Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Alhamdulillah..setelah penat lelah
membanting keringat *bukan main sangat mereka citer
ni..hahahah..* akhirnya siap juga berkongsi pengalaman
berjalan-jalan di JB. So dalam entry ni aku nak conclude semua lokasi percutian
menarik dan tempat makan yang sedap sepanjang kami berada di JB…senang nanti
kalau nak jadi rujukan di masa akan datang....
LOKASI MENARIK DI JOHOR
5. Cuti-Cuti Johor: Imaginasi gegurl di Sanrio Hello Kitty Town, Nusajaya Part 3... ;-)
6. Dinosour Water Theme Park, KSL Resort, JB.
PENGINAPAN DI JOHOR
1. Hotel Castello, Kulaijaya, Johor
2. KSL Hotel & Resort, Johor
TEMPAT MAKAN BEST DI JOHOR
1. Kacang Pool Haji, Balai Bomba Larkin
2. Restoran ZZ Sup Tulang
3. Nasi Briyani JDT, Restoran Abah Beriani
4. Murtabak Cheese Leleh @ Murtabak Majid No. 1
6. Dinosour Water Theme Park, KSL Resort, JB.
PENGINAPAN DI JOHOR
1. Hotel Castello, Kulaijaya, Johor
2. KSL Hotel & Resort, Johor
TEMPAT MAKAN BEST DI JOHOR
1. Kacang Pool Haji, Balai Bomba Larkin
2. Restoran ZZ Sup Tulang
3. Nasi Briyani JDT, Restoran Abah Beriani
4. Murtabak Cheese Leleh @ Murtabak Majid No. 1
Selain tu,
ni antara beberapa tip yang aku nak share jika anda ingin ke Legoland dan Hello
Kitty.
TIP KE LEGOLAND
1. Pakailah pakaian yang selesa
dan sebaiknya dari fabrik cotton atau light chiffon yang dialas lining dari
kain yang sejuk. Ini kerana kawasan Legoland ni sangat terbuka, dan panas.
Luas pun luas juga…
2. Kalau membawa anak kecil,
eloklah bawakan topi juga..jangan jadi macam aku..hehehe..nanti Atuk, Nenek,
Opah, Tok Wan plak yang nak kena belikan. ;p
3. Kasut, silalah pakai kasut yang
selesa. Tak perlu kot nak pakai heels atau yang bertumit..takut tumit patah
sebelum tamat sesi pusing2 di Legoland ini..hehehhe…
4. Bawalah bekalan air minuman
yang secukupnya. Waktu di Legoland, beg tak diperiksa. Aku tak sure adakah
keistimewaan itu pada yang beli tiket online sahaja atau sama rule applied pada
yang beli tiket secara walk-in. I believe, the same rule applied.
Tapi aku memang dah siap isi air masak dalam bekas air. Sedikit
biskut pun aku isi dalam Tupperware takut kakak atau mak lapar.
5. Jangan lupa juga bawa wet tissue…at least boleh buat lap muka
kalau panas sangat.
6. Untuk kakak, aku bawakan juga baju spare. Budak, main
nanti bukan setakat peluh, macam-macam lagilah. Bagi yang dewasa pun, silalah
bawa jugak sebab ada je kat dalam ni permainan berasaskan air. Tapi kalau musim
panas, sempat kot baju tu kering semula.. ;-)
7. Bagi yang membawa anak-anak sebaya anak aku iaitu di
antara umur 4-8 tahun, adalah disarankan memulakan perjalanan di dalam Legoland
itu dari sebelah kanan. Lebih banyak permainan yang bersesuaian dengan usia
ini. Kalau start dari sebelah kiri, banyak permainan yang adventure skit. Takut
xsempat nak pusing, so kena plan objektif. ;p
8. Kalau plan nak masuk Legoland untuk satu hari sahaja,
silalah masuk lebih awal. Kalau boleh bukak2 je u all masuklah..atau at least
before noon. Tempat ni besar, nanti sedih plak tak abis
pusing..huhuhuhu...maksud aku pusing tu, adalah pusing dan main. Kalau korang
semata nak 'walkhaton'' aje..cukuplah masa tu..heheheh...
9. Buat pengetahuan semua, air dalam ni semuanya bermula
dengan harga RM5. So, preparelah apa yang patut...hehehehe...
10. Kalau ada yang plan nak main permainan melibatkan air
dalam ni..selain baju spare, kalau nak bawak jenis baju hujan tu pun
boleh...semua ni penting bila hati melonjak mau main..hehehe...
TIP KE HELLO KITTY
1. Kat
sini sebelum masuk, memang dia akan check beg. Semua benda makan dan minum
xboleh bawa. Pengecualian kalau air tu u all letak dalam botol air..alaa..botol
air macam anak bawak pi sekolah tu… ;-)
2. Hello
Kitty Town ni, dia berkonsep indoor. Jadinya kat sini boleh la pakai melaram
skit..hahaha..tapi casual melaramlah..jangan plak berlabuci lip lap lip
lap..sat gi sangkut kat buaian mainan..haaaa..jadi bahan berita muka depan plak
kan… kih..kih…
3. Hello
Kitty ni 3 tingkat aje..ada Hello Kitty, Thomas n Friends dengan Bob The
Builder..aku suggest ambiklah tiket all park in. Sebab kalau x…jadi agak bosan
sikit.
4. Hello
Kitty Town ni, aku rasa lebih disarankan untuk ada anak-anak yang berusia 10 tahun
ke bawah..sebab kalau dah belasan tahun pada aku agak xmencabar. Mainan dia
mostly girlish (untuk Hello Kitty) dan banyak bersifat show. Selain itu, dia
banyak konsep mainan yang jenis ‘Playland’ dan sesuai untuk anak-anak kecik
sebab banyak show2 menarik. Budak-budak setahun dua umurnya tu..kan suka tengok
karaktor kartun..dieorang menari…menyanyi..so sangat sesuai untuk stimulate
mind function…
5. Kat
sini kalau tempat makan, sama ada Hello Kitty Café dekat kaunter pendaftaran
atau atas sekali..yang atas sekali ni konsep food court. Harga dia, xsure sebab
kami xmakan situ. Tapi kat area luar pun ada tempat makan lain macam DC Café dan
Lat’s Café.
6. Surau
dia dekat bahagian luar, dan sangatlah kecik. Ini antara kelemahan Hello Kitty
Town ni berbanding Legoland. Surau dia kat sini kalau satu2 masa solat,
bolehlah kot sekadar muatkan 3 orang. Pengudaraan pun xda..so lembap air tu
buatkan ada bau-bau sikitlah…
Ok..itu
sajalah serba sedikit info yang aku leh share sebagai panduan kengkawan atau
sesiapa yang nak meneroka negeri Johor ni nanti...
Mekasih sudi baca..tatatititutu...
bestnya jalan2
ReplyDeletebagus entry ni...
ReplyDeletennt kalau nak terjah legoland boleh rujuk sini..
tq my dear!
bestnya jenjalan...
ReplyDeleteAnum & Adda: Alhamdulillah..merasa jugak akhirnya ke Jay Bee ini..
ReplyDeleteWahida: Most welcome... ;-) sharing is caring...
ReplyDelete