Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Tuesday, April 14, 2015

Cuti-Cuti Johor: Penginapan selesa di Hotel Castello, Kulai Jaya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera….

Setelah penat lelah dan letih bermain, first night di Johor, kami stay di sini.




Actually aku plan nak stay di KSL Resort Hotel Johor untuk 4hari 3 malam kami di Johor. Malangnya, hotel tu penuh. Kebetulan hari kami ke sana ni pun di waktu semua rakyat Johor tengan busy untuk persediaan sambutan Hari Kemahkotaan DYMM Sultan Ibrahim, Sultan Johor. 

Alhamdulillah, kami tak terkandas dalam jammed untuk raptai, Cuma hotellah payah sikit. Aku book KSL tu, 3 minggu sebelum nak pergi dan jawapannya penuh, hanya available pada dua hari terakhir. So oklah…aku book juga sebab memang niat nak bawak kakak masuk pool Dinosaur tu.

Castello Hotel ni merupakan di antara hotel bajet yang terletak di kawasan Kulai Jaya, Johor. Hotel ni actually pak cik teksi yang bawak aku masa trip ke JPO tu yang cadangkan. Ini entry tu….Dari Ipoh ke JB, dengan Firefly..semata-mata nak ke JPO..

Alhamdulillah, thank you so muchlah pakcik teksi! Hotel ni sangat best dan selesa. Sebab apa aku kata best, sebab dia dekat dengan deretan kedai. Kat bawah hotel ni ada kedai makan Young Arif, ada pelbagai jenis menu termasuk Nasi Lemak Berempah. Kat deretan kedai berhadapan hotel ni pun ada kedai runcit, stesyen minyak dan juga farmasi. Yang best lagi hotel ni memang satu jalan dengan AEON Kulai Jaya, berhadapan jugaklah sebab kedudukannya yang terletak di lampu isyarat simpang empat. Jadinya tak perlu risau, semua kemudahan serba dekat. Paling best lagi, kalau nak ke JPO dari hotel ni, adalah dalam 10 minit macam tu. Dekat kan?


Meh kita tengok interior dalam dia..clean and sleek. Ruang lobi yang luas juga, siap ada vendor machine yang jual maggi segala…penting tu kalau kelaparan di malam hari…hehehhe.




Satu part yang aku sangat suka adalah walaupun hotel ni adalah hotel bajet yang 3 ke 4 tingkat je macam tu..tapi hotel ni ada menyediakan kemudahan lif. Sangat sesuai bagi yang bawa budak dan warga emas macam aku ni. Lagi satu ciri keselamatan dia pun aku suka. Guest akan diberi kad bilik, so kena swipe pada lif untuk naik bilik macam hotel2 mahal tu. Dan selepas jam 9 malam, pintu lobi utama akan ditutup secara automatik. Hanya guest yang ada kad sahaja boleh masuk ke dalam hotel. Pak Guard pun ada depan pintu hotel ni untuk monitor kereta yang kita parking. So waktu check-in, diaorang akan mintak nombor kereta siap-siap. Pada aku, way much better from the other budget hotel kan…

Meh aku bawak anda semua melihat suasana biliknya pula…


Bilik mak dengan angah..aku ambik jenis bilik Executive Room dengan harga RM 149 semalam. Bilik ni ada mini fridge dengan ada tingkap. Kalau bilik biasa (jenis tanpa tingkap dan fridge), dalam anggaran RM 119- RM 129.

Ni plak bilik kami seisi keluarga...ewah! Family Room. Harga sama RM 149, ada mini fridge juga tapi taka da tingkap. Ya, family room dia tak ada tingkap.

Tapi secara keseluruhan biliknya sangat selesa dan mempunyai space yang cukup untuk solat. Tak adalah ngam-ngam kan.





Si kakak dah siap-siap melompat naik atas katil..sabor je la..memang kalau stay hotel, hobinya main lompat-lompat atas katil ni..



Ini antara kemudahan yang disediakan dalam bilik. Ada kettle nak masak air..hmmm..ada Ipoh White Coffee u alls, here in Johor Bharu..weeewiiii!!




Satu lagi acara wajib aku bila stay mat mana sekali pun adalah check toilet..hahhaa..


Ok, toilet dia selesa. Semua toiletries pun disediakan..maksud aku semuala, sampai ke berus gigi... ;-)


Satu lagi yang aku suka, di setiap tingkat ada disediakan tempat air tu, alaaa..ape ntah nama dia..tapi yang ada air panas dan air sejuk tu…so bolehlah nak tapau air masak berbotol-botol..senang…hehhehe…Cuma iron dia kat luar..tapi di setiap tingkat pun ada. Dia letak dekat area lif so senang.
Kemudahan yang lain, free wifi..laju jugak. Password dia dh letak siap-siap dekat receptionist area. Phone dalam bilik pun ada, so leh call antara bilik.



Si kakak dah siap sedia nak tidur..lena ditemani hadiah kemenangan di Legoland, hehehe....


Kena tidur awal, esok another long day to go..mahu ke Hello Kitty Town plak...hmmm, jalan sakan katekan...

So pada anda-anda yang kalau ke Johor, mencari penginapan yang dalam range bajet..boleh sangatlah stay di Hotel Castello ni...

Jarak perjalanan nak ke Legoland atau Hello Kitty Town pun dalam anggaran 30 minit je dari hotel ni. Begitu juga kalau nak masuk town atau ke area Larkin…jarak masa dalam 30 minit.

Ni aku bagi alamat dan lokasi pemetaannya…lain-lain, silalah guna Waze ke..GPS ke..heheh..zaman dah maju okay…



Jumpa lagi di entry lepas ni..kami pi pekena Kacang Pool u alls…orang kata isilah perut dulu barulah best nak berjimba-jimba!

2 comments:

  1. uuuuuish dengan harga tu dapat bilik besar cemtu best gilaaa.. cantik plak tu.. mmg okay sangatlah.. selesa pun yaa nampak tu..

    ReplyDelete
  2. Siti: Betullll..sangat berbaloi...kedai makan dekat..semua kemudahan pun dekat..kira ok sangatlah...

    ReplyDelete

SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)