Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Wednesday, April 22, 2015

Cuti-Cuti Johor: Imaginasi gegurl di Sanrio Hello Kitty Town, Nusajaya Part 1... ;-)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Lamanya bercuti siaran. Tak sempat nak duduk dan mengadap. Dua minggu ni busy siapkan tempahan during weekend. Tempahan apa? Nantilah diceritakan ek..sebab sekarang aku nak siapkan dulu baki cerita trip JB ni…maklumlah..4 hari punya trip kan…panjang bebenor..hehehe..

Pagi tu lepas sarapan Kacang Pool Jom Makan Best di JB: Kacang Pool kami pun geraklah terus ke Hello Kitty Town itu. Plan untuk sampai awal skit sebab tiket tak beli lagi. Aku tak sure kenapa aku try banyak kali juga nak beli tiket online untuk ke sini tapi asyik failed aje memanjang.


Hello Kitty Town ni sebenarnya bukanlah macam ala-ala dalam garden yang luas tu..no..no..never imagine of that..hehhee..dia dalam bangunan aje..ni haaa bangunan dia..


Tiga tingkat macam tu dan nama bangunan ni tak salah aku The Red Cube. Kami parking kat basement, then bila nak naik, terkeluar plak ikut Traders Hotel yang memang share parking dengan The Red Cube ni. So jalan jelah skit kan..

Sepanjang jalan, hampir di semua tempat, mesti ada ini….


Daulat Tuanku…

Memasuki perkarangan lobi bangunan yang menempatkan Hello Kitty Town dengan The Little Big Club ini..hati dah mula berbunga ala-ala kanak-kanak Ribena..huhuhu. Oh, pada yang nak datang naik bus, aku snap juga bus route and schedule ini…


Sebelum masuk, sempat singgah dekat Lat’s Place. Bukan untuk makan ya..tapi untuk sesi posing maut mengancam kebabooommmm…..hehehhe…





Aku suka artwork dia..best kan..kakak memang familiar sangat dengan Kampung Boy, one of her favourite cartoon series ni…


Lepas letih lutut bergambor, barulah terfikir…eh..mana sebenarnya pintu masuk Hello Kitty Town ni..hahahah..boleh kan…apa daaa..

Haaaa..kalau jalan jumpa pintu ini..yang ada gambar2 macam si kakak posing ni..situlah pintunya…dia macam masuk ikut kedai gift gitu…



Alhamdulillah, waktu kami sampai ni dalam 10.00 a.m masih lengang…senang nak beli tiket.



Hamboiiii..sempat kakak jadi model tiket aihhhh…



Ingat nak try makan kat café belakang ni tapi tak sempat..huhuhu…macam comel2 sangat nampak waffle dia bentuk Hello Kitty..actually aku bukanlah penggemar Hello Kitty..dulu time kecik2 suka collect Garfield…hahahha!



Time nak masuk ni, semua kena pakai gelang emasssss…eh..eh..gelang kertas..kalau gelang emas mungkin harga tiket akan bertukar jadi ribu raban..Aku beli tiket untuk 2 park pass, maksudnya boleh masuk Hello Kitty Town dengan The Little Big Club sekali. Alang-alang dah sampai kan…


Adik yang jaga kaunter ni soh cepat2 sebab ada Barney Show jam 11 a.m macam tu. Kalut kami pun..nak pi tengok Barney kata…




Overall, aku suka sangat Barney Show ni..a.k.a Sing a Long show ni..sebab adik perempuan yang atas stage ni pandai bercerita. Bersungguh-sungguh clear dan pandai attract budak. Semua yang terlibat untuk Barney Show ni memang best. Yang Hello Kitty punya session lepas tu, agak bosan jugak.




Si kakak kusyuk..lepas ni dia ajak semua menari.Hmmm..siap aku pun over menari sama..hahaha…lebih over dari anak..lepas tu semput sendiri..hahaha…ada video, tapi I is malu nak upload..kih..kih..kih…

Habis suka-suka dancing2 kat sini..bawak kakak pi jadi ballerina sat..dekat sini..


Angelina’s Dance Studio


Suka sangat si kakak. Aku mula ingat dia takut nak bergambor dengan Angelina ni..berani rupanya. Siap excited lagi pakai tutu skirt tu…dekat sini kanak-kanak diajar menari dan lepas tu boleh bergambar dengan si Angelina ini…




Lepas tu si kakak ajak main kat sini..Bob the builder…tapi bukan dia excited nak build anything. More to nak main benda alah ni..sabor jelah…




Tak tahan aku..asal sampai bawah je..buat simbol peace...hahhaa..



Then main dengan bapak bina-bina ala-ala Tetris ni. 



Berjayalah bina sampai siap, tapi geram aku..bila dah siap..aku naklah ambik gambar kakak dengan bapak kat sini. Sekali ada budak lelaki dua orang datang..baling kon dekat binaan kakak dengan bapak sampai roboh. Hanggginnn aku..aku dah kata wait, we would like to take pictures..booo layaaannn nye dieorang..tetap baling gak. Yang mak dieorang plak buat tak tahu je. Mintak maaf pun tidak bila tengok kakak sedih apa yang dia bina kena baling gitu. Eiii..geram betul akulah. Mujur Incik Daus kata tak baik gaduh dengan budak…hahhaha..baiklah..sabor aje.. 

Hmmm..mujur bila belek2 gambar menengok gambar Incik Dau terkujat macam ni...nampak kelakar plak..macam comel jer..hahhaa...


Ok ye kengkawan..kita sambung nanti Part 2 ek..nak siap pi kerja dah ni..babai kengkawan!!! 

1 comment:

SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)