Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Thursday, May 14, 2015

Promoter..oohhhh lah promoter!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Pernah tau u all masuk ke kedai or butik and keluar immediately after let say few seconds? Itulah yang selalu berlaku bila adanya sales person atau promoter yang tengah menggila nak promote barang. And it just happened to me few days ago. No offend okay..aku tak pernah pandang rendah pada apa sekali pun kerjaya di muka bumi ini tapi kadang-kadang tu..please..dear my sales friends, janganlah terlampau ‘memaksa’. Stress weyyyhhhhh…

Last few days, aku masuk ke satu butik penjagaan diri/kesihatan ni. Aku memang nak cepat time ni, dalam kepala dah tau dah apa nak ambik dan di mana lane barangan tu. Kebetulan kakak kan tengah tak sihat..so u know what I mean..kiranya waktu macam ni, aku lebih utamakan masa dan sebabkan rushing, my mood is definitely not for PR-things!


So kisahnya ada sorang promoter ni..berusia jugaklah..sibuk kacau aku pilih barang. Sibuk nak suruh aku ambik barang yang dia promote. I said nicely to her, takpelah cik, saya nak pilih yang ini..sambil aku senyum pada dia. Taaaappppiuii..ohhh, mak cik..kenapalah kau tidak pergi2 jua dari sisiku…aku nak baca label ni…adeyyyy! Terus-terus jugak bercakap tanpa henti siap bagi contoh yang tak elok pada aku yang amat berkaitan dengan diri aku..as konon kesanlah sebab aku pakai apa yang aku pakai tu..so saranan dia, bertukarlah kepada barangan dia…ohhhhhh okaaayy..at this point, aku memang dah hilang sabar…aku terus letak barang dan blahhh membawa diri keluar…

Aku rasalah kan, pada butik/kedai yang agak establish jugak macam kedai yang aku masuk ni..patutnya bagilah jugak sedikit guideline pada promoter yang nak promote barang ni. Memang betul, promoter ni ada target sales. Cuma haruslah sesuai dan kena pada situasi. Kena pandai juga tengok keadaan dan air muka pelanggan tu. Kalau dah nampak muka yang serabut dan tak cukup tidur aku ni..nampak plak macam rushing sangat, boleh tak bagi pelanggan macam tu some space. Customer pun manusia juga..mujur aku blah aje..kalau dapat yang jenis ‘gangster paradise’..haaaa..mau kena maki. Adab itu penting dan paling penting belajarlah untuk menghormati orang lain….ok geng..peace!


2 comments:

  1. haha...biasa jugak kena macam ni..

    mmg kena bertabah je la...

    ReplyDelete
  2. Wahida: Itulah..rase mcm aduiii..nak memaki nanti...xsampai hati...sabor jelah kan...

    ReplyDelete

SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)