Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…
Pengalaman kami di Temerloh dan Mentakab adalah kali pertama. Jadi hilang punca sebab tak tau di mana nak makan dan mana nak pergi. Mostly ikan patin, tapi sedih sangat sebab kunjungan kali ni tak sempat nak merasa keenakan ikan patin masak tempoyak air tangan org jati Temerloh..hehehe..Insya-Allah, next visit..waahhhh..tetiba ade next visit ni..hehehe...
Disebabkan ada few plan
not goes as what we plan..so kena tukar plan. Plan yang bertukar telah
menyebabkan kami kehabisan baju..hahahha..so plan pergi cari shopping
mall..then makan jelah apa pun yang ada si sana. Survey punya survey, kami
jumpalah Star Mall Mentakab, Temerloh. Mula-mula tu kami siap salah pergi
lagi..hahaha..pi Pacific Pekan Temerloh..hahaha! Then masing-masing muka pelik…sb
dalam gambar internet mall macam cantik…so set back our route hinggalah sampai.
Roughly perjalanan dari homestay kami di Chenoh, Temerloh ke mall ni mengambil
masa 30 minit. Cumanya mula pergi tu salah jalan. Masa balik waze bagi jalan
dalam..pusing2 perumahan, then dah nak sampai homestay...hehehhe..
Ok, ok..melalut sudah..bila
sampai di Star Mall Mentakab ni, kami pun shoppingla apa yang patut. Di sini,
banyak jugak kedai makan yang ada. Ada KFC, MC’D, ada Kenny Rogers..ada banyak
jugaklah yang kategori fast food ni. Kami memilih untuk cuba makan di sini…
Haruslah mencuba tempat
yang ada sifat ‘keaslian’ Pantai Timur kan since we are here…
Tempatnya biasa,
cozy..macam kebanyakan kopitiam yang ada sekarang ni.
Nun yang banyak2 tu
adalah kotak minuman kemaman white coffee yang juga boleh dibeli untuk kita
bawak balik.
Amboiiiii..sakan
bergossip nampak..hehehehe…
Si kakak sibuk suruh uncle boboy melukis..kakak memang minat melukis...
Since kami semua sangat
lapar maka hidangan yang dipilih tersasar sedikit dari kebiasaan makan di
Kopitiam..hehehe…
Inilah Kemaman White Coffee..aku kan sangat menggilai kopi...hehehe..ok, sedap, pekat!
Kita mulakan alas perut sambil bergossip family dengan kepppooookkkk..hehehe...order 2 pinggan ni, kejap aje abis..sebab sedap, rasa banyak ikan dia... fresh..sebab tak gatal tekak bila makan..orang lain aku xtau..tapi kalau aku dengan Incik Daus, symptom paling awal kalau ikan tu xfresh adalah rasa tekak gatal2... ;p
Sambal Petai..memang petai semata-mata u alls...sedap sungguh...lemak manis petai dia..sambal dia pun mabelesssss..tapi masa makan ni mak pesan.. 'toilet sila flush guna sabun wangi..." hahhaa...baiklah maaakkkk...
Tu..tu...yang bawak sekali dalam picture di atas ni adalah hidangan paling mantap bagi aku di Kemaman Kopitiam ini...sotong goreng telur masin..sotongnya rangup, fresh dan gandingan telur masin tu just nice. Ya Allah, terliur aku mengenangkan kesedapan sotong telur masin ni..punyalah teringat2 ada try makan kat Adam Lai Restaurant baru ni...ohhh..tak best macam di sini...lepas ni nak trylah masak sendiri...doakan ahkak berjaya ye memasaknya nanti..huhuhu...
Assam Kembung Fish..satu set hidangan ini ada dua ekor ikan kembung lemak. Hidangan ni adik waiter tu yang cadangkan. Tapi sopan sungguh.. "Ini mengikut selera sayalah ya kak, pada saya hidangan ni sedap.." Dik..mekasihlah..memang sungguh pun sedap..pekat kuah dia...dia lebih kurang version ikan asam pedas..
Ini ampunnn...Tak ingat nama hidangan ni..tapi telur yang campur-campur hirisan kucai dan udang yang dicincang…telur dadar..masaklah ape pun..pernah ke xsedap? Hihihihihi…
Kebetulan tarikh
wedding BIL aku, lebih kurang sama aje date aku sambut anniversary kata…so
Incik Daus..this year bagi sketches ni ajelah ek…hasil kerja kakak dengan uncle
boboy…hehehhee….okler tu..
So..oklah..pada sesiapa
yang nak pergi..kat bawah ni alamat dia. Memang makanan dia sangat puas hati.
Kalau ke sana lagi, sure kompem nak repeat sotong goreng telur masin
itu..hehehe…
Mentakab
Star Mall
1,
Jalan Star City 1,
28400, Mentakab,
28400, Mentakab,
Pahang,
Malaysia.
Cukup menyelerakan..
ReplyDeleteWah....x pernah plak akk try sotong kat KK ni. Selalu akak makan bekpes jer. Kena try ni...
ReplyDeleteAdda: Sangat2...dh banyak version gak try..kat situ rangup2 sesedap rasa.. ;-)
ReplyDeleteAziela: Kena try kak, alhamdulillah..sedap..
ReplyDeletemacam best... harga ok x? temerloh biasenya harga makanan dia mahal sikit.
ReplyDeletesy pun org temerloh tp da lme meneroka temerloh
macam best... harga ok x? temerloh biasenya harga makanan dia mahal sikit.
ReplyDeletesy pun org temerloh tp da lme meneroka temerloh
Harga dia oklah untuk standard kedai dalam mall mcm ni..x mahal sgt...dengan portion dia, dan rasa dia..berbaloi.. ;-)
Delete