Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Tuesday, June 30, 2015

Resipi: Kuih Cara peberetku selamanya...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Setiap kali Ramadhan...memang teruja sangat nak makan kuih-muih yang biasanya jarang sangat kita layan bila bulan biasa kan. Dan aku ni memang suka sangat cuba buat kuih-muih tradisional ni sebab macam terasa diri ini lebih klasik..errr..ke lebih tuo adanyer...? Ahaks!

Kuih Cara adalah di antara kuih kegemaran aku..yang juga telah menjadi di antara kuih kegemaran kakak... suka sangat perasaan bila gula dia 'pop' memecah di dalam mulut..macam best je..

Acuan lama ni..turun temurun..


Buat kuih ni sangat mudah tapi bila acuan dah panas..semua nak kena cepat...


Sedap sangat..nampak x gula mula meresap ke dalam kuih...

Sedap betul kuih 'Ninja Turtle' ni...weeehuuuu!!!! Ok, bagi sesiapa yang nak respinya...ni dia yer...

Bahan-bahan:

10 helai daun pandan (dikisar, kemudian tapis dan ambil patinya sahaja = 1 cawan pati pandan)
1 1/2  cawan pati santan
3 cawan tepung gandum
2 biji telur
Sedikit garam (untuk membangkitkan rasa lemak) 
sedikit pewarna hijau (dalam beberapa titik dahlah..)
Gula pasir (secukupnya, sebagai inti)

Cara membuat:

1. Masukkan pati pandan, pati santan, telur, sedikit garam, tepung gandum dan sedikit pewarna hijau. Kisarkan menggunakan blender. 
2. Selesai dikisar, tapis adunan berkenaan. 
3. Panaskan acuan kuih cara. Sebelum tu ambil sehelai daun pandan, ikat dengan getah dan gunting-gunting sedikit depan dia. Buat macam berus tu. Sebelum masukkan adunan, leh sapu marjerin sikit-sikit kat tapak acuan tu. Bagi senang nak keluarkan sedikit nanti. 
4. Masukkan adunan ke dalam acuan dan cepat2 masukkan gula anggaran 1/2 sudu kecil setiap satu lubang acuan tu. Tutup kejap guna tudung periuk. Dalam tak sampai pun 1 minit. 
5. Siap, sedia dihidang...mudah kan... ;-) 

Selamat mencuba...

2 comments:

  1. Replies
    1. Anum..acuan lama ni..pinjam mak punya...mak plak menurun dari Opah... hehhehe...kalau sekarang xtau nak cari mana..ada gak tengok2 kat kedai barangan bakery tp belum jumpa..selalunya kedai2 lama yg jual barang2 mangkuk..acuan semua tu..untung nasib..jumpa.. ;-)

      Delete

SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)