapi semua dah fully booked tarikh kami nak pergi tu. Kami pergi time cuti Christmas. Cari punya cari, memang tak ada. Dekat EQ pun tak ada tarikh yang kami nak check in. So, kat sini saja yang ada dan itu pun apartment dah fully booked. Nak tak nak, bilik pun biliklah, ambikla dua unit.
Dalam hati berdoa, biarlah hotel ini kemas, bersih dan selesa. Iyalah, kalau dah semua hotel lain pun penuh, bila ini aje yang tinggal, macam suspenslah jugak kan..
Alhamdulillah, biliknya bersih dan selesa. Berlatarbelakangkan hijau muda dan pemandangan kebun sayur dan gunung brinchang yang menghijau...pada aku berbaloi dengan harga dia yang hanya RM 130 semalam. Bilik pun luas dan dilengkapi dengan kemudahan asas, macam tempat masak air, tuala, sabum mandi dan hot shower. TV mestilah ada juga. Yang tak ada satu aje, peti ais... ;-)
Ini view bilik mak dengan angah...ok, kemas dan berlatar warna hijau pucuk pisang
Ringkas aje, taklah ada apa2 yang special sangat..cuma aku puas hati sebab hotel ini bersih termasuklah bilik airnya di bawah ini...
Hotel ini ada basement parking...oklah, sebab dia kat laluan Kea Farm kan..so senang skit kalau nak shopping kat Kea Farm, tak perlu nak parking tepi jalan..sebab parking selalu penuh..
Bagi yang mana tau esok-esok nak ke Cameron, ini alamat hotel ni ya....kalau website dia.. http://keavalleyhotel.com.my/
Lot F-4, Kea Farm, 39100 Cameron Highlands, Pahang, Malaysia
Tel: 05-4961 268
Mobile: 019-2119081 (Ban Goh)
Fax: 05-4961 940
No comments:
Post a Comment
SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)