Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…
Temerloh, Pahang. Aku tak pernah terfikir pun yang suatu hari aku
akan singgah di sini dan jalan-jalan. Boleh dikatakan destinasi di pantai timur
adalah destinasi yang jarang2 aku kunjungi. Bukan sebab tak suka tapi sebab
jauh sangatlah haaaaiiiiiii….tapi kalau ada kesempatan apa salahnya…
1 May 2015, here I am in Temerloh Pahang for my BIL wedd’s.
Highway Karak time ni toksah katalah, memang jammed sesangat,
sampai kakak soh ambik roti dan sapu..hahhaha..hammbeeekkkk, inilah bahananya
bila bapaknye suka loyar buruk.
Dah lama tak lalu highway Karak ni, kali terakhir 2012 masa
bercuti di Kemaman dan Kijal.
Sehari selepas wedding yang berlangsung di Chenoh, Temerloh,
Pahang, kami pun gedik2..errr..aku ler tuu yang gedikkksss…hehehhe..merayu-rayu
Mr. Google mencari destinasi jalan-jalan di Temerloh ni. Dah alang-alang ke
sini, jomlah kita explore.
Survey punye survey..ok..jumpa beberapa tempat. Tapi untuk kali ni
kita ke sini dulu…
Yes,
Kuala Gandah Elephant Sanctuary. Tak pernah hayat aku tahu akan kewujudan
tempat pemuliharaan habitat gajah ini.
Nak jugak feeling muda-mudi yang suka ‘selfie’ dalam kereta…yang
memandu, sila teruskan pemanduan..biar yang duduk sebelah aje feeling2 comel… ;p
So marilah kita meneroka Kuala Gandah ini…feeling baca sambil
imaginasi macam pi tengok gajah kat Krabi okay..hehhee…
Tempat ni, memang tersangatlah jauh…
Sila keluar exit Lanchang ya kengkawan jika nak ke Kuala Gandah
ni..lepas tu pandai2 baca signboard. Signboard memang banyak sebab bila dah
sampai ke dalam kawasan ini, line telefon adalah di tahap zero yer…iyalah, nama
pun pusat konservasi gajah..takkan dia nak buat dekat tengah pecan kan..on the
other notes, bagus jugak..dapat menikmati keindahan alam ciptaan
Allah..subhanallah..
Apabila sampai, terus ke lobi utama untuk mendaftar bagi
mendapatkan tiket. Tiada bayaran dikenakan, hanya anda dialu-alukan untuk
memberikan sumbangan seikhlas hati demi kemajuan tempat ini.
Di sini, kami kena isi indemnity form sebagai tujuan pendaftaran.
Bagi yang tak tahu, indemnity form ini juga adalah borang perakuan di mana jika
berlaku sebarang kecelakaan, pihak pengurusan pusat ini tidak akan
bertanggungjawab. Isi jelah, Insya-Allah…takde apa yang berlaku..kita doa yang
bebaik saja.
Lepas register…kita akan diberikan sticker
ini..ya..mempersembahkan model tiket kite…Cik Saffiya Arissa..hehehe
Dapat sticker ni pandai2lah ek tampal..sebelum berpeluh2, meh
ambik gambor standard keluarga dulu..huhuhuhu…
Let’s go…kakak tak abis-abis pesan.. “Opah dengan ibu jangan nak naik
gajah tau..nanti tenggelam dalam air, haaaa..siapa nak jaga kakak…? “
hahhaa..baiklah tuan puteri pucuk ketapang… ;-)
Kuala Gandah Elephant Sanctuary ni bukanlah tempat yang beria-ia
banyak sangat aktiviti. Aktiviti yang kita betul boleh buat adalah:
- Beri Makan Gajah
- Tengok show
- Mandikan Gajah
Ya, itu saja. Tapi untuk memperkenalkan anak-anak dengan alam
semulajadi..sangat bagus. Ada mini herba park juga kat dalam ni. Dan aku tengok
ramai jugak yang datang berkelah secara berjemaah. Tourist yang datang, ada
juga yang mandi dengan selambanya dekat sungai berhampiran.
Ok, meh kita fokus pada aktiviti berkenalan dengan gajah…
Ber'wefie' bersama dengan geng 'Golden Angels'...hehehhe...
Ni adalah
kawasan anak-anak gajah yang seawal usia 7bulan-6tahun. Kalau nak bagi makan,
belilah tebu seikat RM 3 dekat area sini dan boleh bagi makan anak-anak gajah
ni…
Incik Daus: Selamat berkenalan Mr Carrie Junior.. ahaks!
Aku: Waaaahhhh gumbiranya..baby elephant
ni sukakan I…I is so teruja.. *bukan main sengih lagi*
Memberi makan hasil tebu yang dibeli..mula2 gayat
jugak..lama2 macam syok plak.. hehhee….
Si kakak takut plak dia dengan gajah..tak naknye dekat…
Info menarik..yang aku pun baru tau..huhuhuhu…
Sebab tu suka bawa kakak tempat2 macam ni..so we may
be able to introduce to her the animals..habitat dia..dan bercerita pada dia… secara
tak langsung dapat improve vocab anak kita juga. Kakak di usia 4tahun, memang Alhamdulillah..most
of the words, dia cakap full..bulat aje bunyinya..tak ada pelat2… dan
perkembangan terkini..she started to form a sentence..kadang2 terasa macam
bercakap dalam siri ilmiah atau drama alih Bahasa plak..hahaha..sebab dia akan
cakap ayat penuh yang tertib..hehehe..so bagus gak, lehlah ibu yang huru-hara
ni pun jadi sopan dan penuh sistematik… huhuhu..
Selain kemahiran Bahasa, kakak pun sedang dalam usaha
mempelajari teknik ber’selfie’ menggunakan monopod…errrkkkk..subjek itu ibu
yang ajar..huhuhu…
Incik Daus teruja betul dengan poster ‘Siapa Saya’
ni..yer..yer..kami tahu..looks alike, ahaks! Larrrriiiikkkk…nanti raya kita
mintak ampun cium lutut okayyy…
Then kami get ready untuk persembahan gajah pada jam
2.00 p.m. Mulanya kami tengok jadual show dalam web dia..rupanya jadual tu dah
xapplicable. Sekarang ni show time hanya ada dua kali sahaja iaitu 10.30 a.m
dan 2.00 p.m. Pada pendapat aku, silalah update supaya tak buat pengunjung yang
datang dari jauh frust.
Si kakak telah diberi pengiktirafan duduk kat ‘grand
stand’..hahhaha…
Dia free stand, xde seating2..so yang bawa warga emas
tu agak kesian jugaklah.
Gajah-gajah ni selepas show yang pertama pagi tadi,
penjaganya bawa masuk kembali ke dalam hutan atau habitat asal. Ini penting
bagi mengelakkan gajah tu jadi ‘moody’ dan sebagainya. So bertabahlah tunggu ya…
Selepas gajah di bawa masuk..mereka akan diperkenalkan
kepada semua pengunjung, ada nama masing2 ni..ini adalah gajah2 dewasa…
Then mereka di bawa mandi-manda. Masa ni pengunjung
tak boleh joint lagi..nanti bila dah last nanti baru pengunjung diberi peluang
mandikan gajah…masuklah yak e sungai untuk mandikannya..jangan lupa bawak sabun
Carrie Junior..eh..eh..tetiba..ahaks!
Si kakak nak tengok jugak..terpaksalah bapak
mengendongnya begini..hihihi…
Memang agak berlari jugaklah sebab org semua serbu…mak
pun sama larik..hahhaha..berkat minum susu katenye..ahaks!
Kakak masih meneruskan keterujaan bermain dengan
monopod…
Dan ibu sibuk gak nak joint sama..heheheh…
Ni sesi bagi makan gajah. Kali ni dieorang bagi buah
betik. Buah tu diletak di area pengunjung, so sesapa nak bagi makan silakan…
Seperti biasa, semua orang takut..kakak siap lari
menyorok belakang Opah..
Maka jadinya…bapaklah yang terpaksa ke
depan..hmmlahaaiii…
Ramai kan manusia? ;-)
Last sekali mehlah berposing sebelum balik….
Masa nak balik ni, masih ramai yang berpusu-pusu
datang. Jalannya kecik, so kena jadi pemandu yang cekaplah ye..dan juga
bertolak-ansur…
Ok, bagi anda yang nak datang ke sini..ni alamat penuhnya..
National Elephant Conservation Centre
Address :
Department of Wildlife and National Parks, Kuala Gandah, 28500 Lanchang, Pahang Darul Makmur.
Phone: +609 - 2790 391
Fax : +609- 279 0398
Address :
Department of Wildlife and National Parks, Kuala Gandah, 28500 Lanchang, Pahang Darul Makmur.
Phone: +609 - 2790 391
Fax : +609- 279 0398
No comments:
Post a Comment
SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)